45 | throwback

66 3 0
                                    

          KEJADIAN pagi tadi membuatkan hubungan aku dengan umi semakin rapat.Boleh dikatakan begitu even pada mulanya hubungan kitorang agak awkward.Tapi aku gembira ada dalam situasi ni.Bayangkanlah dalam lebih kurang 6 tahun aku tak jumpa umi and selama ni pun aku tak pernah sekali berada dalam situasi ada ibu.

Ibu aku selama ni pun abah je.Cakap pasal abah, semalam abah ada juga call.Dia tanyakan khabar aku sebab dia memang tahu yang aku akan mimpi ngeri setiap malam so dia risau kalau kalau mimpi aku semakin teruk sejak kedatangan aku ke sini.

Abah tu nampak tak setuju tau aku duduk dengan umi tapi tulah, dia tak ada pilihan selain membenarkan sahaja.Hubungan aku dan abah okay je, aku masih layan abah baik baik.Timbulkan situasi awkward antara aku dan abah bukanlah aku.

"Kay mana ?"Falin tiba tiba muncul lalu menanyakan soal Kay sambil memandang sekeliling.Tak usah dikata betapa kuatnya minyak wangi dia sampaikan aku yang berada jauh darinya ini dapat menghidu.

"Asal kau nak tahu ?"Soalku.Sibuk nak tanya suami aku ke mana asal ? Aku dah agak dah yang dia perempuan yang aku suruh jauhkan diri daripada Kay tahun lepas.Yelah nampak macam dia nak ngorat Kay je.Nasib Kay takde kat sini tapi aku rindulah dengan mamat tu.Haihhhhhh

"Lahh aku tanya je kan"Falin menjeling aku sejurus itu naik ke tingkat atas.Tanya konon, ingat aku tak tahulah tu yang semalam dia cuba untuk mengedik dengan Kay masa aku tengah bancuh air.Nasib ada kat rumah umi kalau tak dah lama aku sound budak tu.

"Adik, dah makan belum.Umi dah masak tadi"Aku memandang umi yang baru tiba dari tingkat atas.Punggung dia labuhkan disebelah aku.

"Tak, adik nak tunggu Kay sampai.Dia kata harini dia balik"Ujarku lalu menjenguk ke pintu utama.Sempat aku menangkap senyuman umi.

"Tengok Kay dan adik mengingatkan umi masa korang kecil kecil dulu"Ujaran umi membuatkan aku laju memandangnya.Kitorang pernah jumpa ker ?

"Kitorang pernah jumpa masa kecil ker mi ? Adik tak ingat pun"

"Masa tu adik around 4 tahun macam tu.Adik dah lupa kot"Ujar umi.

"Umi ceritalah masa adik dan kay jumpa masa tu"Aku dah mulai tertarik.Lagi lagi aku nak mencipta topik di antara aku dan umi.

"Umi, abah, mama Kay dan papa Kay memang rapat.Doranglah banyak tolong umi dulu.Jadi selalu jugalah mama Kay suruh umi bawa adik datang rumah.Katanya nak temankan Kay.Kay pun masa tu tak ada kawan sebab abang dia pun selalu ke sekolah.First day korang jumpa tu, adik memang tak pandai bergaul, Kay pun diam je"

"Entah umi pun tak tahu macam mana kamu berdua boleh rapat.Umi biar jelah adik main dengan Kay sebab umi tahu adik pun sunyi.Tapi bila umi tahu tentang penyakit Kay, umi cuba untuk jauhkan Kay daripada adik dan macam tulah korang start berjauhan"

Aku terangguk angguk.Sayang juga umi kat aku.

"Umi ceritalah tentang kisah abah dan umi pula.Macam mana korang jumpa ?"Soalku lagi.Jangan harap aku nak berhenti kalau aku dah sampai tahap tertanya-tanya macam ni.

"Tak payahlah"Muka umi memerah.

"Alaaa umii.Ceritalah ceritalah !!"Pintaku.Umi memandang ku lama sebelum melepaskan keluhan.

"Yelah"

"Yes"

"Masa tu satu U pulaukan umi.Like adik pun tahu apa yang berlaku dengan umi kan ?"Aku angguk selajunya.

"Dekat situ umi hanya mampu bertahan lagi lagi banyak pula lelaki suka kacau umi masa tu.One day, umi diperangkap.Hanya allah je tahu macam mana takutnya umi masatu.And then tetiba abah datang selamatkan umi macam prince charming gitu.Umi pun berterima kasih lah lepastu pergi macam tu.Malulah umi"Umi nampak macam taknak teruskan.Aku jadi kesian pula.

"Kalau umi taknak sambung jang-"

"No, it's okay.Umi okay."Umi tersenyum lalu menarik nafas yang dalam.

"Lepas kejadian tu, abah tetiba cuba untuk dekat dengan umi.Umi like memang taklah nak dekat dengan dia sebab masa tu umi memang anggap abah macam lelaki lelaki lain.Tapi abah bukan jenis yang nak mengalah.Macam macam dia buat untuk umi dan umi tetap tak terima dia.One day dia menghilang lepastu lepas beberapa minggu dia datang kat umi lepastu cakap macam ni 'Apa yang perlu aku buat supaya kau terima aku ?'.Umi pun macam terkejutla"

"Eee jiwangnya abah"Ujarku.Umi ketawa kecil.

"Lepastu umi cakaplah kat dia.Umi akan bagi jawapan setelah umi selesai solat istikarah.Abah pun tak tunggu lama terus setuju.Habis sem akhir, umi chat dia.Umi setuju tapi abah bluetick.Lama jugalah umi tunggu dia at last ada orang hantar meminang and guess what ? Tentulah abah adik tu"

Boleh tahan gelojoh juga abah ni.EHH macam cakap dengan cermin juga.

"Hmm comel je kisah umi ngan abah"

"Takdelah"Umi tersenyum.

"Umi tak terfikir nak rujuk dengan abah semula ?"Soalku.Soalanku membuatkan umi tersenyum.

"Azan dah tu.Umi solat dululah.Adik jangan lupa makan"Aku angguk sahaja walaupun aku inginkan jawapan.

*bye . next part last chapter . mwahh

they storyWhere stories live. Discover now