~HARI SEBAGAI SEORANG ANAK~

10 1 0
                                    


Tidak kala sedih hari semakin suram dengan penuh beban hidup dan tidak menganggap suatu masalah pada diri.Hariku bermula dengan sangat cerah pelbagai rungkaian dan kesedihan yang dipupuk di dalam hati yang barangkali bertanya kepada diri sendiri
"Adakah takdir menyebelahi kehidupanku?".

Berumur empat tahun mempunyai kehidupan yang sangat menarik dan tanpa sebarang kerisauwan yang datang pada kehidupan yang dipenuhi cabaran oleh ibubapaku.Aku tinggal di rumah sewa yang penuh dengan kelengkapan serta dikurniakan keluarga yang sangat bahagia dan harmoni.Tanpa rasa segan silu dikurnakan jiran yang memahami dan baik hati iaitu seorang wanita warga emas dan sorang wanita anak kepada wanita warga emas yang tinggal di rumah yang besar disebelah rumah sewaku.Setelah beberapa minggu tinggal disitu aku amat rapat dengan wanita warga emas itu dia menganggap aku sebagai cucu angkat.Wanita warga emas itu amat dermawan dan bersikap peramah terhadap ibubapaku.

Pada,saat beberapa minggu selepas itu aku bertemu pembantu rumah wanita warga emas tersebut yang baru berkerja disitu.Dia bersikap seperti yang dingin pada pandanganku pada saat itu walaupun bergitu dia amat suka pada kanak" seperti aku pada masa itu kerana dia seorang warganegara Indonesia yang berkerja di Malaysia.Dia juga pernah menceritakan bahawa dia mempunyai anak juga dia Indonesia.

Sejenak,beberapa bulan seterusnya aku amat selesa tinggal bersama ibubapaku pada saat itu.Ibuku seorang pegawai polis dan bapaku bekas komanda askar.Kehidupanku kurang dengan kasih sayang kerana ibuku perlu berkerja lebih masa dan tiada masa rehat dan aku tinggal bersama bapaku setiap minggu pada hari ibuku berkerja.

Bapaku seorang yang amat baik dan selalu aku banggakan dalam kehidupanku pada jangkaanku dengan tanpa rasa ragu" pada saat itu.Manakala ibuku yang amat penyayang yang menambah seri dan warna dalam kehidupanku serta dia juga memberi harapan yang tinggi untuk aku berjalan di hari-hari seterusnya.Kadang-kala aku mengikut ibuku berkerja sekiranya bapaku mempunyai urusan diluar atau pun ibuku mahu luangkan masanya bersama aku pada waktu dirinya melakukan tugasan sebagai pegawai polis bantuan di hospital.

Dia menjadi pegawai polis bantuan sebelum dia menerima pangkat yang tinggi oleh orang atasan.Bulan berganti bulan ibuku dinaikkan pangkat dan dipindahkan di bahagian lain pada saat itu aku berasa amat gembira serta bangga dengan baju uniform polisnya itu.

"Seorang Anak"Where stories live. Discover now