"Haih mane lah si mamat kiwi ni mahu berjanggut aku tunggu dia ni" cakap Minchan seorang diri. Minchan adalah salah seorang kawan rapat Hoyoung.
Kat mana ada Hoyoung kat situ juga kau nampak Minchan kat celah mana-mana sudut. Diorang memang rapat sejak peristiwa yang jadi 2 tahun lepas.
- flash back -
"eh betul ke ni kelas aku macam salah je.." Hoyoung berasa was-was nak masuk kelas itu. "Redah jelah malu tu tahun depan boleh fikir.. Kang kalau tak masuk kelas ape pulak prof kata dah la first day" Hoyoung pun masuk kelas fotografi itu.
"Okay semua faham tak ape yang saya ajar ni? Ingat saya nak tengok korang punya hasil gambar korang minggu depan ye" professor Lee beritahu "Oh lagi satu korang boleh pilih sama ada nak buat kerja ni secara berkumpulan ataupun sendiri.. Kumpulan tu terpulang lah korang boleh pilih sendiri.. Baik lah kelas itu sahaja kelas kita untuk harini jumpa korang minggu depan" sambung professor Bang dan berlalu keluar.
"Aduh dah satu hal settle satu hal lagi datang" kata Hoyoung sambil kemas bag kameranya. "Semua dah ade pair sendiri aku tak de lagi.. Takpe lah prof kata boleh pilih nak buat sorang atau pun kumpulan.." sambungnya. " Tapi kalau buat dalam kumpulan lagi senang.. Sudah lah daripada aku stress tak de partner nak buat kerja tu baik aku pergi cafeteria dulu boleh cari makan" katanya lalu menuju ke cafeteria. Tengah sedap Hoyoung jalan fikir nak makan apa tiba-tiba..
KEDEBUK
Ade orang langgar Hoyoung dari belakang. "aduhhh kau jalan pakai mata ke pakai lutut sakit tau tak?!" Hoyoung marah lelaki yang baru je langgar dia tadi "saye jalan pakai kaki bang saye tak jalan pakai lutut mahupun mata bang.. Tapi kalau tengok jalan tu ye pakai mata" dia jawab selamba.
"EH KAU DAH LANGGAR ORANG PASTU SELAMBA BADAK JE JAWAB CAM TU EN?!" Hoyoung marah jejaka tampan yang berdiri di hadapannya itu.
"alah bang lek ii sorry lah.. Saye gurau je jangan lah nak emo sangat hadehh.." lelaki yang langgar Hoyoung tadi kata sambil gelak mengekek. "ape kau sengih-sengih macam kerang busuk ha? Baik kau tolong aku lagi bagus kurang sikit rasa marah aku kat kau" Hoyoung menjelingkan mata nya. "oh ye eh sorry bang hehe" lelaki itu kata dan tolong Hoyoung bangun.
"uhm sorry lah bang sebab terlanggar.. Saye rushing tadi" sambung lelaki tadi sambil mengosok belakang kepalanya. "hm ye lah aku maafkan kau.. Hah by the way nama aku Bae Hoyoung dah tak yah nak ber abang ii dengan aku" Hoyoung memperkenalkan dirinya.
"ohh saye Hong Minchan. Chan for short" lelaki yang bernama Minchan itu memperkenalkan dirinya pula. "so.. Tadi kau rushing nak gi mane?" Hoyoung tanya nak juga tahu ape tah yang di rushing kan sebentar tadi.
"ohh tak de ape pun sebenarnya aku rushing tadi.. Orang lapar en macam tu lah hehe" Minchan jawab dengan tak bersalah. "hah abang lak nak gi mane tadi?" sambung Minchan.
"haih tak yah nak berabang sangat lah kau.. Aku ni muda lagi tau baru 20 tahun.. Oh by the way aku nak gi cafeteria tadi" kata Hoyoung. "Lahh ye ke.. Sebaya lah ni.. Ingat kan lagi tua sebab suka sangat bebel cam makcik ii bawang" sindir Minchan.
"eh kau.. Kalau aku pukul kau hilang terus lapar kau tadi tu ganti dengan rasa sakit + malu" Hoyoung jeling Minchan malas nak layan "baik aku gi makan hilang jugak kenyang aku dari layan kau.. kenyang pun tidak menyakitkan hati lagi ade lah" Hoyoung teruskan perjalanannya ke cafeteria tinggalkan Minchan yang masih lagi tercegat kat tengah jalan.
"ehh lek ii sudah lah.. Alah emo lah mamat ni" kata Minchan kemudian kejar Hoyoung. Diorang pun menjadi rapat sejak hari tu.
- end of flashback -
Setelah menunggu dekat setengah jam Hoyoung pun sampai di restaurant yang diorang dah janji nak lepak tu. "haa sampai pun kau.. Ingat dah lupa yang kau ajak aku jumpa.. Ke mane kau tadi? Sesat? Haih mustaqim lah sesat sebab kau lepak sini 24/7" Minchan sindir Hoyoung "aduh mak aku ni baru sampai kot lek ii sudah lah macam lah kau tak pernah sidai aku sebelum ni.. Lagi satu ape kau mustaqim ii ha? Mustaqim tu jiran kau mustahil tahu mustahil" giliran Hoyoung pula menyindir Minchan.
"uhh.. Hah! Tu lain lah aku ade hal kau ape tahu?" Minchan cuba cari alasan. Mana tidaknya apa yang Hoyoung cakap tu sememangnya betul. Minchan memang selalu sidai Hoyoung macam-macam lah alasan Minchan tiap kali "ter" sidai Hoyoung. Jalan jammed lah kena kasi kucing makan dulu lah itu lah ini lah macam ii perangainye.
"Dah lah kalau nak berkelahi (gaduh) dengan kau ni sampai bila pun tak habis kang kau sambung kau punya muqadimah pulak tak henggen aku dengar.. Hah ni kau nak jumpa aku ni asal?" Minchan kata malas nak layan Hoyoung.
Mungkin selama ni Hoyoung selalu ajak Minchan jumpa just untuk lepak ii tapi sekarang ni bukan sebab nak lepak Hoyoung ada perkara yang penting untuk dibincangkan dengan Minchan.
"ha ni semalam aku ade jumpa sorang budak ni-" belum sempat Hoyoung habiskan ayat nya Minchan dah potong dulu "ish kau ni tak habis ii nak kutuk orang en? Kalau buat pertandingan membawang kau lawan dengan makcik bawang pergh belum start lagi makcik tu dah tarik diri dulu takut jatuh martabat bawang dia kalah dengan kau Young" Minchan kata.
PUK
Hoyoung luku dahi Minchan "aduh sakit lah pandai" Minchan mengerah sakit. "Haa itu lah lain kali dengar dulu ape yang aku nak cakap jangan main potong je.. Itu lah makan nye" Hoyoung kata. "hm pape je lah.. Cepat lah sambung ape yang kau nak cakap tadi tu" kata Minchan sambil menyapu dahi nya.
"haa ni cam ni cite dia.. Baru ii ni ade sorang budak tanye rumah aku ade bilik kosong ke tak sebab dia nak sewa en.. Kau sendiri pun tahu yang rumah aku tu besar saje tapi aku duduk sorang ii.. Aku pun cakap je lah ade en sebab aku pun sebenarnye lama dah cari housemate en.. Sendu kot tinggal sorang ii" Hoyoung terangkan apa yang jadi kat Minchan.
"ohh orang baru boleh pulak kau kasi duduk dengan kau.. Aku yang punya lah berabad kawan dengan kau tak nak pulak kasi" Minchan sindir Hoyoung. "kau kalau duduk rumah aku tak sampai setengah hari mahu runtuh rumah aku tu kau tahu tak? Punya lah buas.. Lagi satu mane pernah kau cakap kat aku yang kau nak stay dengan aku" Hoyoung kata.
"eh tapi kan aku tengok budak tu macam ade something wrong lah" Hoyoung sambung katanya. Sejujurnya dari awal dia tengok budak tu pun Hoyoung dah rasa macam ada benda yang tak kena dengan budak tu. "hah ape pulak dah ni" Minchan tanya yalah orang cerita tak habis kan.
"entah lah aku sendiri pun tak pasti.. Tapi aku dapat rasa yang ade sesuatu yang jadi kat budak tu" Hoyoung kata. Apa yang jadi hanya budak tu sorang yang tahu. Mungkin..
YOU ARE READING
HARAPAN || VERIVERY
Fanfiction"aku harap korang rasa apa yang aku rasa sekarang ni.." kata Dongheon mengusap lembut pasir pantai sambil mendongak ke langit. Sebuah cerita tujuh sekawan yang sentiasa ada untuk satu sama lain. Sehinggalah salah seorang daripada mereka tersasul dan...