DAUGHTER OF DEVIL

52 6 0
                                    

BEBERAPA HARI KEMUDIAN

ye seul membuka matanya perlahan setelah beberapa tidak sedarkan diri . tiba-tiba dia merasakan seseorang memegang tangannya .

dia mengerutkan dahinya langsung menoleh kearah orang tersebut .

alangkah terkejutnya apabila melihat orang yang dicintainya berada disampingnya dalam keadaan tidur dan memegang tangannya erat .

ye seul mengalirkan air matanya .

ini bukan mimpi bukan ?

ini betul-betul sangwook kan ?

dia cuba membelai rambut sangwook namun dia telahpun bangun daripada tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

dia cuba membelai rambut sangwook namun dia telahpun bangun daripada tidurnya .

sebaik sahaja dia bangun , dia terduduk kaku melihat ye seul yang telahpun bangun dan menyedari kehadirannya .

dia membuntangkan matanya terkejut .

"s-sangwook-ah....awak m-muncul akhirnya . i-ini bukan mimpi kan sayang ?" soal ye seul kelihatan sedih .

sangwook mengebilkan matanya berkali-kali lalu bangun daripada tempat duduknya ingin beredar namun ye seul bangun daripada katilnya dan berlari mengejar sangwook daripada belakang lalu memeluknya dengan erat .

"awak nak pergi mana sangwook-ah ? awak nak tinggalkan saya lagi ke ? s-saya....saya rindukan awak sangat-sangat ." ucapnya sambil mengalirkan air mata .

sangwook memaksa dirinya meleraikan pelukan tersebut .

"saya takboleh bersama dengan awak lagi , ye seul ." katanya .

"a-apa awak maksudkan ni ? awak sedar tak dengan apa yang awak cakap ni ? awak tahu tak betapa peritnya hidup saya tanpa awak ? betapa sakitnya hati ni menahan rindu tanpa kesudahan ? kenapa awak tergamak cakap macam ni dekat saya hm ?" soal ye seul sedikit terguris dengan kata-kata sangwook .

"saya bukan manusia lagi ye seul . saya dah mati . saya bukannya sangwook yang awak kenal dulu . saya dah jadi vampire ." jelasnya .

ye seul mengerutkan dahinya .

"v-vampire ? m-maksud awak makhluk mitos yang meminum darah manusia tu ??" soalnya keliru .

"yes , sayalah makhluk mitos tu . dan kita betul-betul tak boleh bersatu . saya minta maaf , sampai disini sahaja pertemuan kita ." katanya langsung mencium dahi ye seul sebelum hilang dihadapannya .

ye seul memandang sekelilingnya cuba mencari keberadaan sangwook namun tidak menjumpainya .

dia terduduk lalu mengalirkan air matanya .

.................

sangwook termenung diatas puncak menara sambil mengingati kejadian tadi .

sebenarnya dia mengingati ye seul dan anak-anaknya . setiap kali mempunyai kesempatan , dia akan memerhati mereka daripada jauh semenjak dia bertukar menjadi vampire .

REMEDY { TAEHYUNG AU } ✓Where stories live. Discover now