PART 2

10 1 3
                                    

Tiba-tiba Samuel bangun dari kerusi depan ingin pindah ke kerusi belakang.

"El, kau nak pergi mana pula ni, kau jangan ganggu aku tengah driver ni El". Kata Sammy tanpa melihat ke arah Samuel.

"Aku nak duduk dekat kerusi belakang". Jawab Samuel berpindah ke kerusi Fredy dan Gareld.

"Kau nak pergi mana El?". Tanya Gareld pula menahan kaki Samuel.

"Lepaslah, aku nak duduk dekat kerusi belakang". Kata Samuel sambil berusaha melepaskan pegangan tangan Gareld di kakinya.

"Buat apa nak duduk dekat belakang, tadi kau kan yang beria-ria sangat nak duduk depan. Sekarang nak duduk belakang pula". Kata Fredy sambil menarik telinga Samuel.

"El, ni kereta bukan dekat rumah sesuka hati nak pindah tempat duduk". Kata Gareld.

"Edy, Reld sakit lah badan aku. Aku cuma nak temankan Land, Iky dengan Rafa ja dekat belakang, dorang kan tengah sunyi tu". Kata Samuel mencari alasan.

"Bukan ke selama ni dorang memang selalu sunyi kan? Tapi tak pernah pun kau nak temankan mereka dekat belakang". Kata Gareld masih menahan kaki Samuel.

"Itu lain cerita, sekarang lain lah". Jawab Samuel masih berusaha melepaskan diri dari Fredy dan Gareld.

"Ayat kau kan, itu lain sekarang lain! Ke kau nak tengok perempuan yang ada dekat kerusi belakang tu. Tapi kau cari alasan kata nak temankan dorang". Kata Fredy masih menarik telinga Samuel.

"Mana ada, kau pandai-pandai nak tuduh aku kan". Marah Samuel kerana tidak terima dengan kata-kata Fredy tapi itu lah kenyataan nya ..alasan Samuel ingin pindah duduk di kerusi belakang kerana dia ingin melihat perempuan tersebut.

"Yelah tu, kata orang main tuduh-tuduh pula, tapi betul kan? Jangan nak menipu lah, kecik-kecik dah pandai nak menipu orang. Siapa ajar kau menipu?". Kata Roland ikut menarik telinga Samuel.

"Ambil kau". Kata Rafael mengigit lengan Samuel.

Kecoh satu kereta disebabkan mereka membuli Samuel. Sammy cuba untuk menegur mereka tapi tidak dihiraukan oleh mereka membuatkan Sammy hanya mampu menggelengkan kepalanya. Samuel menjerit minta dilepaskan, kerana mereka terlalu sibuk membuli Samuel sahingga mereka terlupa dengan perempuan yang tengah tidur nyenyak di belakang. Mereka tidak sedar kalau suara bising mereka membangunkan perempuan tersebut dari tidur lenanya.

 Mereka tidak sedar kalau suara bising mereka membangunkan perempuan tersebut dari tidur lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NEED YOUWhere stories live. Discover now