JIHYO a.k.a CLARISSA
RM a.k.a RICKY
JIN a.k.a SAMMY
SUGA a.k.a ROLAND
JHOPE a.k.a GARELD
JIMIN a.k.a FREDY
V a.k.a RAFAEL
JUNGKOOK a.k.a SAMUEL"Apa bising sangat, nak tidur pun tak lena". Katanya perlahan sambil dari baring.
Seketika senyap tidak ada suara.
"Aku dekat mana? Jam berapa sekarang ni?". Tanyanya masih dalam keadaan setengah bangun melihat sekeliling.
Keadaan yang tadi bising dengan suara gaduh kini senyap, mereka terus saja melihat ke arah perempuan tersebut tanpa bergerak seakan-akan mereka patung. Sammy yang tidak tau apa-apa mendadak pelik dengan keadaan yang senyap tiba-tiba.
"Hahh, pandai pun korang senyap, aman juga akhirnya telinga aku". Kata Sammy dengan senyumnya.
Perempuan itu merasa pelik ketika melihat sekelilingnya, sehingga dia melihat ke depan dan melihat ada banyak mata yang memandang ke arahnya tanpa berkedip.
"Arhhh, korang siapa?". Jeritnya dengan panik.
Mendengar perempuan itu menjerit mereka juga ikut menjerit bersama. Sammy yang tengah driver ikut terkejut mendengar suara menjerir dan hampir saja kereta mereka hilang kawalan. Tetapi dengan cepat Sammy menekan brek kereta dan menuju ke tepi jalan terlebih dahulu. Manakala perempuan tersebut masih menjerit.
"Arhhh, tolomg ada penculik". Jerit perempuan itu.
"Rafa, kau tutup mulut perempuan tu sebelum orang lain dengar, tak pasal-pasal kita dituduh penculik nanti". Kata Gareld.
Mendengar kata Gareld, Rafael dengan cepat menutul mulut perempuan tersebut dengan tangannya. Perempuan itu pun berhenti menjerit kerana mulutnya telah ditutup oleh Rafael. Sammy turun dari kereta dan menuju ke arah kerusi belakang kereta di mana perempuan itu berada.
"Rafa, lepaskan tangan kau dari mulut dia". Arah Sammy dan Rafael pun melepaskan tangannya.
"Penc ....". Dengan cepat Sammy menutup kembali mulut perempuan itu dengan tangannya.
"Sedap mulut dia ja panggil kita yang cute miut ni penculik". Kata Samuel geram melihat ke arah perempuan tersebut.
"Dengar sini, kita semua disini bukan penculik dan macam mana awak boleh berada dalam kereta kita orang? Awak siapa?". Tanya Sammy.
Seketika perempuan itu teringat kembali yang dia tadi berusaha melarikan diri dari uncle nya dan tanpa sengaja masuk ke dalam kereta mereka. Dia tetap mendiamkan diri tidak menjawab pertanyaan Sammy.
"Jawablah, aku tanya kau ni". Kata Sammy kehilangan sabarnya menghadapi sikap perempuan tersebut.
"Sam ..". Panggil Fredy.
"APA!!". Jawab Sammy sedikit meninggikan suaranya melihat Fredy.
"Tangan kau tu lepaskan dulu dari mulut dia, baru dia boleh jawab". Kata Fredy terbawa emosi kerana Sammy.
"Sorry". Kata Sammy kepada Fredy kerana sadar akan salahnya.
"Awak, awal dengar sini. Saya akan lepaskan tangan saya dari mulut awak tapi awak jangan sesekali cuba untuk menjerit lagi. Faham kan?". Kata Sammy kepada perempuan itu.
Perempuan tersebut menganggukan kepalanya, Sammy dengan perlahan menjauhkan tangannya dari mulut perempuan itu.
"Awak siapa?". Tanya Samuel dengan tidak sabar.
"Boleh tak jangan menyampuk bila orang tua tengah bercakap". Kata Ricky sedikit memukul kepala Samuel.
"Yelah, korang kan dah tua semua. Aku ja yang paling muda". Kata Samuel dengan sedih.
"Kau tak payah nak tunjuk muka sedih dekat sini geli aku tengok". Kata Roland dengan muka gelinya disambut dengan gelak tawa yang lain termasuk perempuan tersebut.
"Kau tak payah nak gelakkan aku! Kau belum jawab lagi siapa kau!?". Kata Samuel geram hilang sudah kata sopannya.
"Opss sorry, kenalkan aku Clarissa panggil saja Rissa". Katanya.
"Owhhh". Jawab mereka.
"Korang pula siapa?". Tanya Clarissa lagi.
Seketika mereka mendadak blur sambil melihat antara satu sama lain.
"Ada juga ke orang macam mereka ni, harap muka saja handsome tpiii ...". Kata Clarissa di dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Maksud saya, nama korang siapa?". Kata Clarissa sedikit canggung.
"Owhhh". Jawab mereka tersenyum canggung melihat Clarissa kerana malu.
*apa perlu pakai nama asal mereka saja? Biar tidak salah dan tidak penat harus hafal nama mereka satu persatu*😅
YOU ARE READING
NEED YOU
FanfictionMenceritakan seorang gadis yang telah kehilangan kedua orang tuanya dalam sebuah kemalangan jalan raya dan dia tinggal bersama dengan ibu bapa saudaranya. Sehinggalah suatu hari bapa saudaranya memaksa dia untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya da...