Tiba juga hari keputusan SPM. Aku, Medina dan Aisyah bersiap sedia untu pergi ke sekolah.
Kitorang menaiki kereta mercedes yang aku dapat sebagai hadiah dari Along. Tiba sahaja di sekolah, kami berjumpa dengan guru kelas di kelas kami.
"Tahniah Issabella! Kamu telah berjaya mendapat straight A dalam SPM!" ucap cikgu Adibah dengan gembira. Aku hanya mampu senyum manis dengan mengucapkan teima kasih kepada cikgu kerana aku sangat bangga akan diri sehinggakan tiada kata-kata lain yang ingin aku ucapkan.
Setelah siap mengambil keputusan dan berjumpa dengan semua cikgu yang telah mendidik kami selama berada di sekolah ini, aku, Medina dan Aisyah pulang ke rumah dengan perasaan gembira dan bangga.
_______________________________________________________________
Disebabkan harini kedua along dan angah cuti, mereka akan berehat dirumah sama ada di bilik masing-masing atau di ruang tamu.
Ake berlari ke ruang tamu untuk berjumpa dengan mereka.
"Along! Angah!" aku menjerit dan dibalas dengan "Ya" oleh mereka serentak. Aku berlari ke arah suara dan terus duduk di atas peha abangku.
"Apa ni!? Asik pergi kat along je, Issa tak suka angah ke!?" Izz berdecik.
" Kenapa dengan babygirl along ni tetibe lari ni" Tanya Alex lembut.
Aku mengeluarkan kertas result SPM dan menunjuk kertas itu kepada mereka.
"Pandainya adik along ni!" Jerit Alex. Dia peluk Issabella dan mengucup ubun-ubun adiknya. Izz turut memeluk adiknya.
"Lepas ni adik nak sambung berlajar kat mana?" tanya Izz. Alex dan Izz memandang tajam ke arah aku.
Aku menarik nafas perlahan sebelum menjawab.
" Cambriedge University, UK "
YOU ARE READING
Issa and Andrew
RomanceIni buat kali pertama author buat cerita di wattpad. Author mintak maaf kalau ada banyak kesilapan. Start: 13/4/2022