6

59 11 8
                                    

Sepanjang perjalanan daripada rumah nenek ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur itu Zayna rasa lama masa yang perlu diambil. Sukma menjerit mahu cepat-cepat melihat wajah yang dikatakan sudah pergi itu. Namun, jauh rasa di dalam kerak hati... Dia juga tak sanggup untuk membuat pengecaman mayat itu. Saat ini, Zayna rasa dia perlu bertemu dengan nujum pak belalang untuk tahu masa depan.

Kuat genggaman tangan nenek di jari jemarinya. Seperti salurkan sedikit kekuatan dan dalam masa yang sama nenek seperti meminta belas semangat dirinya yang juga kian hilang.

"Nek, pasangan suami isteri yang nenek cakap tadi tu bukan mak dan abahkan?" Dalam getar, bibir menutur bicara. Raut wajah nenek ditatap tanpa jemu. Dia sangat berharap jawapan yang nenek bakal berikan mampu membuang pergi rasa yang tidak-tidak di dalam kalbu ini, mampu campakkan fikiran yang bukan-bukan ini jauh dari dirinya.

Pandangan Puan Kalthum terarah kepada cucu yang sudah yatim piatu itu. Riak wajah yang terpamer itu biasa, wajah juga tidak dikunjungi mutiara jernih, empangan di bibir mata juga tidak memenuh. Tapi, Puan Kalthum yakin yang jauh di dalam jiwa anak remaja ini, dia sedang menyimpan baik-baik rasa yang sedang memeluk erat hati.

Hanya genggaman tangan yang dieratkan. Puan Kalthum tak rasa dia mampu tuturkan kata-kata.

Fahad yang berada di sisi Puan Kalthum memaku pandangan matanya ke arah Zayna. Gadis itu dilihat tenang.

Besar dugaan yang Zayna harus pikul di bulan yang mulia ini. Kehilangan kedua-dua orang tua sekaligus. Kalau dia di tempat Zayna, dia tidak rasa dia akan setenang itu.

'Kuatlah, Zayna. Allah ada. Tentu ada hikmah di sebalik ujian sebesar ini.'

Lebih kurang dua puluh minit kemudian,  mereka tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur. Ada beberapa sosok tubuh tersarung uniform polis di ruangan hadapan bilik mayat.

Tidak sempat Encik Daud matikan enjin kereta, belum parkir kereta selayaknya... Zayna sudah membuka pintu dan berjalan laju ke arah bilik mayat.

"Zayna! Tunggu nenek." Wanita tua itu juga cepat-cepat mengatur langkah menyaingi cucu.

"Adik, adik cari siapa?" Soalan yang diajukan salah seorang anggota polis di situ bila melihat Zayna mahu merempuh masuk ke dalam bilik mayat.

"Saya waris Encik Abu Yatim dan Puan Nirmala. Ada salah seorang anggota call saya tadi," tutur Puan Kalthum, tenang sambil memegang tangan Zayna.

"Saya perlu buat pengecaman mayat," sambung Puan Kalthum lagi.

"Ikut saya puan."

"Ini anak kepada mangsa."

"Mari kita."

Terasa lama langkah kaki ke bilik mayat Zayna rasa.

Saat kaki menapak ke dalam bilik yang suhunya lebih sejuk itu, dada Zayna seperti mahu keluar daripada tubuh. Ada dua orang yang kaku tubuhnya di atas meja keluli besi itu. Tubuh kaku itu ditutup dengan sehelai kain putih.

Puan Kalthum kuatkan semangat biarpun tangannya terketar-ketar ketika menurunkan sedikit kain di wajah jenazah itu.

Esakkan ibu kepada lima orang anak itu akhirnya pecah. Firasat hatinya memang tidak salah. Itu memang anak lelakinya! Anak lelaki sulungnya.

"Zayna, abah kau dah tak ada."

Ada cecair jernih mula memenuhi empangan di tubir mata itu. Pandangan Zayna mula berbalam. Dikuatkan diri mendekati abah yang kasih sayangnya hanya sempat dinikmati 13 tahun sahaja.

Wajah abah pucat, kulit wajah abah sejuk. Wajah abah tenang seperti sedang tidur nyenyak.

Terduduk Zayna di atas lantai bilik mayat itu. Terhinjut-hinjut tubuhnya kerana melepaskan tangisan yang disimpan sedari tadi.

Zayna FahadWhere stories live. Discover now