♡ 4 ♡

63 12 48
                                    

Bangchan merenggangkan ototnya setelah selesai menyemak semua fail yang bertimbun di atas meja kerja. Telefon yang sudah berjam-jam tidak diusik kini diambil lalu melihat jam yang tertera di skrin.

"Haih" dia mengeluh kerana tidak sedar bahawa masa berlalu begitu pantas tanpa dia sedari.

Telefonnya mula bergetar menandakan seseorang membuat panggilan. Bangchan terus mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama yang tertera.

"Hello" jawabnya dengan malas.

"Hello, oppa?"

"Somi?" Bangchan melihat semula nama yang tertera di skrin telefonnya untuk memastikan orang itu adalah tunangnya ataupun bukan.

"Ye ni saya..oppa dekat mana?" Suara serak basah itu, Bangchan dapat menangkapnya.

"Oh no Somi, sekejap oppa dalam perjalanan!" Belum sempat Bangchan mahu menutup panggilan, suara Somi menghalang.

"Tak payah..Saya dah nak balik" ujar Somi.

"No! You stay there, okay? Wait for me" Bangchan segera berlari keluar dari ruang pejabatnya.

Apabila tiba di parkir kereta, dia dengan gelabahnya membuka pintu kereta lalu menghidupkan enjin. Setelah itu, kereta dipandu dengan kelajuan yang boleh dikatakan agak merbahaya. Ini kalau jumpa dengan polis, mahunya dia kena tahan.

Bangchan berlari masuk ke dalam sebuah restoran dimana tempat Somi berada atau lebih tepat, tempat mereka pernah berjanji untuk berjumpa.

Berpusing-pusing lelaki itu mencari keberadaan wanita itu, namun tiada. Meja yang dipenuhi gelas itu dipandang sekilas sahaja. Pasti meja itu pernah diduduki Somi sebelum wanita itu pergi meninggalkan restoran.

Tanpa berfikir panjang, Bangchan terus berlari keluar dari restoran tersebut untuk mencari tunangnya. Hatinya kuat mengatakan yang Somi belum pergi jauh.

Keluar sahaja dia dari restoran tersebut, matanya tertumpu ke arah seorang wanita yang sedang berjalan dengan perlahan menuju ke tempat parkir kereta.

"Somi!" Bangchan berlari mendapatkan wanita itu. Di dalam hati sudah menyumpah seranah untuk diri sendiri.

"Somi! Somi! Somi!" Berulang kali Bangchan memanggil sambil mendekatinya namun, sedikit pun wanita itu tidak menoleh.

"Somi" Bangchan menghalang jalan. Dadanya naik turun akibat penat. Mahu tidaknya, dari tadi berlari kesana kesini semata-mata untuk mencari wanita dihadapannya itu.

Somi mengelap air matanya yang tidak henti mengalir dari tadi.

"Babe, I'm really really sorry..i-"

"Bukan sekali Chan..bukan sekali ni awak lupakan saya hiks..apa masalah awak hah?" Somi memotong percakapan Bangchan.

"Saya bukan lupakan awak, Somi..saya cuma terlupa janji kita sebab kerja-"

"JANGAN BAGI ALASAN KERJA BOLEH TAK? APA AWAK FIKIR AWAK SEORANG SAJA KE YANG SIBUK DENGAN KERJA? INI BUKAN KALI PERTAMA AWAK BAGI ALASAN YANG SAMA TAHU TAK! AWAK SEDAR TAK HAH! BANGCHAN?" Somi meninggikan suaranya. Perasaan marah dan juga kesal dilepaskan. Selama ini dia simpan saja dan tahan setiap kali lelaki itu buat perkara yang sama berulang kali. Sekarang dia tidak tahan lagi.

[OG] Fallin' || BangchanWhere stories live. Discover now