♡ 5 ♡

44 8 35
                                    

Bangchan berjalan sambil cuba untuk hirup udara malam namun dirinya sentiasa rasa terganggu. Dia menoleh ke belakang melihat Misun yang masih mengekorinya secara diam.

"Haish!" Mata dipejam sambil tangan naik mengurut dahinya. Stress rasanya.

"Apa masalah kau? Boleh tak kau pergi balik rumah kau sendiri? Aku nak balik tahu tak!" Bangchan cuba menghalau Misun dengan cara baik. Kalau halau secara kasar nanti menangis pula.

Misun menggeleng kepala tanda tidak mahu. Dia tetap mahu mengikut lelaki itu.

"Lantak kau la" Bangchan mahu mengabaikan Misun. Baru beberapa tapak dia melangkah, kini dia menoleh semula ke arah Misun dengan muka yang boleh dikatakan stress. Gadis itu memang tidak memberinya peluang untuk hidup dengan tenang.

Misun tidak mampu berbuat apa, dia hanya mampu memberi senyuman innocent buat lelaki itu.

"Masuk la" Bangchan memperlawa Misun masuk ke dalam rumah apartment miliknya. Muka yang penuh dengan kepasrahan ditayangnya.

"Wahhh boleh tahan cantik rumah pakcik" puji Misun kagum. Berpusing-pusing dia melihat seluruh ruang tamu rumah Bangchan.

"Can you stop calling me that?" Bangchan memberi amaran.

"Oh maaf..habis tu saya nak panggil pakcik apa?? Nama pun tak tahu" Misun berkata sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk.

"Huh, nama aku kau tak tahu tapi berani kan kau ikut aku balik rumah" Bangchan tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.

"Ehe" Misun hanya mampu tersengih.

"Aku Bangchan" Bangchan memperkenalkan dirinya. Ada sifat sedikit angkuh dalam dirinya apabila memperkenalkan diri kepada gadis itu.

"Oh okay..saya Misun" Misun memperkenalkan dirinya pula.

"Boleh saya panggil Chan oppa? Bangchan oppa? Channie oppa?" Misun meletakkan jari di dagu, acah seperti sedang berfikir.

"Tak payah nak beria sangat la..aku bukan abang kau! Aku tak ada adik" Bangchan membantah.

"Okay, kalau macam tu saya panggil Chan je la" Misun membuat keputusannya untuk memanggil nama lelaki itu.

"Ikut suka kau la" Bangchan malas hendak melayan Misun. Dia melangkahkan kakinya pergi meninggalkan gadis itu seorang diri di ruang tamu.

Bangchan mencapai telefon yang berada di atas katil. Jam yang tertera di skrin telefon dilihatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Rambut yang basah dibiarkan begitu saja. Dia keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Misun sudah pun tertidur di sofa tanpa menukar pakaian sekolahnya. Keluhan diluahnya lagi. Ini sudah kali keberapa dia mengeluh disebabkan gadis itu.

"Yah, Misun" Bangchan memanggil namun tiada sebarang tindak balas yang diberi. Jari terlunjuk menolak bahu gadis itu sekali sahaja dan terus dia terbangun.

"Bangun..ikut aku" arah Bangchan. Tanpa banyak bicara, Misun hanya mengekori Bangchan dari belakang.

Bangchan membuka pintu bilik kemudian memberi ruang gadis itu untuk masuk ke dalam. Daripada rasa mengantuk terus jadi segar semula apabila melihat suasana bilik tetamu itu. Walaupun nampak simple, tapi mewah.

"Kau boleh guna bilik ni..kalau ada apa-apa panggil je aku" ujar Bangchan dan Misun mengangguk faham.

Baru sahaja lelaki itu mahu beredar, Misun sudah menghalangnya.

"Saya tak ada baju nak tukar..macam mana?" Misun bertanya.

"Aduhaii..sekejap" Bangchan pergi ke biliknya buat seketika. Tidak sampai dua minit, dia kembali dengan hoodienya di tangan.

[OG] Fallin' || BangchanWhere stories live. Discover now