Aku alih kanan, alih kiri. Susah pula nak tidur. Aku pun buka mata aku. Mencari susuk tubuh ibu ku tapi tiada.
"Mana pula ibu ni? Tadi ada. Ish carilah kejap." Aku bingkas bangun dan berlalu mencari ibu. Aku cuba mencari seseorang untuk bertany keberadaan ibuku.
Akhirnya mata aku terhenti pada seorang jururawat yang sedang bersandar di kaunter. Aku berjalan mendekatinya. Dia yang sedar akan kehadiran aku lantas berdiri tegak menghadapku.
"Cik Zea?" Jururawat itu menegur aku.
"Errr awak kenal ibu saya tak?"
Laju jururawat itu mengangguk. Memang tugas mereka untuk tahu waris pesakit mereka.
"Mana ibu saya ye? Saya lapar." Aku memegang perut aku. Jujur memang lapar pun. Rasanya aku last makan masa sebelum Zavier masuk bilik aku.
Teringat pula aku terjerit masa tu. Nasib tak kantoi aku tengah fikir ajnabi. Ish teruk betul penangan si Zavier tu pada aku.
"Ibu awak kat bilik doktor Qistina. Awak masuk bilik awak dulu ye? Nanti ibu awak datang. Saya pergi dulu ada kerja." Sempat senyuman terukir di wajah jururawat itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan aku.
"Baiklah." Aku seakan berura hendak ke wad aku, tapi usai melihat kelibat jururawat tadi hilang, lantas aku mencari bilik Doktor Qistina.
Entah kenapa jantung aku berdebar-debar semacam. Rasa ingin tahu makin menebal. Kenapa aku dirawat di sini? Kalau dari sudut pandangku, semua di sini boleh aku klasifikasikan sebagai tak waras.
Aku.. aku normal kan?
Aku mencari dan cari dan akhirnya, nama Doktor Qistian terpampang di hadapan aku. Aku buka perlahan pintu bilik itu.
"Saya nak bincang tentang hal ini. Zavier... teman khayalannya yang tak wujud."
Segaris ayat itu membuatkan aku terkedu di pintu bilik doktor itu. Lantas aku membuka luas pintu itu. Muka merah menahan marah tidak dapat aku selindung lagi.
"Za-zavier... dia tak wujud?" Aku terkedu di situ. Tak mungkin tak! Dia wujud! Aku sendiri nampak dia dengan mata kepala aku.
"Zea..." ibu mencapai tangan aku.
"Doktor bergurau kan? Dia wujud lah! Dia siap usap pipi Zea, peluk Zea. Doktor ni tak kelakar tau." Aku menepis tangan ibu. Aku perlukan kebenaran dan bukan penipuan. Kenapa semua nak tipu aku?
"Zea... apa yang doktor cakap tu betul, nak. Bila Zea cerita apa yang berlaku semalam, ibu terkejut. Ibu tahu ibu salah pukul Zea, ibu mengaku itu semua. Tapi ibu dah lama berhenti buat semua tu sebab ibu dah sedar. Dan semalam Zea yang mengamuk sampai ibu terpukul Zea. Maafkan ibu, Zea. Maafkan ibu. Dan tentang lelaki tu... ibu tak nampak orang lain selain Zea." Sekali lagi ibu mencapai tanganku sebelum diusapnya lembut.
"Ibu pun nak cakap Zavier tu tak wujud lah? Ke ibu nak cakap Zea gila? ZEA TAK GILA LAH! Zea tak gila macam mana orang lain cakap tu!" Aku merentap kasar tangan aku.
"Zea sayang... please..." ibu cuba mendekati aku.
"Aku tak gila! Dan Zavier tu wujud! Aku akan buktikan kat korang berdua." Lantas tubuh ibu aku tolak. Nasib dia sempat menyeimbangkan badannya.
Aku berpaling dan membuka langkah seribu berlari dari situ. Aku perlu jumpa Zavier, aku perlu cari dia sampai jumpa. Aku perlukan kebenaran yang dia wujud. Aku akan tunjuk kat semua orang dia memang wujud.
"Zea! Berhenti." Doktor wanita tadi berlari kecil mengejar aku.
Aku tidak memandang kiri kanan lagi. Mata aku dituju pada pintu keluar hospital. Orang di sekeliling aku tolak mengosongkan pandangan ku.
Belum sempat aku melangkah keluar, tangan aku ditarik oleh beberapa orang jururawat. Aku cuba meronta melepaskan pegangan mereka.
"Lepaskan aku lah! Aku nak jumpa Zavier! Korang tak faham apa aku rasa. Hanya dia yang faham aku."
"Zea... saya nak awak tarik nafas. Cuba bertenang seketika..."
"Kau diam lah. Kau yang gila! Bodoh! Aku nak Zavier. Sayang Zavier... tolong saya. Diorang tuduh saya gila. Zavier... saya sayang awak..." badan aku mulai lemah sebelum mata aku tertutup rapat kesan ubat penenang yang diberikan.
Ibu memandang aku dari jauh. Air matanya tak dapat diseka lagi. Pilu hatinya melihat anak yang dikandungnya sembilan bulan, akhirnya jatuh kerana sakitnya.
"Abang... Zarina gagal jadi ibu yang baik pada anak-anak kita. Abang... Zarina tak kuat nak hadap semua ni." Dadanya dipegang menahan rasa sebak yang mula mencengkam diri.
"Allah tak akan uji kalau dia tahu umatNya tak mampu. Setiap dugaan yang diberikan adalah tanpa kasihNya pada kita. Saya doakan anak aunty pulih seperti sedia kala semula." Satu suara garau menerpa pendengarannya.
Ibu mengalihkan pandangannya pada gerangan suara tadi. Satu susuk lelaki berdiri di sebelahnya dipandang. Baju formal yang tersarung itu lagi menonjolkan kekacakan lelaki itu.
Aku tak pasti berapa jam aku diulik mimpi. Mimpi buruk saat aku dibuli dulu. Tanpa ada yang bela, malah dijadikan bahan jenaka mereka.
"Anak tak guna! Baik kau yang mati, bukan abah."
"Aku tak ada kakak tak guna macam kau. Kau layak duduk bawah jambatan walaupun darah daging. Kira untung ibu kutip kau duduk dengan kiteorang."
"Dasar loser! Memang layak kau jadi mangsa kiteorang."
"Dahlah hodoh! Bodoh pula tu. Memang sesuai dengan kau yang lembik."
"Kau salah seorang manusia yang tak layak hidup. Kau patut mati."
"Tengoklah tu. Sikit-sikit nangis. Ni bukan baby, ni b*bi."
"Kau dengar eh! Kau melawan aku lagi, memang mati kau aku kerjakan."
Pukulan demi pukulan aku terima. Rasa kaki badan aku tika itu. Rasa sakit itu tidak terasa, badan ku seakan kebas dengan setiap tendangan yang diterima. Air mata tidak lagi dapat aku henti.
Bagaikan sudah cukup seksaan aku, mimpi itu akhirnya mati begitu sahaja. Cukuplah rasa sakit yang tiada kesudahan itu berbekas dalam diri aku.
Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Cahaya lampi itu membuatkan mata aku sakit. Tapi sakit lagi kenyataan yang aku terima semalam.
Selama ini aku ditemani khayalan aku sendiri. Perit untuk aku terimanya. Jujur dari sudut hati aku yakin Zavier tu wujud dan bukan khayalan aku.
"Zavier... awak wujud kan? Saya nak peluk awak. Saya nak ceritakan apa yang diorang tuduh saya. Saya rindu awak, Zavier. Awak tak rindu saya ke?" Aku memegang dada aku. Aku rindu ingin menatap wajah lelaki itu. Di manakah dia saat ini?
"I miss you too, sayang." Satu suara familiar menerpa pendengaran aku.
"Zavier?" Aku memandangnya lama memastikan benar itulah orang yang aku cari. Aku terkaku lama mengenalpastinya. Doa aku terjawab? Akhirnya, dia kembali.
"Ye, sayang. Aku dah kembali. Untuk kau." Satu senyuman manis terukir di wajah lelaki itu.
Dia savior aku, dia Zavier.
✨TAMAT✨
Sorry kalau tak menarik, ni sis buat suka-suka nak try.
Btw thanks yang baca sampai habis.
Untuk Aydan and Keysha lepas raya tau peace ✌🏻
YOU ARE READING
KHAYALAN | COMPLETED
Short StorySHORT STORY 🍿 Zea Adriana, gadis yang tidak lari dari masalah. Di sekolah mahupun di rumah. Menjadi mangsa buli sudah tidak asing baginya. Di rumah pula sering menjadi tempat amukan ibunya. Semuanya mula berubah tika si gadis bertemu dengan penyela...