Tit tit tit...
Bunyi mesin itu terlebih dahulu aku dengar. Mata dibuka perlahan sebelum pantas aku katup usai cahaya menerobos kornea aku. Aku bukanya kembali sebelum ku amati sekeliling.
Aku kat mana ni? Typical ayat setiap kali keluar drama di hospital. Haih lama dah aku tak layan drama korea aku. Entah bila kali terakhir aku duduk di ruang tamu, menonton televisyen dengan aman.
Setiap masa pasti akan dijerkah oleh ibu dan dicop pemalas. Aku bukanlah pelajar harapan sekolah mahupun harapan keluarga. Aku cuma beban. Beban yang dibenci oleh semua orang.
Rasa perit di dada kembali. Setiap kali aku menyatakan kebenaran itu, setiap kali itu juga aku rasa hati aku dirobek-robek. Ku pejam mata semula menenangkan diri aku yang mula bergetar. Berminit juga baru aku mula membaik.
Aku cuba bangun dari baringku. Dapat ku lihat wayar di tangan kiri aku. Aku cuba ingat kembali apa yang terjadi sebelumnya. Berkerut dahi aku cuba memainkan semula memori semalam.
Oh ya! Aku pengsan. Ibu pukul aku. Dan... Zavier? Apa yang jadi pada lelaki itu? Ibu tahu ke dia ada dalam bilik aku? Eh kejap! Dia yang hentikan ibu. Ya Allah, apa yang aku nak jawab dengan ibu nanti? Mesti dia pandang aku perempuan murah.
Aku kena jumpa ibu dan Zavier. Aku kena jujur apa yang berlaku. Kalau berkahwin dengan Zavier adalah langkah yang terbaik, akan aku redha dan turuti. Aku menarik jarum di tangan kiri aku. Darah mula mengalir dari situ. Dahi aku mengerut menahan sakit, tapi aku sudah biasa rasa seperti itu. Malah pernah rasa lebih teruk dari itu.
Aku mula menapak ke lantai sebelum berjalan keluar dari bilik wad. Dan mata aku terhenti pada satu susuk. Ibu yang memegang seplastik makanan.
Aku menelan air liur memandangnya. Cuma bezanya kali ini tiada lagi mata helang. Cuma mata sayu yang terlihat padanya.
"Zea nak pergi mana? Tak elok lagi kan? Degil sangat kenapa?" Ibu menarik ku masuk semula ke wad.
"Ibu... Zavier mana? Ibu... Zea dengan Zavier tak buat perkara terkutuk tu semua. Ibu..." aku mencapai tangan ibu, inginkan kemaafan darinya.
Aku tahu aku dianggap perempuan tiada harga diri dan kerana itu lebih baik aku jujur dari terus menambah kebencian ibu pada aku.
"Siapa Zavier?"
"Zavier lelaki yang ada dalam bilik Zea semalam. Yang halang ibu semalam. Dia..."
"Apa Zea merepek ni? Mana ada lelaki dalam bilik Zea semalam."
"Betul lah ibu. Zavier semalam yang halang ibu dari pukul Zea. Dia keluar dari bawah katil tu. Ibu tak ingat ke?"
"Zea! Jangan takutkan ibu please. Dalam bilik semalam hanya ada Zea dengan ibu je. Tak ada orang lain lah!"
Aku terkedu. Ibu bergurau je tu kan? Mungkin sebab dia nak tutup aib keluarga.
"Ibu... Zea serious. Zea tahu ibu tutup cerita sebab tak nak aibkan keluarga kan? Ibu... serious lah ibu. Zavier ada kan? Mana dia ibu? Zea rela kahwin dengan dia kalau itu yang ibu nak."
"Zea Adriana?" Satu suara asing wanita menerpa pendengaran aku. Aku memandangnya lama.
"Siapa puan ni? Doktor saya ke?"
"Aik? Baru sebulan tak jumpa, dah tak ingat saya ke?"
Terangkat kening aku. Sejak bila pula aku jumpa dia? Dia ni siapa? Aku tak kenal pun. Tak kan aku lupa ingatan pula? Eh tak kot, ibu dengan Zavier aku ingat.
"Zea kenal dengan siapa semalam?" Lembut sahaja wanita itu bertanya pada aku.
Aku terdiam. Yang aku kenal semalam hanya Zavier, penyelamat aku. Tanpa aku sedari senyuman manis terukis di wajah aku usai mengenang memori manis kami berdua.
"Ehem. Saya tanya tadi tu. Kenal dengan siapa semalam?"
"Oh, sorry. Zea kenal dengan Zavier. Dia selamatkan Zea dari terjun. Dia kacak betul. Zea rasa Zea dah jatuh cinta dengan dia."
"Dia buat apa dengan Zea sampai Zea suka dia?"
"Dia sokong Zea untuk terus kuat. Dia orang pertama yang tolong Zea dari kena buli. Dia juga janji nak jadi savior Zea. Dan... dia selalu panggil Zea sayang." Aku menekup mukanya sebelum terjerit kecil. Malu pula bila diingat balik.
"Wah. Cik Zea kita dah jatuh cinta lah."
Memerah muka aku mendengar kata-kata doktor itu.
"Kacak sangat ke Zavier tu? Doktor nak juga tahu pasal dia."
"Dia terlalu kacak. Sampai Zea rasa nak je kahwin dengan dia. Semalam malam kan dia masuk bilik tidur Zea. Zea cerita semua benda pada dia, termasuk pemergiaan arwah abah. Dia pujuk Zea untuk kuat. Doktor... boleh tak Zea nak cari Zavier?"
Senyuman di wajah doktor tadi mati usai mendengar permintaan aku. Nampak dia seakan mati kata untuk menjawab.
"Zea... sebenarnya..." belum sempat ibu menghabiskan katanya, doktor terlebih dahulu memintasnya.
"Mestilah boleh. Tapi bukan sekarang lah ye. Zea belum sihat lagi, nanti kalau Zavier nampak Zea sakit macam ni, mesti dia lagi sedih kan?"
Aku mengangguk laju. Ada betulnya juga kan? Aku tak nak Zavier sedih sebab aku. Cukuplah masalah yang lain. Aku berpaling membelakangi mereka.
Mata aku menatap kehijauan pokok besar yang tertanam di belakang hospital itu. Jendela terbuka sikit itu membenarkan udara masuk.
Rasa segar. Hilang rasa sakit aku yang tertahan selama ini. Hanya yang tinggal ialah lega. Dan rindu pada kekasih hati aku, Zavier.
'Mana awak pergi, Zavier? Kenapa ibu tak ingat awak sedangkan dia nampak awak dengan saya semalam?' Aku bermonolog sendiri sebelum aku baring menghadap jendela. Mata ku pejam rapat.
"Puan? Boleh kita bincang? Sementara Zea tidur tu." Doktor menepuk bahu ibu ku. Ibu mengangguk perlahan sebelum mengikut langkahnya ke bilik khas doktor.
Ibu duduk bertentangan dengan doktor wanita itu. Hatinya berdegup laju menunggu keputusan kesihatan aku.
"Puan Zarina. Kes Zea ni makin teruk. Saya risau dia akan menjadi lebih teruk kalau puan terlambat semalam."
"Maafkan ibu, Zea. Maafkan ibu. Ibu gagal jadi ibu yang terbaik." Ibu menekup wajahnya. Sungguh menyesal akan apa yang berlaku sebelum ini.
"Puan... kita masih boleh ikhtiar cara lain. Ingat setiap sakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Berdoa pada Allah, insyaallah dipermudahkan semuanya. Dan saya ada satu lagi nak beritahu tentang Zavier."
"Siapa sebenarnya Zavier? Jujur masa dia beritahu saya tadi, saya tak faham. Dan semalam saya tak sengaja pukul dia."
"Saya nak bincang tentang hal ini. Zavier... teman khayalannya yang tak wujud."
Segaris ayat itu membuatkan aku terkedu di pintu bilik doktor itu.
"Za-zavier..."
YOU ARE READING
KHAYALAN | COMPLETED
Historia CortaSHORT STORY 🍿 Zea Adriana, gadis yang tidak lari dari masalah. Di sekolah mahupun di rumah. Menjadi mangsa buli sudah tidak asing baginya. Di rumah pula sering menjadi tempat amukan ibunya. Semuanya mula berubah tika si gadis bertemu dengan penyela...