TEASER THE HUNTER 1

3.7K 171 6
                                    

"KAMU berdua tak perlu risau. Ibu dah ada calon suami untuk Hani." Tegas Madam Salima.

"Siapa?" Datin Qaleda menyoal. Belum sempat Madam Salima menjawab, suara Flora mencelah mematikan perbualan mereka.

"Maaf madam, dato dan datin. Ini, ada orang hantar kek untuk madam." Flora meletak kek itu ke atas meja makan. Tihani pula melabuhkan punggung semula di atas kerusi. Matanya juga tertumpu kepada kotak kek itu. Pelik, setahu dia tak pernah lagi ada orang bagi hadiah dekat nenda.

"Wow, Black Forest Cake!" Madam Salima tersenyum sebaik sahaja melihat isi di dalam kotak itu. Dia tahu siapa yang menghantarnya.

Serta-merta, wajah Tihani berubah pucat dan perubahan wajahnya menarik perhatian Flora. Dahinya berkerut. Kenapa dengan cik muda?

Tihani menelan air liur yang terasa kesat. Wait... What? Tapi macam mana? Bukankah hanya ada sebiji kek tadi dan orang yang membelinya ialah Zufar. Jadi macam mana kek ini boleh ada di hadapannya sekarang ni!?

"Eh? Tuan Muda Emiir?" Flora mengambil kad kecil berbentuk yang dicucuk di atas kek kemudian dihulur kepada Madam Salima.

Welcome back nenda. Sincerely, Emiir.

"Siapa Tuan Muda Emiir tu?" Suara Tihani mencelah. Dato Firdaus dan Datin Qaleda memandang satu sama lain. Nama yang tidak asing lagi bagi mereka.

Zufar Emiir bin Dato Khalid.

"Cucu angkat nenda, Zufar Emiir bin Dato Khalid. Dia bakal suami Hani." Madam Salima tersenyum penuh makna.

Tihani ternganga, terlopong, terkedu dan terkaku! Wajah Zufar mula menjelma di dalam fikirannya.

Dia bakal suami aku?

Dia bakal suami aku?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pre-order Novel The Hunter (C) Where stories live. Discover now