1

3 1 0
                                    


"Ma, adik ni menyusahkan la! "

Habis seisi rumah kecoh dengan suara Jihoon yang tak habis-habis merungut. Ditambah pula dengan tangisan Jimin yang masih tak henti-henti sejak setengah jam yanga lalu. Puan Park yang baru pulang memujuk Jimin yang berusia 3 tahun dalam pangkuannya.

"Kamu ni sabar-sabarlah sama. Dah adik kamu ni kecil lagi. "
Lembut sahaja suara Puan Park menasihati anak lelaki sulungnya itu. Tangannya mengusap-usap lembut belakang badan anak kecilnya.

"Macam mana nak sabar, Ma? Habis buku kerja Jihoon ni dicontengnya...!"

Makin kuat tangisan Jimin apabila suara tekingan Jihoon menerjah telinganya. Jari telunjuk Jihoon laju menunjal dahi kanak-kanak kecil itu.

"Jihoon! Ma tak ajar kurang ajar macam ni dengan adik sendiri! "
Marah Puan Park.

" Fine! Ma memang sayang adik jelah kan?? "

Gara-gara berang, Jihoon terus ke luar rumah dan menghempas pintu dengan kuat.

PROPOSEWhere stories live. Discover now