1

41 0 0
                                    

Aku memanjat tangga untuk menuju ke kelas baruku setelah bertanyakan seorang murid tentang hala tujuku. Kelas 4 Teratai yang berada di Blok Cermai, tingkat dua. Sedang kakiku berusaha keras membawaku ke destinasi, mataku melirik dan meneroka segenap sudut di sekolah baharuku ini. 

Ya, sekolah baharu.

Jadinya, hari ini juga merupakan hari pertamaku setelah bercuti tiga minggu. Deriaku dapat menangkap bisik-bisik liar dan jelingan-jelingan aneh apabila aku melintasi bilik-bilik darjah. Sedikit rasa gerun menyelinap dalam hati. Namun, aku tepis rasa itu semua dengan fikiran optimistik.

"Tuhan tu tak kejam", bisik ku pada diri lalu mengemaskan genggaman tanganku.

Mungkin juga penampilanku yang berbeza membuatkanku sedikit menonjol daripada murid perempuan yang ada di sini. Aku tidak bertudung dengan rambut yang sangat pendek. Aku sering pastikan rambut aku tersikat rapi menyebabkan ramai rakan-rakan perempuanku yang menunjukkan minat terhadap diriku sewaktu di sekolah lama. Ada juga yang terang-terangan mengatakan yang mereka mahu teman lelaki mereka nampak lebih seperti diriku. Kacak, gentleman dan bergaya. Itulah apa yang mereka kata. Namun, dalam kepopularan aku digilai oleh teman sekeliling, hanya ada seorang sahaja yang mampu mengikat pandanganku padanya.

Dia yang aku puja-puja.

Ah.... tidak mahu lah aku mengenang kenangan silam...lagipun aku pindah ke mari untuk membuka kisah baru

Harapnya

Aku juga memakai sedikit make-up untuk melukis keningku di sebelah kanan dan untuk meutup parut juga di bahagian yang sama. Disebabkan pengalaman yang memeritkan di sekolah lamaku, aku terpaksa dipindahkan ke sini setelah kedua ibu bapaku berbincang. Namun, masih juga ada parut yang akan mengingatkanku, masakan tidak? 

Sama seperti dalam kehidupan ini. Bezanya, ia kekal di hati dan kita hanya belajar untuk hidup dengannya. Tak kira betapa pedih dan peritnya rasa.

Lagi beberapa langkah, terdapat kelas yang pintunya tertulis '4 Teratai'. Aku berjalan pantas dan tersenyum apabila Puan Murni sudah ada dalam kelas tersebut. Aku mengetuk perlahan pintunya.

butch4butchWhere stories live. Discover now