" Ah.... Fareza! Marilah masuk ", Puan Murni menyedari kehadiranku lalu menyambutku dengan penuh rasa kegirangan.
Aku melangkah masuk sambil memerhatikan segenap kelas baharuku dengan penuh berhati-hati. Beberapa pasang mata terbuntang luas memerhatikan gerak-geriku, ada juga yang mempamerkan senyuman dan tidak kurang juga dengan pelajar-pelajar lelaki yang mula bersiul-siul untuk menarik perhatianku. Untuk seketika, kelas menjadi agak bingar. Aku menarik nafas lega. Aku akui, sejak perkara lalu berlaku, aku agak berhati-hati dengan orang sekeliling.
Mataku dapat menangkap pandangan tajam daripada hujung kelas. Belum sempat aku mengamatinya, Puan Murni sudah bercekak pinggang.
" Baik, semua. Semua boleh bertenang. Rosyam yang dah bertukar jadi burung pun, boleh terbang ke tempat awak ", satu kelas turut ketawa mendengar teguran Puan Murni yang bersahaja itu. Aku juga tergelak sama. Rosyam yang memulakan sesi siul-siulan itu tersengih sambil menggaru kepala yang entah gatal atau tidak. Dia akur dengan permintaan Puan Murni.
" Assalamualaikum dan selamat pagi, semua. Saya Fareza Ishak. Mulai hari ini, saya akan bersekolah di sini. Saya harap kita semua dapat bekerjasama untuk hari-hari yang mendatang ", aku mempamerkan senyuman yang paling manis kepada bakal rakan-rakan sekelasku setelah Puan Murni mengiizinkanku berbuat demikian.
" Diharapkan, semua boleh beri kerjasama dengan Fareza. Jangan gaduh-gaduh. Jangan..... kacau anak dara orang..... ", Puan Murni memegang bahuku sambil memberikan kata-kata terakhir. Sempat pula dia menyindir si Rosyam. Sekali lagi derai tawa meletus di kelas ini.
Puan Murni memberitahu kedudukan tempat dudukku setelah keadaan sedikit reda. Satu-satunya tempat duduk yang kosong ialah bersebelahan dengan Dayana. Betul-betul di hujung kelas. Rambutnya sama pendek seperti aku. Jadinya dialah yang merenung aku seperti seekor singa lapar sebentar tadi.
Tenang........ Masih terlalu awal untuk berasa gentar.
Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia sedikit pun tidak menoleh ke arahku. ' Pelajar cemerlang barangkali ', detikku, cuba menyedapkan hati kerana Puan Murni sudah pun memulakan sesi pengajaran untuk pagi ini. Pengajaran hari ini ialah ragam ayat. Aku keluarkan sebuah buku tulis pendek dan tuliskan 'tatabahasa' pada ruang perkara. Setelah hampir satu jam berlalu, Puan Murni keluar seketika untuk mengambil kertas-kertas latihan yang sudah dicetak di pejabat.
" Hiyaaaaagh..... ", aku menggeliat perlahan untuk melegakan sendi-sendi yang tegang. Mungkin sudah terlalu lama aku berehat di rumah sehinggakan badanku terlupa yang menuntut ilmu di sekolah masih lagi menjadi kewajipan. Apa boleh buat, kesihatan mentalku tidak mengiizinkan.
" Baguslah, sekarang pengkid macam Dayana ada dua orang ", aku mengangkat wajahku. Jelas sekali mata si lelaki yang aku tidak tahu namanya itu bersilih-ganti memandang aku dengan Dayana. Pandangannya sinis sekali.
Jantungku ibarat berhenti seketika. Telingaku rasa berdengung yang amat sangat. Nafasku juga turut terhenti. Aku memegang erat lencana sekolahku yang terletak pada jantung kiriku.
Dayana yang lelap di sebelahku segera bangun dan terus mencampakkan sebiji bola sofball tepat mengenai kepala lelaki tersebut.
" Skrrtt....", Dayana bangun dari duduknya membuatkan kelas senyap seketika seolah-olah mereka tahu yang sesuatu akan terjadi. Belum sempat Dayana melakukan apa-apa, lelaki tersebut sudah pecut keluar daripada kelas.
Anehnya, semua perasaan yang menghimpitku tadi terus terbang pergi. Aku rasa tenang semula dan suasana kembali terkawal. Dayana yang kembali pada mejanya, aku pandang dengan senyuman. Sungguh, aku terhutang budi.
"Kau ni dah kenapa? Tersengih-sengih....?", sedang elok aku perhatikannya dengan mata yang terkebil-kebil, dia menyergah aku pula.
".....ah.... takde apa-apa.....", wajah aku yang merah padma, aku alihkan daripadanya. Dalam hati, terdetik yang kawan semejaku ini agak kasar orangnya.
Bagaimana harus aku teruskan sesi persekolahan ni?!11!1???1!
YOU ARE READING
butch4butch
Historia Cortathe music we make unnatural but it sounds like falling in love