𝐒𝐚𝐚𝐭 pandangan pertama,aku hanya menganggap dirinya sekadar kawan. Orang memanggilnya Ayana tetapi aku memanggilnya Aya. Kedengaran pelik bukan? Ya,memang pelik dengan panggilan tersebut tetapi aku tetap menyukainya.Unik. Aya seorang wanita yang pendiam dan penuh misteri. 1001 kisah lagaknya.
Suatu hari,pensyarahku mengajak aku dan rakanku yang mengambil bidang kedoktoran berkelah di satu tasik yang sangat cantik. Sepanjang aku mengenali Aya,tidak pernah aku melihat dia ketawa. Jika dia tersenyum pasti dia akan menutup mulut dengan tangannya. Di sana,Aya yang menjadi tukang masak. Masakannya sangat lazat sehingga menjilat jari. Aku tidak menyangka bahawa dia seorang yang pandai memasak. Malam semakin larut,pensyarah mengarahkan kami untuk tidur kerana masih banyak aktiviti yang ingin kami lakukan pada esok hari.
Pada malam itu,aku terjaga dari lenaku dan bercadang untuk membancuh kopi. Di saat aku sedang membancuh kopi,aku terdengar bunyi di kawasan tasik dan aku melihat air yang berkocak. Aku senyap-senyap melangkah mendekati pokok yang berhampiran lalu bersenbunyi bagi mengelakkan 'dia' mengetahui kehadiranku. Aku terpesona melihat keindahan didepan mataku sehinggakan aku tidak sedar aku sudah keluar dari persembunyian. Aya mempunyai ekor yang sangat menawan sehingga mampu memukau sesiapa sahaja yang melihat ekornya. Dibahagian tepi wajahnya terdapat sisik yang sangat cantik.
Aya terkedu melihat diriku. Dia kembali merendamkan dirinya ke dalam tasik.❛Aya,tidak perlu bersembunyi lagi. Pada hari ini, saat ini, malam ini dan pada waktu begini Ayaan dah nampak segalanya. Ayaan dah agak ada sesuatu dalam diri Aya yang membuatkan Ayaan semakin tertanya-tanya. Malam ni Aya cantik sangat.❜ aku tersenyum manis apabila melihat Aya menimbulkan kepalanya kembali dari dalam air.
❛A...Ayaan tak takut dengan saya?❜ pelbagai soalan yang sedang bermain didalam kepalanya.❛Kenapa nak takut? Aya nak tengok rahsia yang Ayaan pegang selama 21 tahun?❜ Aya hanya mengangguk penuh minat.
Apabila aku memberi isyarat untuk terjun,Aya seperti musykil dengan diriku.❛Aya,Ayaan tak buat apa-apa pun❜ setelah berjaya menyakinkan Aya. DUSH! Tubuhku telah dibasahi dengan air tasik. Aya membuat riak yang sama aku lakukan disaat aku melihat dirinya bermandi-manda.
❛Awak siren?❜ aku tidak terkejut melihat riak wajahnya yang ketakutan apabila melihat ekorku yang berwarna hitam.
Aku sudah biasa mendengar cacian dari manusia tentang keturunanku. Sejak kecil aku sering mendengar ❛Saya suka ikan duyung daripada siren sebab ikan duyung lawa dan baik hati! Saya tak suka siren sebab siren jahat! Siren suka bunuh orang.❜ aku menyakinkan diriku bahawa aku tidak seperti keturunanku yang lain.
Aku merasakan saat ini adalah saat yang paling sesuai untuk aku meluahkan perasaan yang kian lama ku pendam.❛Aya,cuba Aya tengok bulan tu. Cantikkan?❜ Aya terkedu mendengar ayat yang ku utarakan. Akhirnya,aku dapat melihat Aya ketawa. Senyuman Aya dapat memikat mana-mana pemuda.❛Aya sukakan Ayaan juga. Aya suka Ayaan sejak Ayaan pernah pertahankan Aya sewaktu Aya diejek sebab Aya pendiam.❜ diriku bagai terapung diawangan sebaik sahaja mendengar luahan hatinya. Tidak ku sangka aku akan mendapat lampu hijau dari si gadis yang aku cintai. Cintaku berbalas. Aku dan Aya bercadang untuk meninggalkan dunia manusia dan menjadi diri kami yang sebenarnya.
Saat cinta kami bertaut maka segala memori manusia yang mengenali kami akan terhapus sekelip mata. Kami hidup di dasar laut yang dalam. Hanya aku dan dia. Kini, aku dan Aya dikurniakan lima cahaya mata yang kini sudah berinjak dewasa dan remaja. Sudah 25 tahun kami bersama. Pertemuanku dan Aya tidak akan pernah aku lupakan malah akan sentiasa tersemat di suatu sudut sanubariku.
Aku meninggalkan perkuburan Aya setelah hampir dua jam berada disana.❛Terima kasih untuk segalanya,sayang. Terima kasih kerana menjadi ibu yang baik dan penyanyang untuk anak-anak kita. Akan abang jaga hadiah yang sayang berikan dengan sebaiknya sehingga hujung nyawa.❜
𝑻𝑨𝑴𝑨𝑻
YOU ARE READING
AYA
FantasyOrang memanggilnya Ayana tetapi aku memanggilnya Aya. Kedengaran pelik bukan? Ya,memang pelik tetapi aku tetap menyukainya. Aya seorang wanita yang penuh misteri dan seorang yang pendiam. Aku terdengar bunyi di kawasan tasik dan aku melihat air yan...