Nikah

2.2K 7 0
                                    

TAJUK: NIKAH

 

 

Pengertian:

à    Bahasa Arab: Kumpul, himpun dan cantum.

à    Istilah Syarak: Satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan dalam pergaulan dan persetubuhan. Akad ini dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahan.

Dalil-dalil disyariatkan nikah

à    Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud: "Maka kahwinlah kamu dengan perempuan yang baik bagi kamu, dua, tiga atau empat tetapi jika kamu takutkan tidak berlaku adil, maka kahwinlah seorang saja."

à    Sabda Rasulullah saw: "Nikah itu sunahku, maka sesiapa yang tidak mengerjakan sunahku bukanlah ia dari golonganku."

Hukum Nikah

à    Hukum asal adalah HARUS.

à    MAKRUH bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau mempunyai keinginan untuk berkahwin atau mempunyai sesuatu penyakit atau lemah kerana terlalu tua walaupun ia mempunyai perbelanjaan yang cukup.

à    SUNAT bagi orang yang ingin berkahwin dan cukup perbelanjaan, tetapi bagi orang yang tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup, tidak berkahwin adalah lebih baik baginya.

à    WAJIB bagi orang yang takut jika ia berkahwin kerana ditakuti melakukan kejahatan sekalipun ia tidak berkemampuan.

à    HARAM bagi orang yang berkeyakinan tidak akan dapat melaksanakan kewajipannya sebagai seorang suami.

Hikmah Nikah

1)      Memenuhi kehendak naluri dan sifat semula jadi manusia.

2)      Agar terhindar dari melakukan perbatan terkutuk atau berzina.

3)      Untuk memeperbanyakkan keturunan manusia.

4)      Agar suami dan isteri mengetahui akan tanggungjawab masing-masing.

5)      Mengeratkan tali persaudaraan di dalam masyarakat.

6)      Mengelak dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan.

Memilih Calon Isteri

1)      Gadis (Dara)

à    Hadith Rasulullah saw: "Hendaklah engkau berkahwin dengan seorang gadis yang engkau boleh bergurau senda dengannya dan ia akan bergurau senda dengan engkau."

2)      Perempuan yang Kuat Agama

à    Sabda Rasulullah saw: "Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya dan kerana agamanya. Maka kahwinilah perempuan yang kuat agamanya nescaya engkau beroleh keuntungan dunia dan di akhirat."

Munakahat (Nota Syariah I)Where stories live. Discover now