" woah.. ni ke villa yang hyung cakap
tu"" haah, hyung rasa ni lah villa nya kenapa? "
" besarnya, dino tak pernah duduk kat villa macam ni "
" kan hyung pun tak sangka kita dapat bercuti kat villa yang besar ni memang rugi seungkwan tak ikut " kata hansol sambil berdiri di sebelah chan.
" takpelah hyung, kwan hyung kan sibuk mungkin lain kali dia boleh join kita kan "
" hmmm.. "
" dah jangan sedih-sedih, kita datang sini nak bercuti pasal Seungkwan tu korang jangan risau dia cakap habis je kerja dia kat jeju tu nanti dia datanglah sini bercuti sekali dengan kita "
Terbeliak mata hansol bila dengar seungcheol kata yang seungkwan akan datang bercuti bersama mereka sekali bila kerjanya selesai.
" betul ke hyung. Yeah! "
Seventeen tergelak melihat telatah hansol itu.
" dah jom masuk, bawak beg masing-masing kita pergi kaunter check-in, hyung dah tempah awal-awal dah villa ni untuk kita semua "
Seventeen: ok!
Selepas mereka ambil beg masing-masing di dalam kereta seventeen terus gerak masuk ke dalam villa tersebut dan pergi ke kaunter pendaftaran.
Di kaunter pendaftaran.
Sesampainya mereka di kaunter tiada seorang pun staf yang menjaga di meja tersebut, suasana di villa pun sunyi sepi.
" hyung takde orang pun kat sini. "
" haah hyung, suasana kat villa ni pun sunyi je macam takde orang langsung "
" hmmm kita tunggu jelah dulu " balas seungcheol bagi menjawab pertanyaan seokmin dengan jun.
" hello ada orang tak...! "
Ting
Ting
Ting
TingSoonyoung menekan loceng yang berada di kaunter dengan kuat supaya staf yang bekerja di villa itu mendengar suara lonceng yang ditekannya.
" yah hoshi jangan lah buat main lonceng tu bising lah. "
Soonyoung tidak mendengar teguran yang diberi kan jihoon malah dia lagi kuat menekan lonceng itu.
" yah Kwon Soonyoung! "
" ada apa-apa saya boleh bantu? "
" woah!! Shi- "
Hampir sahaja jihoon hendak mencarut apabila mendengar suara perempuan di sebelahnya. Serta merta seventeen yang tengah duduk di sofa itu terus bangun dan soonyoung berhenti menekan lonceng di meja itu.
" awak siapa? " tanya jeonghan apabila melihat perempuan misteri itu tidak menyambung percakapannya.
" saya pemilik villa disini, ada apa-apa boleh saya bantu "
" oh yeke, maaflah saya tak tahu btw nama saya seungcheol, yang muka macam angel tu jeonghan, sebelah jeonghan yang muka macam angel and perangai evil tu joshua, yang tengah tidur sambil buka mata tu jun, yang awak dengar bunyi lonceng kuat tu dia yang buat hoshi namanya ( sambil jari ditujuk ke arah hoshi ), yang pakai cermin mata tu wonwoo and sebelah dia yang kecik molek tu woozi. "
" hyung ni memang nak kena makan dengan gitar ke apa? "
" hehehe.. gurau jelah, itu pun nak terasa "
YOU ARE READING
BAD CLUE : THE VILLA [Season 1]
Mystery / ThrillerSatu percutian yang menyeronokkan bertukar menjadi satu percutian yang misteri di mana salah seorang ahli seventeen hilang di villa tersebut. Sejak itu mereka cuba mencari ahlinya yang hilang sambil cuba merungkaikan misteri yang ada di villa itu, t...