Malam Hari ahad, kalau tak ada mood nak memasak. Miya akan menyelongkar almari dapur. Selongkar punya selongkar maka....
Tara!
Cup noodles yang memudahkan si pemalas. Even masih perlu dimasak. 😭
Satu cup noodles sangat tak mengenyangkan. Jadi Miya masih tak berpuas hati. Dia search dan search pada katalog promosi makanan malam.
Ya! Ramen shop! Masih dibuka hingga lewat malam. Miya terliur dengan hanya memandang ke gambar katalog.
Terbayang-bayang rasa lazat kuah ramen yang akan hirupnya nanti.
Ramen shop itu memang salah satu tempat terkenal bagi orang tempatan. Ada sahaja menu baru setiap hari.
Sesampai sahaja di Ramen shop tersebut. Miya agak bertuah. Pelanggan hari ini tak ramai macam selalu. Dia selalu ingin memakan ramen disini. Tetapi, tidak berkesempatan kerana kedai tersebut sering kehabisan bahan masakan.
Telur dadar, daging lembu, daging ayam, tempura adalah salah satu penambah perasa ramen disini. Mereka tak pernah kedekut untuk bubuh bahan masakan yang mahal.Ini juga merupakan satu kepuasan tukang masak disini untuk melihat kegembiraan buat si pelanggan.
Satu makanan seperti steak juga akan dihidangkan secara percuma sekiranya pelanggan mereka memesan ramen yang paling mahal.
YOU ARE READING
FOOD AND LIFE[C]
RandomSlice of life | Random Ini merupakan kisah tentang si pelahap yang bernama Miya. ᴇɴᴊᴏʏ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀsᴀ ᴋᴇ ʟᴀᴜᴛ, sᴏʀʀʏ.