BAB 1

23 0 1
                                    

  Botol air minuman diletakkan dia atas meja bulat bersaiz kecil di sebelah sofa.Kaki dah rasa lenguh bagai nak gila asyik berlari dia atas treadmill.Rasanya empat puluh lima minit dia berlari tanpa henti.Ini kes bengang punya pasal!

   Tubuh direbahkan ke atas sofa berwarna coklat gelap.Semput nak mengambil nafas dalam ruang bilik yang luas ini. "Argh...penat"

    Peluh yang masih menitik di dahi langsung tidak dihiraukan.Kalau sofa ni busuk,boleh campak ke laut dan beli yang baru.

"Alan"

    Razlan menoleh."Kenapa ma?"

    "Ya Allah...sedap aje kamu landing atas sofa mama ye? Bangun! Lepas bersenam tergolek pulak.Duduk.Lengan Razlan ditampar kuat.Geram betul dengan tingkah laku anak bujangnya.Haish!

   "Ala,mama ni bisinglah.Alan penat ni".

    Eh,takde siapa pun yang suruh kamu berlari atas treadmill tu sampai berjam jam.Penat cari sendiri sape suruh? Dah,dah bangun.Duduk sekarang!"Sekali lagi tangan Puan sofiah menampar kuat lengan anakny.

   "Ye,Alan duduk sekarang.Mama nak apa?"

    Puan sofiah menghenyak punggung di atas sofa."Izreen datang cari kamu di bawah tadi"

    Dia malas nak ambil tahu pasal Izreen lagi dah.Kata dah habis,habis ajelah.Cari dia kat rumah buat ape lagi?Menyemak je!

    Puan Sofiah menghulurkan kotak baldu bewarna merah."Izreen datang sebab nak pulangkan ini semula.Sedih hati mama bila dia pulangkan cincin tanda ini.

   "Buang ajelah cincin tu,ma.Nak sedih buat ape lagi?Dah orang tak sudi,kita nak buat macam mana lagi?Malaslah Alan nak fikir pasal dia tu."

   Puan sofiah mengesat air mata yang mengalir turun dari hujung kelopak matanya."Mama dah berkenan sangat dengan Izreen tu.Dah anggap dia macam anak mama sendiri.Bila jadi macam ni mestilah mama sedih.Izreen tu baik budaknya.Sampai hati Alan tinggalkan dia."

    Hah?Dia tinggalkan Izreen? Amboi,mama!Cakap macam dia seorang aje yang paling jahat di muka bumi ni."Ma, I don't care apa yang Izreen dah cakap dengan mama,Tapi apa yang Alan tahu we are over.Over ma!"

    "Kalau Alan pujuk dia semula takkanlah dia tak nak terima Alan?"

   "I won't.Kalau dia nak terima Alan sekalipun,Alan takkan terima dia semula.never!!

    Nada suara Razlan berubah sedikit keras dan kasar.Bukan berniat mahu menderhaka kepada Puan Sofiah yang sudah dua puluh lapan tahun membesarkan dia tapi..dia geram bila mama sendiri menangkan orang luar berbanding anak sendiri.

   "Alan,mungkin Izreen ada buat salah tapi Alan pun mungkin ada buat salah jugak pada dia.

   "Pernah Alan curang pada dia,ma?Cuba mama tanya dia selama ini apa yang dia nak Alan tak pernah turutkan?Semua Alan bagi pada dia,ma"

   "Mungkin dia rasa sunyi sebab Alan tak banyak luangkan masa bersama."

    "Dah la ma.Alan tak nak cakap pasal ni lagi.Bukan jodoh kami.Alan malas nak fikir pasal kahwin."balas Razlan sambil meneguk air.

    "Alan sanggup tengok mama meninggal dengan mata terbukak sebab kempunan nak terima menantu?"
  
    RAZLAN garu kepala.Tak habis soal mati yang diungkit mamanya.Gaduh sikit aje sebut pasal mati.Memanglah wajib fikir pasal mati tapi kalau sampai mengugut dia...tak patut juga mama ni.

   "Ma,please la.Jangan ugut Alan dengan perkataan mati lagi.i love you.i love you so much but kali ni tolonglah jangan paksa Alan pujuk Izreen lagi.Izreen tu bukan untuk Alan.Mama kene terima hakikat ni."Razlan memeluk lembut bahu Puan Sofiah.mencium kepala mamanya.Sayang sangat sangat!!

CINTA TAKKAN BERAKHIRWhere stories live. Discover now