BAB 2

10 0 0
                                    

AZARA menolak troli yang memuatkan beberapa buah beg roda bersaiz besar menuju ke pintu bernombor lapan.Nafas dihembus perlahan.Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Malaysia selepas tiga tahun meninggalkan Malaysia,meninggalkan keluarga dan meninggalkan kenangan lama.

   "Baliklah Zara.Mak dengan abah rindu sangat dengan Zara.Mak tahu Zara masih marahkan kakak tapi,kakak dah berubah, Baliklah..."

   Itu rayuan Puan Nona tiap kali menelefon dia.Tidak pernah jemu memujuk dia pulang ke Malaysia.

   "Nantilah,mak.Zara belum ada hati nak balik."

   "Zara tak kesiankan mak ke?Tiap hari mak rindukan Zara.Kalau abah izinkan,dah lama mak terbang ke Amerika.Mak rindu sangat dengan anak mak."

   Azara mengesat air mata yang mengalir.Tiap kali berbual dengan Puan Nona,tiap kali itulah dia suruh pulang ke Malaysia.

   Tiga tahun bukan satu jangka masa yang singkat.Tiga tahun membawa diri ke Amerika Syarikat hari ini dia pulang dengan segulung sarjana.Kalau bukan kerana membawa hati yang kecewa,tidak mungkin dia masih ada disini.

   Ah,kenangan! Semua sudah berlalu.Dia kembali sebagai Azara yang baru.Azam baru,semangat baru.

   Udara segar negara sendiri dihirup dalam-dalam.Rasa seronok pula pulang kali ini.Pulang dengan hati yang gembira.Luka lama yang sudah sembuh.

    Mata meliar ke merata tempat.Mencari seseorang yang sudah berjanji akan menjemput dia di sini.

    "Zara!"

    Tubuh serentak berpusing ke kanan tatkala mendengar namanya dilaung kuat.

    "Anis!" Tangan didepa luas seketika melihat Anis yang berlari mendapatkan dia."Ya Allah...I miss you so much!"

     "Bila due?"

     "Lambat lagi,empat bulan lebih lagi"

    Zara mengagguk.Tiga tahun dia ke Amerika,Anis dah kahwin dengan Khairul.Dah nak bersalin pun.Dia masih juga sama,sendiri tanpa teman.

    "Sampai hati kau pergi macam tu aje.Tak balik masa kenduri kawen aku!"Anis menampar perlahan bahu Azara.

     Nafas dihela berat.Saja aje Anis nak ungkit kisah lama.Bukan Anis tak tahu kenapa dia tinggal bumi Malaysia ni.

    "Tahniah untuk kenduri kau dan bakal anak kau ni.Dan tahniah untuk aku yang bakal jadi aunty gorgeous nanti!" Azara mengubah topik perbualan."Tak sabar nak tengok anak kau,Anis.Mesti comel!"

    "Hah,jangan nak tukar topik Zara"

    "Takdelah,bila masa aku tukar topik?" Azara tayang riak selamba.Malas nak cakap pasal benda dah lepas.Bosan!

     "Parents kau tahu kau dah balik?"

     Azara menggeleng sambil tersengih
  
     "Nak buat kejutan la kononnya?"

    "Yeap!"

    Khairul membantu Azara menolak troli."Kau macam duduk sepuluh tahun dekat US,Zara.Barang kau ma ai...banyak!

    "Lamalah jugak tiga tahun tu.Rasa macam tiga puluh tahun dekat sana." Azara tersengih.

     Anis kait lengan Azara. "Itulah...lama sangat merajuk sape suruh?Nasib baik ingat jugak nak balik ke sini.Ingatkan kau nak mati kat sana."

     "Kau sindir aku ke?"

     Anis geleng."Tak,aku memang nak mengumpat kau.Heh buto ! Kau tu,pergi tak bagitahu,tetibe lesap,aku call cakap kau ada kat US.Sampai hati kau,Zara.Sedih aku tau!"

CINTA TAKKAN BERAKHIRWhere stories live. Discover now