💗 ; 1

10 2 0
                                    

"sejuknya.."

kata seorang gadis yang sedang duduk bersimpuh diruang tamu sambil memeluk tubuh kecilnya.

aisyah nasuha atau lebih mesra dipanggil suha berumur 17 tahun.  sikapnya yang lemah lembut,sopan santun dan peramah itu sangat disenangi oleh penduduk Kampung Sentosa. kulit putih bak salji ditambah dengan mata bundar,anak mata yang lebat dan bibir yang merah bak delima..gadis itu sering menjadi rebutan para lelaki yang berada di kampung itu. usah ditanya berapa ramai lelaki yang telah meluahkan rasa cinta mereka terhadap gadis itu. namun semuanya ditolak dengan alasan dia mahu fokus berlajar.

"mana abi dengan umi ni..lama benar keluarnya." keluhan kecil terlepas dari mulut suha. jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9. matahari sudah lama melabuhkan tirai namun kedua-dua orang tuanya masih tidak muncul. telefon pintar segera dicapai. nombor uminya didail. sungguh dia risau akan keadaan kedua ibu bapanya. sudah 2 jam dia menunggu mereka berdua.

"nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi."

makin gelisah suha apabila mendengar suara operator. ditambah pula hujan yang semakin lama semakin lebat , siapa sahaja tidak khawatir. suha hanya mampu berdoa akan keselamatan kedua orang tuanya. untuk menyedapkan hati,suha masuk ke dalam biliknya dan mengambil Al-Quran yang terletak di atas meja berlajar. wuduk telah diambil siap-siap. telekung disarungkan ke kepala.. sejadah dihamparkan ke atas lantai dan suha pun membaca Al-Quran. angin malam yang sejuk ditambah dengan ayat Al-Quran sekelip mata dapat menenangkan hati suha ketika itu. benarlah kata uminya,apabila kita berada di keadaan khawatir atau tidak tenang.. bacalah Al-Quran kerana itu dapat menenangkan hati.

selepas 15 minit membaca Al-quran,terdengar ketukan pintu. suara orang memberi salam kedengaran diluar rumah.

"sadaqallahulazim..."Al-Quran ditutup dan dicium.. setelah meletakkan Al-Quran diatas meja,suha segera membuka pintu utama rumah itu. terkejutnya suha apabila melihat kedua orang tuanya itu berdiri diluar rumah dengan keadaan yang basah kuyup. tudung uminya yang bewarna biru muda sudah bertukar warna. bergitu juga baju jubah abinya.

"astagfirrullahalazim... umi dengan abi masuklah dulu." pintu segera dibuka luas. umi suha yang dikenali sebagai puan naurah menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. suha memberikan sehelai kain kepada umi dan abinya.

selesai mereka membersihkan diri, mereka berkumpul diruang tamu. memang begitu rutin harian mereka sekeluarga pada malam hari,berkumpul diruang tamu sambil berborak. kadang kala mereka membaca Al-Quran bersama-sama. kata abi,rutin seperti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.. dan suha sangat setuju dengan kata-kata abinya itu.

"maafkan abi ya,suha. kereta kami berdua rosak tadi. mujurlah pak samad lalu.. dia hantar kereta kami ke bengkel." terang abinya. suha hanya mengangguk faham. lega juga hatinya setelah mengetahui punca abi dan uminya pulang lewat.

"takpe abi. suha faham. risau suha bila umi dengan abi balik lewat tadi. suha call umi tapi umi tak angkat pula."

"telefon umi habis bateri tadi,sebab tu umi tak jawab call suha."

suha mengangguk sekali lagi. dia faham akan keadaan ibu bapanya itu. bekerja penat lelah kerana ingin membesarkan dia dengan kehidupan yang selesa. walaupun mereka tidak berada,dia tetap bersyukur mempunya ibu bapa yang sangat menyayanginya. disebabkan itu jugalah dia selalu berlajar bersungguh-sungguh. itu semua untuk membalas jasa kedua insan tersayang.

"dah,suha pergilah tidur. baju dengan beg dah siap? solat dah?" tanya abi. suha menganggukkan kepalanya sekali lagi. semuanya telah siap dibereskan. malas dia nak menangguhkan kerja. makin banyak nanti jadi makin malas.

"suha tidur dulu ya? asalammualaikum umi,abi."

"Iya,waalaikummusalam,sayang." jawab kedua-dua orang tuanya. Suha menghabiskan susunya dan terus masuk ke dalam bilik. Cadar katil dikibas dahulu sebelum tidur. Doa tidur dibaca dan segera dia tidur.

asalammualaikum users. moga korang suka dengan karya saya. karya sebelum ni di padam atas sebab-sebab tertentu jadi harap korang sukalah cerita ni ya. 100% idea dari saya. Hamasah <3. 

Aisyah Nasuha ♡ Where stories live. Discover now