💗 ; 2

4 1 0
                                    

tudung sekolah yang elok membalut kepalanya dibelek dihadapan cermin. setelah berpuas hati, suha keluar dari bilik dan munuju kedapur. bau masakan uminya memenuhi segenap ruang dapur.

"wahh sedapnya bau !" teruja suha apabila melihat masakan uminya yang sudah berada di dalam pinggan. terbuka terus seleranya. puan naurah yang melihat anak perempuannya hanya tersenyum. dia tahu anak perempuannya itu gemar akan nasi goreng masakannya. tidak hairanlah mengapa suha kelihatan gembira sebegitu rupa. abinya yang baru keluar dari bilik mendekati ahli keluarganya.

"mari sarapan. kejap lagi abi hantar suha." kata encik azhar. suha hanya mengganguk. Dia membasuh tangannya dan segera makan nasi goreng yang telah dimasak oleh uminya.

✦✦✦

Sesampai sahaja disekolah,suha terus menyalami tangan abinya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah. segera dia pergi ke kelasnya,5UM. dari jauh dia sudah dapat agak bahawa dia orang pertama yang sampai di kelas itu. rakan-rakan sekelasnya memang agak lewat,dia sudah lali akan hal itu.

"asalammualaikum." pintu kelas dibuka sebaik sahaja salam diucapkan. suis lampu ditekanm kelas yang gelap itu dicerahi dengan cahaya nur dari lampu (haha tak salah melawak). suha meletakkan begnya diatas kerusi. penyapu yang terletak dibelakang kelas dia ambil. lantai kelas yang agak berdebu dia sapu. dia sudah biasa,walaupun hari ini dia tidak bertugas,suha tetap menyapu lantai kelas itu sehingga tiada lagi habuk yang melekat dilantai. dia ingin belajar dengan selesa,tak salah dia sapu kelas untuk keselesaan diri dan rakan-rakannya.

"kau ni tak jemu ke ? asyik-asyik kau je yang sapu sampah kat kelas ni. bukannya kau bertugas pun hari ni. kau nak jadi makcik cleaner ke besar nanti?"telinga suha menangkap apa yang dikatakan oleh rakan sekelasnya, arisya. dia menoleh ke belakang, memandang arisya seketika dan menghadiahkan gadis itu senyuman.

"Saya tidak peduli. selama kita boleh belajar dengan nyaman, saya boleh saja menyapu kelas ini setiap hari."katanya lembut. arisya yang sedang duduk di tempatnya hanya mengjengilkan matanya. menyampah.

'acah baik.' itu sahaja yang difikirkan olehnya. dimatanya, suha hanya berpura-pura baik. suha tahu apa yang difikirkan oleh arisya,tapi dia mengendahkannya sahaja. tidak peduli akan apa yang difikirkan oleh rakannya itu,selama Allah tahu apa niatnya,itu sudah memadai. dia ikhlas membersihkan kelas,bukan untuk menarik perhatian orang sekeliling.

bangunan sekolah mula dipenuhi dengan kaum Adam dan Hawa. suha yang telah selesai menyapu sampah di kelasnya duduk ditempatnya. buku latihan sains dia keluarkan. sementara menunggu guru yang akan mengajar tiba,baik dia isi masa terluang dengan benda yang bermanfaat. leka membuat latihan sains,bahunya ditepuk oleh seseorang. suha menoleh,terlihat nayra,kawan baiknya yang masih menggendong begnya sedang tersengih memadangnya.

"suha,macam biasa ya. awal sungguh kau datang." kata nayra. suha hanya tersenyum. nayra yang sudah lali dengan perangai suha yang selalu datang awal hanya tergelak kecil. beg dibahu diletakkan di atas kerusi. tempat duduk disebelah suha dia duduk.

Suha menyambung kerjanya yang tergendala. Kelas yang bising tidak dia pedulikan. Malas dia nak buang masa.

"Weh korang,kau tahu tak suha tu acah baik sia. Menyapu kelas lah..."kata arisya. Pelajar kelas 5UM memang tahu Arisya sangat tidak menyukai Suha kerana iri akan kecantikan yang dimiliki suha.  Namun begitu,suha tetap melayan arisya dengan baik. Nayra yang terdengar akan kata-kata arisya hanya menjeling arisya. Tangan sudah  digenggam hingga merah. Suha segera menenangkan nayra.

"Biarkan sahaja. Tiada guna juga kita melawan,mulut manusia kita tidak boleh tutup. Diam itu pintar. " Kata suha lembut. Aduhai,sahabat seorang ini. Orang lain yang kena bahan dia pula yang marah.

"Aish kau... Asyik diamkan sahaja,nanti lama-lama dia pijak kepala kau." Rungut nayra walaupun dia tahu suha akan tetap dengan pendiriannya. Suha hanya tersenyum dan menggeleng perlahan.

"Cikgu datang !!"

Rehat

Kring !!

"Okay kamu semua dibenarkan untuk keluar rehat."setelah mengucapkan terima kasih, pars pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Kantin segera dituju. Tidak dikecualikan juga dengan suha dan nayra. Suha telah disediakan bekal oleh uminya manakala nayra perlu membeli makanan dikantin.

"Nayra,saya rasa nak beli air milolah. Mari kita letak bekal saya di sana. Nanti kalau orang nampak,tidaklah mereka duduk ditempat kita." Ujar suha. Cadangannya itu disetujui oleh nayra. Suha meletakkan bekalnya diatas meja kantin. Mereka berdua menuju ke kaunter kantin.

"Berhambus pun kau berdua." Arisha segera keluar dari tempat persembunyiannya. Sengaja dia menunggu suha dan nayra pergi dari meja itu. Senyuman lebar terlakar dibibir remaja perempuan itu apabila melihat bekal suha yang masih berada diatas meja. Bekal itu dicapai,tanpa melihat isi didalamnya,arisha terus membuang bekal itu ke dalam tong sampah.

Suha dan nayra kembali. Mereka pelik melihat tempat yang suha telah letak bekal tadi dipenuhi pelajar.

"Eh,mengapa ada orang duduk ditempat kita? Bukankah kau sudah letak bekal kau disitu?" Kata nayra hairan. Tidak mungkin pelajar-pelajar disitu tidak nampak. Suha pun bertanya kepada pelajar yang duduk ditempat mereka. Berdasarkan apa yang dikatakan pelajar disitu,mereka tidak menemui bekal yang suha letak disitu. Perasaan suha bercampur aduk.

"Mana bekal saya? Siapa yang buang?" Kata suha. Nayra yang kasihan melihat wajah suha dari gembira menjadi murung.

"Tidak mengapalah. Kau kongsi bekal dengan aku sahaja ya?" Cadang nayra. Suha hanya mampu mengangguk.

Arisha yang sedang duduk dimeja makan kantin yang langkau 2 baris daripada suha dan nayra tersenyum sinis. Puas hatinya melihat wajah suha sedih seperti itu. Tiba-tiba senyumannya memudar apabila kata-kata mamanya terlintas di kepalanya.

"Kita tidak boleh membazir makanan. Sepatutnya kita bersyukur kerana kita dapat makan makanan yang sedap belaka. Ramai saudara kita di Palestin tidak dapat makan. Ada yang mati kerana kebuluran."

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga arisha. Segera dia menggeleng kepala. Demi rancangan jahatnya,dia sanggup berbuat demikian.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aisyah Nasuha ♡ Where stories live. Discover now