Part 16🗡

27 7 2
                                    

The Isabella Sisters

Sekeluarga kecil dari pihak si suami datang ke rumah tanpa diundang. Mereka disini hanya untuk berkenalan bersama Nadhirah Isabella yang baru sahaja menjadi sebahagian daripada mereka. Semasa pernikahan milik Mikael Rayden, mamanya Puan Nafisah mempunyai hal yang terlalu penting sehingga dia terpaksa menarik diri untuk hadir ke majlis pernikahan anak sulungnya itu.

Puan Nafisah menyesuaikan diri di rumah anak lelakinya itu. Mata mengerling ke sekeliling. Cantik rumah yang dibina dan di reka sendiri oleh pekerja-pekerja Mikael dengan perabut-perabut yang telah dibelinya. Rumah ini tidak kesemua ruangan berwarna hitam.

Ini agak menerujakan Puan Nafisah atas anak lelakinya. Dari kecil sehingga dia menamatkan status bujangnya, kesemua rumah, peralatana, sabun juga berwarna hitam! Tetapi sekarang lihatlah, rumah yang di reka sendiri tidak berwarna hitam atau gelap. Di campurkan dengan elemen dan warna lain seperti putih, emas, biru, coklat dan sedikit cat hitam juga. Tidak pernah Mikael berpisah dengan warna hitam walaupun sedikit.

"Assalamualaikum mama." Mikael menyapa mamanya yang sedang duduk berbual dengan pembantu peribadi mamanya.

Puan Nafisah melihat figura yang berada di belakang Mikael. "Tak reti nak salam ke?" Jeling Puan Nafisah kepada Nadhirah yang menyorok di bayangan Mikael.

Nadhirah memaksa dirinya kehadapan untuk bersalaman. "Mama..." kedua-dua tangannya dihulur kepada Puan Nafisah, lalu dibalas salaman Nadhirah.

Wajah Puan Nafisah kelihatan sombong. Tidak pelik pada Mikael kerana itu memang pendirian mamanya. Sombong, garang dan egois pada orang baru.

Nadhirah terkebil-kebil melangkah ke belakang, mencapai lengan suaminya. "Awak saya ke dapur dulu masak untuk semua." Sebelum Nadhirah dapat membuka kaki untuk melangkah ke dapur, Puan Nafisah berbicara.

"Tak payah susah-susah. I dah makan. Datang sini nak menjenguk aje. Maybe, I will stay here for a while." Ujar Puan Nafisah. Kata-kata Puan Nafisah tidak menyenangkan hati Nadhirah yang sedang berdiri bersama suaminya.

Mikael mengangguk. "Sure. I will make a room for you." Kata Mikael kepada mamanya.

Puan Mafisah menggeleng tidak bersetuju. "Mama tak nak boy yang buat. Mama nak you yang siapkan bilik I." Sambil jari telunjuknya ke arah Nadhirah menandakan wanita itu lah harus menyiapkan bilik tidur untuk ibu mertuanya.

•_•

Nadhurah merenung jauh melihat langit yang membiru. "Apa lah si pengantin baru tu tengah buat kan?" Ujar Nadhurah bersendirian. Pastinya dia rindu pada Nadhirah. Perpisahan mereka terlalu lama dek kerana keselamatan masing-masing yang terpaksa membawa mereka jauh dari tempat asal.

Air mata Nadhirah secara tiba-tiba jatuh ke pipi. Rindu. Hatinya berat sungguh tiada kehadiran kembarnya yang dulu selalu berada di sisi. Selalu menghiburkannya. Selalu menjadi bahan olehnya. Sekarang dia berasa sunyi. Tiada keceriaan di hati lagi.

"Sakit... tsk..." tangannya menggengam dada kiri. Nadhurah teruskan tangisannya sehingga tersedu-sedu. Dari dulu sehingga sekarang dia telah menanggung beban. Kebahagiannya masih lagi dicari-cari.

Dalam diam dan suasana yang menyedihkan, ada sepasang mata yang mengintai. Gadis itu ingin mendekatkan dan memeluk wanita cantik itu tapi apakan daya dia tidak berani mendekat atau menegur begitu sahaja.

Isabella | OGWhere stories live. Discover now