Part 18🗡

26 2 0
                                    

The Isabella sisters

Berlari Nadhirah mendapatkan Mikael. Mikael mendepa lalu Nadhirah memeluk Mikael dengan erat. Risau dibuatnya dengan kejadian semalam.

Nadhurah masih terlentang di atas katil tanpa sedar. Semalaman Nadhirah di menemani kembarnya di dalam bilik tidur. Risau jika Nadhurah memerlukan sesuatu apabila sudah sedar nanti.

"Awak dah makan?" Tanya Nadhirah dengan nada yang peelahan cukup di dengari oleh suaminya. Pertanyaan si isteri mengingatkan dia tentang isterinya yang mengajaknya semalam untuk makan bersama tetapi disuruh mengajak ibunya malah ditolak lagi olehnya.

Mikael mengusap lembut rambut Nadhirah kemudian mencium embun kepalanya. "Kau lapar ke? Kalau lapar jom kita makan sama-sama nak?" Tanya Mikael sambil mengajak Nadhirah makan bersama.

"Jom!" Laju saja wanita itu menarik tangan suaminya untuk memimpin ke meja makan.

Tersenyum manis Mikael apabila melihay Nadhirah tersenyum gembira mengajaknya makan.

•_•

Mata dibuka secara paksa dan berperingkat. Seluruh badannya sakit seperti terkena renjatan. "Kenapa badan aku sakit sangat ni?"tanya dia sendiri masih keliru apa yang telah terjadi.

Mata mengerling ke sekeliling, lihat jika ada yang boleh membantunya untuk bangunkan badannya yang terlalu sakit untuk bangun sendiri. "Sesiapa? Boleh tolong tak?" Nada sedikit kuat dilaungkan supaya ada yang dapat mendengar.

Telinga menang bunyi tapak kaki berlari ke arah biliknya. Tum! Pintu di buka luas "Nadhurah?" Terdengar suara kembarnya yang kedengaran risau.

Sekali lagi dia berlari ke arah Nadhurah. Mata dibuka luas seraya menekup mulut sendiri dengan kedua-dua telapak tangannya. "Allahuakhbar... Nadhurah!"

"Tak payah bangun Dhurah. Baring balik."

"Kau diam lah." Kata Nadhurah yang degil ingin menegakkan badannya.

K

embarnya membangunkan badannya secara perlahan-lahan. "Jangan gelojoh sangat nak bangun. Sedar diri sikit tengah sakit" satu suara kedengaran dari hujung.

Dua kembar Isabella itu menoleh arah suara.

"Kau boleh tak tutup mulut kau Noah? Aku tengah sakit pun kau nak memekak. Suka hati aku lah nak bangun ke nak berdiri ke, kau tunggu aku sihat aku pukul kau Noah." Kata Nadhurah dengan tidak puas hati.

Nadhirah menoleh ke kembarnya "Kau ni. Ada betul juga apa yang dia cakap. Kau tu baru bangun tau. Baru nampak biji mata kau. Rehat lah."

"Siapa kembar kau ni Dhirah?"

"Kau."

"Dah tu? Support lah aku yang kau support mangkuk tu buat apa."

Nadhirah menjeling. 'Tak padan dengan sakit. Mulut tu ada je nak cakap.' Monolog hati Nadhirah.

Tidak lama kemudian telinga menangkap bunyi pintu terbuka. Tertonjol wajah Mikael yang dingin masuk ke dalam.

Tanpa ragu-ragu dia mengcengkam kolar baju Noah dari belakang. "Budak-budak jangan main dalam ni. Jom keluar main playground." Laju dia menarik Noah keluar.

"Eh ehh! Mikael mahal baju aku ni. Oi! Tercekik aku!" Kata Noah yang sambil menarik kolae depan, tercekik kerana kolarnya yang ditarik oleh sahabatnya.

Menahan tawa dua beradik yang terduduk di atas katil itu. Mata masing-masing mengekori saja dua jejaka sehingga ghaib dari pandnagan mereka.

Setelah itu, Nadhurah mula bersuara "Kau bahagia ke dengan suami kau?" Tiba-tiba saja soalan itu terkeluar dari mulutnya.

Tanpa sedar Nadhirah mengukir senyuman bahagia. Dia menoleh kepala ke arah Nadhurah Isabella.

"Bahagia."

Nadhurah tersenyum apabila terxengar perkataan itu keluar dari mulut kembarnya tetapi ada sedikit rasa sedih kerana sehati sejiwanya telah pun jumpa kebahagiaannya.

"Tapi..." Nadhirah mencapai kedua-dua tangan milik Nadhurah. "Aku lebih bahagia bila kau ada dekat sisi aku. Walaupun aku dah ada Mikael tapi kau sehati sejiwa aku. Kita kan makan semangkuk tidur sekatil!"

Terkekek mereka berdua.

"Tak ada kau ibarat hilang separuh nyawa aku Dhurah..."

Secara tidak langsung Nadhurah menarik kembarnya ke dalam dakapan.

• _ •

Mulut sibuk mengunyah makanan yang diberi. Mikael hanya memerhati rakannya di depan.

"Nasib baik kau belikan aku chips ni. Kalau tak memang sampai lusa aku takkan kawan dengan kau."

Mikael tersengeh seraya menggeleng kepala "Apahal pula kau nak merajuk? Nadhurah tu tengah sakit kau usik dia pula. Memang padan lah kena tarik dengan aku."

Mata Noah melukis bulatan. Menyampah. "Takpe takpe... kau lebihkan Nadhurah dari aku ya!" Ugut Noah.

"Apa yang takpe Noah?" Suara halus kedengaran.

Pantas kaki Noah memijak ke lantai. "Ha elok! Ni suami kau ni, ceramah sikit kat dia ni jangan lebihkan si Nadhurah tu."

Nadhirah berkerut kening. "Biarlah dia lebihkan Nadhurah pun, aku takde masalah." Katanya menuju ke arah Noah.

Noah menghabiskan kunyahan terakhirnya. "Eh kalau tak disebabkan aku, kau tak jumpa tau Mikael ni. Tolong bersyukur eh." Balas Noah lalu dia merampas paket chips yang terletak di atas meja.

"Dah-dah. Kau kalau nak gaduh, gaduh dengan aku je tak payah nak gaduh dengan bini aku. Ambil semua chips kau, ambil bawa masuk bilik duduk diam-diam." Kata Mikael lalu menarik Nadhirah jauh dari Noah supaya tidak berbalah lagi.

Tanpa selamat tinggal Noah meninggalkan kawasan dapur. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah perangai Noah.

Sekarang Nadhirah pula mengganti tempat duduk Noah tadi. Mikael merenung isterinya.

"Comel."

Perkataan itu cukup untuk membuat pipi Nadhirah membahang malu. Sempat pula dia memuji isterinya itu.

Kemudian mereka berdiam diri. Lama juga mereka tidak bersuara kerana tiada tajuk yang boleh dibual.

"Maafkan aku Nadhirah..."

Kening Nadhirah mula mengendur. "Sebab?"

"Aku gagal lindung kau dengan Nadhurah. Kalau aku turun makan sekali dengan kau masa tu mesti tak jadi macam ni." Terlihat dari wajah Mikael sungguh dia kecewa dengan diri sendiri yang tak dapat melindungi kembar Isabella yang dalam tanggungjawabnya.

Nadhirah menekup pipi si suami "Awak... kami Isabella dari dulu diburu sebab bonda. Fasal hal hari tu awak tak payah lah fikir sebab benda dah jadi dah pun. Saya selamat. Awak selamat. Semua orang selamat kira syukur dah."

Mikael melemparkan sebuah senyuman kepada Nadhirah. Tiba-tiba satu persoalan terlintas dalam kepalanya. "Kenapa orang buru kau dengan bonda kau eh? Aku still tak faham walaupun orang banyak kali cerita."

"Oh, macam ni. Dunia awak dengan dunia bonda lain tau. Saya bet awak pun tak pernah lihat suasana kampung kan?"

"Bonda ni dari kampung. Dia ada kecantikkan luar dan dalam. Tak macam perempuan dalam dunia awak. Maaf lah kalau saya menyakitkan hati awak tapi apa yang saya cakap ni fakta. Orang dunia awak suka kebaikan dab kecantikan yang bonda ada."

"Perempuan dunia awak cemburu dengan bonda. Lelaki dunia awak obses dengan bonda tapi bonda dah berpunya. Lepas mereka tahu bonda dengan ayah dapat cahaya mata kembar anak perempuan. Kami mula diburu sebab mereka expect yang kami sama macam bonda. Yang memberi tuah kepada mereka."

"Tuah? Maksud kau?"

"Dulu ayah tak ada apa-apa. Ayah lah geng ranking paling bawah sampai orang nak bunuh dia sebab dia useless! Lepas bonda bersama dengan ayah. Ranking dia naik mendadak dan orang ingat bonda lah memberi tuah pada ayah sampai dia jadi ketua."

Tekun Mikael mendengar cerita isterinya. Dia membalas dengan anggukan aje.

Isabella | OGWhere stories live. Discover now