2: MALAM MINGGU ITU

11.7K 92 2
                                    

Termakan hasutan syahwat sendiri, tanpa berlengah Rizwan melajukan langkah kaki menuju ke dapur. Ditarik tong sampah yang tersorok tepi singki, lantas mengikat plastik sampah yang cuma suku penuh. Seterusnya, dia menjinjing plastik hitam tersebut menuju ke pintu utama. Sempat dijeling cermin sekali lagi untuk memastikan penampilannya semenggah apabila berhadapan dengan mamat idaman beberapa ketika lagi.

'Ish, nampak macam pelacur sangat pulak kalau shirtless. Wan, one step at a time. Jangan gelojoh!'. Dicapai singlet yang disangkut di kerusi lalu disarung ke tubuh gebunya. Dia bersedia!

Pintu dikuak perlahan dan Rizwan melangkah keluar. Pura-pura tidak menyedari keberadaan jirannya di situ, Rizwan menutup semula pintu sambil mengenakan selipar. Ketika menoleh ke depan, dia membuat riak terkejut melihat si jiran yang sedang duduk di lantai simen.

"Eh, kenapa duduk kat luar ni?" Rizwan memulakan bicara.

"Kunci hilang. Tak boleh nak masuk," si jiran menjawab ala kadar sambil tersenyum kelat.

"Lah, yeke? Yang lain belum balik lagi?" Rizwan cuba meneruskan momentum perbualan. Dilihatnya peluh sedikit membasahi baju serta dahi mamat itu, tanda sedang kepanasan.

Jirannya cuma menggelengkan kepala. Matanya kembali tertumpu ke telefon yang dipegang.

"Kena tunggu diaorang berapa lama lagi?" Rizwan masih tak mengalah walaupun layanan dingin diterima.

"Entah. Tunggu jelah sampai diaorang balik kot."

Rizwan mati kutu kerana lelaki itu tidak menunjukkan minat untuk meneruskan perbualan. Dia mengambil keputusan untuk membuang sampah dahulu sambil memikirkan langkah seterusnya.

Selesai membuang sampah di bilik sampah yang terletak di hujung koridor, Rizwan kembali mendekati si jiran.

"Takkan nak duduk sini je. Kalau diaorang tak balik malam ni? Jenuh nak tunggu sampai esok."

Rizwan memulakan pancingan.

"Entah, sekor pun tak jawab call. Wallet aku pun tertinggal kat dalam, so tak boleh nak pergi mana-mana malam ni."

Bingo! Jawapan itu yang dinantikan Rizwan. Bibirnya mengukir senyuman.

"Apa kata datang lepak rumah saya dulu sementara diaorang tak balik lagi? Boleh rest kat dalam, lagi selesa dan tak panas."

Mat motor itu terus menghalakan pandangannya ke arah Rizwan, mungkin tak menyangka yang jirannya itu baik hati untuk menjemputnya masuk.

"Eh..seganlah bro. Aku tak nak susahkan kau kena tunggu sampai diaorang balik. Aku rasa macam akan balik esok pagi ni. Selalunya macam tu."

"Then, stay jelah sini malam ni. Tidur je rumah saya. Esok pagi try check kalau diaorang dah balik. No problem, tak menyusahkan pun."

"Confirm ke tak kacau ni? Alamak, seganlah bro."

"Apa nak segan, saya stay sorang kat sini. So, lepak jelah sini malam ni, at least saya ada orang borak." Sengaja Rizwan memberitahu tentang situasinya yang tinggal bersendirian agar si jiran tadi lebih selesa untuk masuk.

"Kalau dah kau cakap macam tu, aku tumpang rest sampai housemate balik ya. Thanks, bro," ujarnya sambil senyum memandang Rizwan. Bingkas dia berdiri dan menguis bahagian belakang seluar takut berhabuk.

"Aku Jai. Kau?". Tangan kanannya dihulur kepada Rizwan. Tak tunggu lama, terus disambut Rizwan dengan cukup bahagia. Sempat dia curi pandang lengan budak muda itu yang berselirat urat.

"Panggil Wan je. Nama penuh Rizwan."

"Alright. Thanks again sebab kasi aku rest kat rumah kau, Wan. Kalau tak, memang tidur kat luar la malam ni."

Jai tergelak saat menghabiskan ayatnya, dan Rizwan turut sama ketawa.

"Dahlah tu. Tak payah risau. Malam ni saya tolong Jai, mana tau next time kalau saya perlukan pertolongan, Jai pulak tolong saya."

Rizwan sengaja menoleh ke arah Jai usai menghabiskan ayatnya itu. Jai yang tidak memahami subteks ayat tersebut, hanya mengangguk dan tersenyum. "Of course, boleh!"

Pintu rumah dibuka dan Rizwan menjemput Jai untuk masuk. Selepas itu, Rizwan terus merapatkan pintu pagar sebelum meletakkan magga agar tiada siapa bisa menganggu rancangannya malam ini.

Dalam benak Rizwan, dia sudah mula berimaginasi akan situasi yang mungkin terjadi sekejap lagi saat mereka berdua di dalam rumah. Walaupun luarannya, Rizwan cuba mengawal gerak tubuh dan emosi, namun dalam hati, dia seperti mahu menjerit kegembiraan kerana berjaya mengumpan si jantan idaman datang bermalam.

Apakah rencana Rizwan untuk menundukkan Jai? Adakah nafsu lelaki straight seperti Jai mudah dilentur? Gambar sekadar hiasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apakah rencana Rizwan untuk menundukkan Jai? Adakah nafsu lelaki straight seperti Jai mudah dilentur? Gambar sekadar hiasan

Bersambung...

BERAHI JIRAN RUMAH HADAPANWhere stories live. Discover now