Bab 1 : Rancangan

396 1 0
                                    

Elisya termenung memerhatikan pelanggan yang agak ramai pada hari itu.
"Sya, hantar order ni jap kat meja no 13." kata Dynia kepada Elisya. Elisya hanya menganggukkan kepala. Makanan dipegang penuh berhati-hati. Sesampai sahaja Elisya di meja no 13, dia tersenyum memandang lelaki tersebut. Dengan pelanggan mana boleh sombong kan!
Edy tersenyum miang melihat Elisya dari atas ke bawah. Elisya hanya mengerutkan dahi tanda tidak selesa.
"Saya nak minta diri dulu." jawab Elisya setelah meletakkan semua yang telah diorder oleh Edy ke atas meja. Belum sempat pun Elisya berlalu tangannya dipegang oleh Edy. Elisya membulatkan mata.
"Apa ni main pegang?" soal Elisya geram. Dia berusaha menarik tangannya dari pegangan Edy. Edy hanya menayangkan senyuman nakal.
"I nak u temankan i makan sayang" kata Edy sambil mengenyitkan mata. Tangan Elisya diusap. Lembut!
Elisya sudah tidak mampu menahan sabar. Air di atas meja Edy diambil lantas dituang ke ke atas kepala Edy. Geram!
"Tak payah nak miang sangat lah." kata Elisya geram. Edy sudah terkedu. Dia tidak menyangka Elisya akan buat dia begitu. Dynia segera datang ke arah Edy dan Elisya.
"Ada apa ni?" soal Dynia cemas. Apa yang sudah Elisya buat? Dynia memandang wajah Elisya yang kemerahan menahan amarah.
"Mana boss kau?" soal Edy dengan wajah garang. Elisya ditolaknya kasar sehingga Elisya terduduk di lantai restaurant tempat dia bekerja. Orang yang memerhati kejadian itu sudah tidak dipedulikan lagi oleh Edy. Dia rasa tercabar bila ada perempuan yang berani buat dia macam tu.
"Auch." kata Elisya perlahan. Sakit bontot dia oii.
"Ada apa ni Elisya?" soal Haze perlahan. Dia menolong Elisya bangkit. Dari jauh dia sudah mendengar kekecohan yang terjadi di restaurant miliknya. Kesian pula tengok pekerjanya sorang tu. Dynia hanya mendiamkan diri.
"Sapa boss kat sini?" tanya Edy garang. Elisya hanya menundukkan kepala. Sah! Dia akan hilang kerja!
"Aku boss kat sini. Kenapa?" soal Haze serius. Wajah Elisya dipandang sekilas.
"Dynia, kau boleh sambung kerja kau." kata Haze serius tanpa memandang ke arah Dynia. Pandangannya kini hanya tertumpu pada Edy. Dynia hanya menganggukkan kepala.
"Kau tahu tak pekerja kau ni dah kurang ajar dengan aku. Berani dia tuang air minuman atas kepala aku!" marah Edy. Dia masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah Elisya lakukan.
Haze memandang wajah Elisya meminta kepastian. Lambat-lambat Elisya mengangguk.
"Dia miang. Sebab tu saya buat macam tu. Saya tak sengaja boss." kata Elisya perlahan. Cukup hanya dia dan Haze yang mendengar. Haze memandang Edy semula.
"Kau buat apa dengan pekerja aku?" tanya Haze garang. Matanya mencerlung memandang wajah Edy. Edy mendengus.
"Aku tak buat apa-apa pun. Dia yang tiba-tiba tuang air kat aku." balas Edy tidak mahu mengaku.
Haze hanya tersenyum sinis.
"Kau ingat tempat ni takde cctv untuk tengok apa yang kau dah buat?" soal Haze dengan sinis.
Edy terkedu. Dia sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi.
"Kau pergi dari sini sebelum aku laporkan kepada polis!" kata Haze serius. Wajahnya berubah dingin.
Edy hanya mengangguk lantas pergi dari situ. Haze berpaling ke belakang melihat Elisya.
"Sya, kau ikut aku." kata Haze lantas berlalu pergi.
Elisya hanya menganggukkan kepala.
Sesampai sahaja di pejabat milik Haze, Haze menyuruh Elisya duduk di kerusi hadapannya.
"Sya, kau tak sepatutnya buat macam tu tadi walaupun dia salah. Kau tak boleh buat tindakkan meluru. Kau kena bagitahu aku dulu." Kata Haze perlahan. Elisya hanya menggigit bibir. Dia tahu dia salah hmm.
"Tapi dia miang boss. Geram lah." balas Elisya perlahan. Tak kisah lah boss ke tak boss. Elisya tetap nak lawan juga.
"Aipp Sya, berani pulak kau lawan aku sekarang?" soal Haze dingin. Elisya terkedu pantas menggelengkan kepala.
"Bukan lawan boss laa, Sya cuma cakap benda betul jee." kata Elisya sambil tersengih. Haze hanya menggelengkan kepala.
"Lain kali aku taknak benda macam ni berlaku lagi." kata Haze serius. Elisya mendiamkan diri seketika.
"Rasanya tak ada lain kali la boss. Sya nak berhenti kerja." kata Elisya perlahan. Dia sayang pekerjaannya ini namun dia malas lagi mahu mengambil risiko.
Haze terkejut. Dia memandang wajah Elisya dalam-dalam. Tidak berapa percaya dengan kata-kata Elisya.
"Kenapa tiba-tiba je?" soal Haze geram. Wajahnya tetap memandang Elisya dengan pandangan dingin. Elisya rasa mahu pengsan disitu juga.
"Errr Sya takut terjumpa orang miang macam tadi tu lagi." kata Elisya jujur. Cukup lah untuk hari ini sahaja tangannya telah diraba. Hukks!
"Hmm, kau taknak ambik cuti dulu ke?" tanya Haze lagi. Dia kalau boleh taknak kehilangan Elisya. Elisya lah yang paling lama bekerja dengan dia. Dari dia mula membuka restoran tersebut sampai lah restoran dia menjadi restoran yang terkenal, Elisya masih ada disampingnya.
Elisya hanya menggelengkan kepala. Muka sedih ditayangkan. Berharap agar Haze setuju melepaskannya.
Haze mengeluh perlahan sebelum menganggukkan kepala. Dia tidak ada hak menghalang Elisya untuk terus bekerja dengannya.
"Tapi kalau kau free, datang lah sini. Nanti aku belanja makan free." kata Haze sambil tersenyum. Elisya terpaku. Baru hari ini dia melihat Haze tersenyum. Hensemm!
"Baik boss." balas Elisya sambil tersengih. Hilang segala perasaan geram tadi apabila Haze mengatakan mahu membelanjanya makan.

*****

Jam di dinding sudah menunjukkan angka 10 malam. Tetapi mata Elisya masih belum mahu tidur. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati pada malam itu. Cerita di tv sudah tidak dipedulikan lagi.
Aviera melangkah mendekati Elisya yang tampak termenung jauh.
" Weyh beb jom la teman aku." kata Aviera. Ada rancangan yang dia akan buat pada malam ini.Malam ni malam yang sesuai untuk membalas dendam.
Elisya menjongketkan kening. Tak pernah pun Aviera mahu mengajaknya kemana-mana sebelum ini. Mungkin sebab dah malam kot.
"Kemana?" tanya Elisya malas. Sebenarnya pada hari itu dia bercadang mahu rehat dirumah saja memandangkan dia penat. Sudahlah dia baru sahaja kehilangan kerja sebab memarahi pelanggan yang menggatal dengannya. Walaupun Haze tidak mengatakan apa-apa tapi dia tetap rasa bersalah.
"Adelah..jom ikut je" kata Aviera memaksa. Rancangannya tidak boleh gagal.
"Tapi tak lewat sangat ke sekarang? Esok kau tak kerja?" soal Elisya sambil memandang wajah Aviera. Aviera hanya menggelengkan kepala.
"Esok aku cuti. Jomlah, temankan aku. Bukan selalu pun aku minta kau temankan aku. Takkan kau tak sudi." kata Aviera dengan nada sayu.
"Emmm yelah, tapi aku nak bersiap jap." Elisya mengeluh perlahan sebelum bersiap. Bersiap ala kadar jelah.
Kalau dia berkeras menolak nanti Aviera merajuk pula.

****

" Waitt..what the..." kata Elisya terkejut melihat tempat itu. Aviera hanya tersengih. Tangan Elisya ditarik masuk ke dalam. Kelab malam adalah tempat dimana Aviera selalu melepak.
" Ikut aje. Best tau tak" kata Aviera ketawa riang. Tangan Elisya ditarik untuk masuk kedalam.
Elisya hanya pasrah dan ikut sahaja kemana Aviera pergi. Rasa bersalah mula menerpa.
"Kau duduk je kat sini. Aku pesankan minuman." kata Aviera sambil tersenyum manis.
Elisya hanya mengangguk sambil matanya melilau kesana kesini. Seketika Aviera hilang. Entah kemana.
"Cik ..nah air" kata pelayan disitu memberikan air yang diorder oleh Aviera tadi.
Elisya mengangguk. Entah berapa kali dia nak angguk pun dia tak tahu. Dia seakan orang bisu pada malam ini.
Aviera berjalan mendekati Elisya setelah merancang sesuatu dengan kekasih hatinya. Senyuman sinis diukir. Aviera memandang ke arah Elisya dengan pandangan tajam. Dasar gadis naif!
"Weyh Sya.. aku nak menari dengan bf aku jap. Kau duduk je kat sini eh..jangan pergi mana-mana tau" kata Aviera sambil menayangkan senyuman manis seraya memaut kekasihnya. Kelihatan Aviera bercium mesra dengan Ashraf. Bf kesayangan Aviera.
Elisya membulatkan mata. Dia memandang ke arah lain..entah kenapa dia merasa geli. Air diteguk rakus. Sesekali matanya memandang ke arah manusia yang sedang berciuman sebelum dia terpandang ke satu arah. Dimana dua manusia sedang membuat sesuatu. Sesuatu yang mampu membuatkan mulut Elisya terngaga.
" Ahhh sedap baby ahh " kata gadis itu sambil meraung kesedapan. Elisya segera menoleh ke tempat lain. Meremang! Tapi entah kenapa dia tiba-tiba rasa gelisah dan badannya rasa panas semacam.
Dia pantas berjalan menuju ke arah Aviera. Dia harus keluar dari sini sebelum badannya makin melemah.
" Viera.. aku pergi tandas dulu" kata Elisya. Dia sedaya upaya mengawal perasaan sendiri.
Aviera pantas mengangguk sambil tersenyum. Nampaknya ubat tersebut mula berkesan.
"Take care beb" ucap Aviera pura-pura prihatin. Elisya hanya menganggukkan kepala. Ashraf hanya memerhati wajah Elisya. Dia terpaku seketika melihat wajah cantik itu.
Setelah kelibat Elisya menghilang, Ashraf lantas memaut pinggang Aviera.
"U, kalau i nak rase kawan u tu nanti boleh tak?" soal Ashraf dengan senyuman nakal. Ashraf menjeling geram.
"No! U milik i sorang je sayang. Jangan berani nak ade hubungan dengan perempuan lain. I ade. I boleh puaskan u" bisik Aviera menggoda. Ashraf tersenyum sinis.
"I gurau je baby, i takkan tergoda dengan perempuan lain sebab hanya u yang paling terbaik dalam hidup i." kata Ashraf. Dia sengaja memaniskan mulut.
"U dah call kawan-kawan u?" tanya Aviera dengan suara manja sambil tangannya bermain di dada Ashraf.
"I dah call kawan-kawan i. U dont worry ok. Nanti diaorang akan uruskan hal tu. Sekarang, i nak u layan i je." kata Ashraf sambil tersenyum nakal. Dia melabuhkan ciuman dibibir Aviera. Aviera hanya merelakan segala yang Ashraf lakukan ke atas tubuhnya. Ini semua demi cinta.


First try...

Evanz Elisya [ OG ]Where stories live. Discover now