Bab 6 : Pertemuan

26 0 0
                                    

Sesampai saja dibilik pejabat Evanz Mikhael. Aliya mengetuk pintu pejabat Evanz.

Tok tok tok

"Masuk" laung Evanz.
Elisya terkedu.. macam pernah dengar je suara tu. Namun disebabkan perasaan nervous, dia tak mampu berfikir lagi. Kaki dilangkah menuju ke bilik tersebut mengikut rentak Aliya.
"Boss, ni peserta temu duga kita." kata Aliya dengan lembut.
"Ok. Kau boleh keluar." balas Evanz ringkas. Tidak berminat hendak membuang masa. Aliya segera keluar dari pejabat milik Evanz, risau je nanti Evanz jadi harimauu.
'Sombongnya mamat ni.. kita dah masuk bilik dia, dia pusing hadap tempat lain. Macam lah dia ada mata kat belakang.' bisik hati Elisya. Dia hanya mampu memandang Evanz dari belakang sahaja. Namun dia terasa seakan mengenali Evanz pula.
Macam pernah tengok, tapi...kat mana eh?
"Duduk" kata Evanz tegas. Badan sengaja tidak dipusingkan ke arah Elisya. Elisya hanya akur akan arahan Evanz.
Seketika Evanz memusingkan kerusinya menghadap Elisya sambil mengenyitkan mata. Bulat mata Elisya melihat Evanz yang berada di depan matanya.
"Huhhhh!" Elisya sungguh tidak terkata. Perasaannya menjadi berdebar-debar apatah lagi setelah melihat riak wajah nakal yang Evanz tayangkan. Bencilah!
Evanz mengukir senyuman sinis.
"Hai baby. Dont you miss me and my dick?" soal Evanz dengan senyuman nakal. Sengaja mengusik Elisya. Sungguh dia rindu dengan Elisya. Rasa nak pelukk je. Eh?
Muka Elisya merona merah. Evanz memang gila!
Elisya lantas bangun dari kerusi tersebut. Dia tak nak buat benda gila lagi. Dia tak nak jumpa Evanz lagi.

"Hey babygirl..kau nak kemana tu?" tanya Evanz tegas. Dia pantas mengejar langkah Elisya yang mahu keluar dari pejabatnya. Tangan Elisya digenggam erat. Elisya berusaha melepaskan pegangan tangan Evanz.
'Mamat ni dah kenapa? Gila tak bertempat' bisik hati Elisya geram. Wajah Evanz dijeling namun Evanz hanya membuat muka selamba je.
"Aku nak balik, aku taknak kerja kat sini. Aku taknak!!" teriak Elisya sambil berusaha melarikan diri. Tangannya ditarik sekuat hati, ingin melepaskan pegangan Evanz tapi hanya sia-sia. Sikit pun pegangan Evanz tidak terlepas dari tangannya. Tapi Elisya tetap keras kepala, dia menarik tangannya dengan sekuat hati. Biarlah tangan dia merah sekalipun.
Evanz hanya mengukir senyuman sinis, dengan sengaja dia melepaskan pegangan tangan Elisya. Elisya terduduk.
"Auch!" bontot yang dirasakan sakit dibiarkan. Evanz dijeling setajam-tajamnya. Kenapa Evanz sengaja mencari pasal dengannya? Huh!
"Kau gila ke?" tanya Elisya geram. Dia mendengus. Benci lah macam ni!
Evanz hanya tertawa. Gembira dapat mengenakan Elisya.
"Perkenalkan, aku Evanz Mikhael. Your boyfriend." kata Evanz selamba. Dia tak kisah jika Elisya menolaknya sekalipun, dia akan jadikan Elisya miliknya seorang! Elisya membulatkan mata. Wajah kacak Evanz dipandang tajam. Seriously? Dia ade boyfriend? Whattt....?
"Sejak bila aku couple dengan kau huh? Aku rasa aku tak pernah ajak kau couple. Kau salah orang ke?" tanya Elisya dengan perasaan geram. Dia bangun dan berdiri di hadapan Evanz. Menentang Evanz habis-habisan.
Evanz mendekatkan mukanya ke arah muka Elisya. Elisya berundur setapak bila nafas hangat Evanz menampar pipinya. Geli la nak dekat-dekat.
"Sejak malam tu sayang" bisik Evanz ditelinga Elisya lantas telinga Elisya digigit lembut. Elisya pantas mengelak menjauhi Evanz.
Jantung Elisya berdegup kencang. Telinganya terasa berasap. Malu! Evanz memang gila lah!
"Please..lupakan benda yang dah jadi tu. Anggap kita berdua tak pernah kenal antara satu sama lain." rayu Elisya dengan harapan agar kisah tersebut tak lagi diungkit. Dia tak kisah dengan apa yang telah terjadi. Cukup itu menjadi sejarah hitam buatnya. Sekarang dia cuma mahu melepaskan diri dari Evanz. Lelaki itu tampak bahaya dimatanya. Evanz tersenyum sinis.
Lupakan? Jangan harap!
"Kau nak aku lupakan? Macam mana kalau kau mengandung? Dan kau jangan lupa, kau dah ambik teruna aku tapi kau taknak bertanggungjawab." kata Evanz tegas. Dia risau sekiranya Elisya mengandung, Elisya akan menggugurkan anak tersebut. Anak Elisya anak dia juga!
Seketika Elisya membatu, hairan dengan ayat akhir yang diungkapkan oleh Evanz.
'Aik, macam lain je bunyi. Patutnya aku yang minta dia bertanggungjawab dengan aku' bisik hati Elisya. Entah nak tergelak ataupun nak menangis, Elisya pun tak tahulah.
"Tapi, tu tak bermakna aku boleh terima kau. Kalau aku mengandung pun, kau jangan risau lah. Aku tahu macam mana nak jaga anak aku dengan baik." kata Elisya lagi. Evanz membuat muka serius. Tiada lagi senyuman sinis diukir. Elisya sungguh degil.
"Aku tak nak tahu. Aku nak esok kau ada kat depan mata aku dan kerja kat sini. Kalau tak, kau tahu apa yang akan jadi dekat engkau Elisya Nayra! " kata Evanz tegas.
Elisya terkejut dengan suara tegas milik Evanz. Entah kenapa dia terasa lemah apabila mendengar Evanz menyebut nama penuhnya. Soalah memberi sebuah amaran.
"Kau..kau nak buat apa?" tanya Elisya tergagap. Takut-takut kalau Evanz melakukan yang bukan-bukan. Melihat muka Evanz yang serius membuatkan dia rasa cuak.
"Aku akan jumpa family kau dan bagitahu kita dua dah pernah terlanjur.." senyuman sinis diukir. Entah kenapa Evanz begitu yakin untuk memiliki Elisya. Lagipun, teruna dia, Elisya yang ambik dan..dia adalah yang pertama buat Elisya.
"No! Jangan!!" tahan Elisya dengan wajah serius. Dia tidak mahu keluarganya tahu tentang hal ini. Bagaimana pula reaksi mereka kalau mereka tahu hal ini?
"Then terima aku. Jadikan aku milik engkau. Jangan sampai ada orang lain yang jadi milik kau!" tegas sekali Evanz berkata. Dia tidak mahu main-main soal ini.
"Tapi kita tak kenal. Bercinta pun tak. Macam mana aku nak terima kau?" soal Elisya laju. Dia menatap wajah tampan Evanz. Dia akui Evanz memang tampan. Wajah Evanz kelihatan baby face walaupun dingin. Bibir merah lelaki itu kelihatan seksi. Mata lelaki tersebut kuyu seperti tidak cukup tidur. Cukup comel pada pandangan mata nya.
"Dont worry darling, lepas ni kita akan ada banyak masa untuk kenal-kenal." balas Evanz dingin. Dia tak kira apapun yang terjadi, Elisya harus menjadi miliknya.
"Tapi bukan kah situasi tetap sama? Kalau aku mengandung sekalipun, kau tak akan dapat buat apapun." kata Elisya. Dia menatap mata Evanz. Evanz mengeluh seketika sebelum mendekatkan diri dengan Elisya. Tangan Elisya digenggam.
"Kita akan kahwin dan kau kena tolong aku kalau kau tak nak kantoi yang kita pernah terlanjur." balas Evanz senada. Kalau boleh, dia ingin sahaja melamar Elisya sekarang dan jujur dengan keluarga Elisya tentang itu. Namun dia harus menghormati keputusan Elisya melainkan Elisya tetap berdegil.
"Tolong? Macam mana?" soal Elisya lagi. Dia sudah buntu. Mahu menolak, nanti Evanz akan mengugutnya, dan bagaiman jika dia akan mengandung seperti yang Evanz katakan?
"Kau kerja dulu macam biasa kat syarikat aku. Nanti kita fikirkan hal ni lagi. Okey babygirl." kata Evanz lembut lantas pipi Elisya dicium. Elisya mengelak, segera pipi yang dicium oleh Evanz dilap. Suka hati je Evanz ambik kesempatan.
"Jangan lah cium!" marah Elisya. Evanz dijeling tajam. Evanz hanya tertawa perlahan. Suka melihat wajah Elisya menjadi kemerahan akibat marah. Ingin sekali dia mencium pipi Elisya berkali-kali, tapi risau kalau Elisya melarikan diri daripadanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Evanz Elisya [ OG ]Where stories live. Discover now