D_FLWPRTTY PRESET
•
CAST BY
~ Lee Taeyong
~ Han Mirae ( y/n)
~ Lee Haechan· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Jangan cari eomma kamu" ujarnya kepada seorang anak lelaki yang berusia 13 tahun. Lee Haechan, anak lelaki tunggal kepada Lee Taeyong dan Han Mirae.
Haechan yang sedari tadi bermain permainan video di dalam telefonnya berhenti memainkannya apabila mendengar suara dalam bapanya. Dahinya berkerut apabila mendengar perintah Taeyong.
"Tapi kenapa? " tanya Haechan lalu mengalihkan kepalanya memandang ke arah lelaki yang berpangkat bapa di hadapannya. Wajah beku Taeyong di pandang.
"Jangan banyak tanya, dengar saja perintah appa" balas Taeyong dan kakinya terus di bawa pergi dari situ meninggalkan Haechan masih terpinga-pinga.
"Maybe eomma outstation" gumam Haechan perlahan. Tangannya kembali menghidupkan telefonnya untuk bermain permainan video kembali tanpa menghiraukan fikiran negatif yang kian datang di dalam fikiran remajanya.
"Think positive Haechan, eomma kan business woman. That's why eomma busy" ujarnya di dalam hati.
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
1 year later~
Haechan memangkah tarikh di kalendar yang dipegangnya dengan pen penandan berwarna merah. Keluhan berat di lepaskan dari dua ulas bibirnya. Hujan renyai-renyai di luar rumah di pandang oleh Haechan.
"Mana eomma pergi? Kenapa eomma tak balik lagi?" tanya Haechan bertubi-tubi walhal dirinya tahu bahawa soalannya tak akan ada yang jawab.
"Eomma bogoshipeo. Jinjja bogoshipeo" lirih Haechan sambil memeluk erat bingkai gambar Mirae yang sedang mendukung dirinya sewaktu kecil. Senyuman riang dari anak kecil itu di tatap.
"Lee Donghyuck nama yang di beri oleh appa tetapi eomma suka panggil Hyuck, Haechan kerana eomma anggap yang Hyuck ni akan menjadi matahari untuk eomma appa jikalau eomma appa sedih"
"Tetapi sekarang.... "
"Matahari eomma semakin berlindung di sebalik awan semenjak eomma tak muncul lagi di hadapan Hyuck"
"Bahkan appa melarangku untuk bahas diriku sebagai Haechan. Jika Hyuck tersasul membahas diri Hyuck, tali pinggang singgah dekat belakang Hyuck... "
"Sakit eomma. Appa banyak berubah"
"Hanya eomma penawar untuk Hyuck"
Titisan air mata jatuh ke atas bingkai gambar itu. Tepat di wajah Mirae yang turut tersenyum manis. Semakin deras hujan turun membasahi bumi, makin deras air mata Haechan turun. Esak tangis yang keluar dari dua ulas bibir Haechan makin kedengaran kuat.
Taeyong yang mengintai anak lelakinya dari sebalik celahan pintu, mengetap bibirnya menahan diri daripada terikut menangis. Luahan Haechan menyentap hatinya.
"Maafkan appa , sayang. Satu hari nanti kamu akan tahu" bisik hati Taeyong sebelum menutup kembali daun pintu. Kaki di bawa menuju ke biliknya meninggalkan kawasan bilik anaknya.
Hanya satu yang bermain di fikirannya.
Dia takut apabila Haechan makin meningkat dewasa, kebenaran perlahan-lahan terbongkar dan secara tidak langsung ia membuatkan Taeyong takut.
Takut Haechan akan membencinya nanti.
To Be Continue
Cerita ni mungkin main beberapa bab okay tu je
Kalau ada tatabahasa bunyi Indo tu, aku lately ni baca fanfic Indo 😭

ANDA SEDANG MEMBACA
Love In Death ⚊ Lee Taeyong
Fanfic[ short fanfiction ] Dendam yang mengorbankan cinta mereka