FP| BAB 6

22.9K 1.8K 196
                                    

ADEL fokus menilik dan membaca kertas-kertas tebal yang disuakan kepadanya. Tiada langsung senyuman manis seperti sediakala yang terlorek di ulas bibirnya. Pelik, mana hilang kesemua untung syarikatnya ini? Takkan satu sen pun tak ada? Riak wajahnya berubah ketat.

"Siapa ambil alih banglo Teratak Bahagia ni?" soalnya serius. Dia menekan jari telunjuk sendiri di tepi dahi. Dia ini masih muda, takut pendek umur aje.

"Encik Yunus yang jaga..." balas Nada lambat-lambat. Dia menelan air liur sendiri kesat menuruni kerongkong. Siapa lagi yang urus jika bukan suami bos?

Ting!

Nada berpaling laju ke arah iPhone milik Adel yang sedang berdenting.

"Tempat mana lagi Encik Yunus manage?"

Ting!

"Banyak, puan."

"Senaraikan sekarang."

Ting!

Adel menjeling sekilas ke arah skrin telefonnya bersama rasa sebal yang bergelojak hebat. Hati-hati, bila-bila masa saja dia boleh meletus di sini. Dia sedang bermusyawarah penting ini. Masalah diri, masalah syarikat dan masalah negara!

"Encik Yunus ambil alih banglo Teratai, banglo Teratak Bahagia, banglo Rambutan..." suara Nada kian jadi perlahan. Meremang bulu romanya apabila Adel terus-menerus mengetap gigi kuat. Mesti perang dunia lagi dengan Encik Yunus ni.

Ting!

"Banyak betul eh Encik Yunus awak tu manage?" ujar Adel yang sudah tersengih seperti orang kurang siuman. Tawa sinis pula terus meletus tanpa punca. Bahu kecil Nada di sebelahnya lantas ditepuk sekali. "Hebat betul ya?"

"Hebat jugak la tapi bos okay tak ni?" Nada turut tertawa kekok. Tampak palsu daripada kebiasaan. Staf yang ada di situ memandang aneh ke arah mereka. Bos dan pembantu peribadi, sama-sama ting tong!

Ting!

Ting!

"Nasib baik banglo Bahagia tu cuma banglo kan? Kalau dah hospital... ha! Dah lama saya sumbat Encik Yunus tu masuk!" Adel menghempas kertas-kertas kerja ke atas meja. Bahu Nada terus terenjut dek terperanjat.

"Puan Adel ni... jangan la, takut saya."

"Saya tak makan orang."

Tet! Net! Tet! Net!

"Aduh, telefon siapa pulak yang tak silent ni? Tak nampak ke kita tengah meeting?" marah Adel. Hilang terus riak wajah ceria palsunya tadi. Emosinya sangat tidak stabil sekarang.

"Telefon puan..." maklum Nada.

"Oh, telefon saya eh?" soal Adel janggal. Dia segera mencapai laju iPhone miliknya lalu menjenguk nama yang tertera di situ. Ah, dia ni lagi!

Putera Iskan Al Fateh.

Tanpa kompromi, Adel terus meleret butang merah. Dia terus membuka aplikasi WhatsApp bersama rasa sebal. Ruas dahinya berkerut seribu tidak percaya. Lebih sepuluh mesej daripada Iskan. Nama jejaka itu pula muncul paling atas di kotak pesanan. Tekanan jiwa dia jadinya.

Putera Iskandar (client kerek namampus) [10:01 AM]

Cik Bunga~

Lunch nak tak?

I rindu ni.

Rindu tapi sikit je la. As a friend.

You busy ke? Dah nak masuk waktu rehat dah ni.

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍 (𝐕𝟏) ✓Where stories live. Discover now