Selama Dua bulan Ammar Farhan balik ke kampung Nabila untuk menjaganya ketika pantang namun dia tidak lupa keep in touch dengan Lisa walaupun berjauhan.
Apabila balik dari kampung. Ammar Farhan masuk kebilik Lisa.
" Assalamualaikum ... kata Ammar Farhan sambil mencari isterinya.
" awat monyok ni ? " kata Ammar apabila melihat Lisa yang duduk dibucu katil memuncung.
" aih merajuk la tu.. rindu abang tak ? "soal Ammar Farhan
Lisa memalingkan mukanya kearah dinding. Masih diam membisu
" baby .. ibu merajukla dengan papa .. macam mana ni .." kata Ammar Farhan smbil mendekatkan telinganya di perut Lisa.
" abang tak sayang lisa kan ? " tiba tiba Lisa yang diam membisu bersuara
" eh lisa ni..mestilah sayang " kata Ammar Farhan
" kalau sayang kenapa tinggalkan lisa, lama pulak tu ,lisa ni mengandung anak abang bukan orang lain ! " kata Lisa dengan nada marah" Lisa , abangkan jaga Nabila pantang.. dia lemah lagi kenalah abang jaga ..nanti lisa bersalin abang pulak jaga lisa.., " terang Ammar Farhan
" Lisa sakit belakang penat , dah lah tak boleh nak tunduk, duduk salah baring salah semua sakit , abang tak kisah kan! " kata Lisa mula membentak .
" lisa sakit kat mana mari abang picitkan" Kata Ammar Farhan masih lembut
" ahh.. !sudahlahh.. abang tak sayang lisa! " kata Lisa lalu pergi bersiap untuk tidur.
" lisa .. ok abang minta maaf , kali ni abang jaga lisa , minggu depan due kan ? " kata Ammar Farhan
" tak payahlah kisah pasal baby ni , bukan abang peduli pun " masih lagi lisa dengan nada marahnya
' Allahu ..mati akal dah ni nak pujuk ' getus hati kecil Ammar Farhan
" eh mana boleh macam tu , ni anak abang lisa isteri abang .. mestilah abang kisah .. lisa sayang .. mari abang picitkan kaki yang lenguh tu ya.." kata Ammar Farhan dengan lembut memicit perlahan kaki lisa yang membengkak.
" abang sayang lisa, dan baby kita.. maafkan abang ya lisa.." kata Ammar Farhan dengan nada memujuk.
2 minggu berikutnya,
di hospital Andona" Aduh lenguhnya... baby cepat lah keluar... macam nak patah pinggang dah ibu ulang alik buat senaman ni " kata Lisa
Kandungannya kini mencecah 40 minggu doktor bagi masa 4 hari lagi untuk usaha bersalin normal kalau tidak kena bersalin cara paksa atau pembedahan.
" baby cepatlah keluar papa dengan ibu tak sabar nak jupe baby" usap lembut Ammar farhan ke perut Lisa yang sedang sarat
Ammar Farhan setia menemani lisa, walaupun lisa bersikap acuh tak acuh dengannya.
" buat ape lagi abang kat sini , bukan abang kisah pun" kata Lisa
" bibir tuuu jangan buat macam tu boleh tak ? , tak comel laa... " kata Ammar Farhan berseloroh
" kita exercise jom .. bagi pintu tu buka luas sikit " kata Ammar Farhan
Lisa menjeling tanpa berkata apa-apa.
Ammar Farhan menarik tangan Lisa
" jom la sayangku" kata Ammar Farhan
Lisa akur dengan ajakan Ammar Farhan .
Lisa buat jalan itik Ammar Farhan pun mengikutinya
Sehinggalah gelagat Ammar Farhan itu mencuit hati Lisa tanpa disedari Lisa mulai ketawa. Sehingga menyebabkan kontraksi tiba tiba menyapa.
" uweeek...uweeek ..." kedengaran tangisan bayi memecah kesunyian tanda lahirnya puteri pertama Lisa dan Ammar setelah 6 jam di labour room.
" Assalamualaikum anak papa .. " kata Ammar farhan sambil memegang tangan kecil itu .
YOU ARE READING
Bahagiakah Berdua
RomanceAmmarFarhan dan Nabila Sofea pasangan bahagia yang saling mencintai, namun setelah kehadiran Lisa pelbagai takdir menguji Nabila Sofea. Namun adakah pengakhirannya harmoni ? Bahagiakah mereka.