Selepas setahun, hubungan lisa dan Ammar semakin baik . Namun Lisa masih tak berpuas hati dengan Nabila.
Satu hari Nabila demam lalu Ammar Farhan mengurus kedua dua anaknya selama seminggu.
Hal demikian membuatkan Lisa makin marah kerana Ammar Farhan tidak jenguknya.Setelah Ammar Farhan pergi kerja, Lisa Alisa datang kerumah Nabila.
" Akak sorilah saya cuma nak ingatkan ,Abang Ammar tu suami saya jugak tau, jadi tolonglah jangan ikat sangat Ammar tu ya " kata Lisa terus terang menyerang Nabila
" Bukan akak yang suruh abang ammar jaga , Abang sendiri yang nak jaga " jelas nabila
" kenapa akak mengandung ke ? "lisa menduga
Nabila menyorokkan perutnya yang makin membuncit .
" eh tak lah haha .. kenapa nampak buncit ke haha biasalah dah dua anak .. " kata Nabila tidak berniat untuk memberitahu tentang kandungannya.
' haha aku slim lagi .. mesti ammar lebih suka aku' getus hati Lisa Alisa sambil tersenyum sinis
Lalu Lisa pulang kerumahnya di pertengahan jalan Ammar berselisih kereta dengan lisa, namun lisa tidak menyedarinya
" Assalamualaikum , lisa datang ke tadi ?" soal Ammar Farhan
" waalaikumussalam abang ... hehe rindulahh.. haah lisa datang tadi .. " kata Nabila
Kelihatan dua anak kecil Aisya Ameena 2 tahun dan Ammar Fauzan 9 bulan sedang bermain.
" wahh rindu ke .. nak habuannn.. " kata Ammar Farhan
" haha ok .." Nabila segera memberi ciuman mesra di pipi suaminya.
" sya nak ugak kiss " kata Aisya Ameena berlari mendapatkan ayahnya
" ala la.. meh sini .. " kata Ammar Farhan melayan anaknya
" abang penat ? , rehatlah dulu.. kalau nak ape ape panggil je ok " kata Nabila
" eh tak pelah sayang, awak tu berbadan dua.. takpe nanti saya ambil sendiri" kata Ammar Farhan
" lisa buat ape tadi? " kata Ammar Farhan
" takde ape saja datang ziarah " kata Nabila
"ibu marah mamaa.. " tiba aisya ameena mencelah
" marah ? , sayang dia marah awak ke ?" soal Ammar Farhan
" eh tak lah haha , dia bergurau je " kata Nabila tidak mahu memburukkan keadaan
DI RUMAH Lisa,
" awak marahkan nabila ke ?" soal Ammar Farhan
" Kenapa, nabila mengadu kat awak ke ? " soal Lisa Alisa
" tapi kenapa ?" kata Ammar Farhan
" dia ambik turn saya memang saya marah lah .. abang lama sangat dekat rumah sana , abang tu ade isteri dua orang tau .. adil lah sikit" kata Lisa" Lisa , kan abang cakap nabila tak sihat ..,faham faham je la " kata Ammar farhan
" lagipun awak ade Cik mah boleh tolong tengokkan ,dan bantu awak, nabila takde siapa tolong dia je sorang2 dengan anak lagi " kata Ammar Farhan dia mulai pening dengan sikap Lisa Alisa sejak kebelakangan ini
" ahh alasan .. dia saja buat sakit nak abang ade kat sana lama .. abang je tak tahu ikut jee " Kata Lisa dingin
" dah la ..darling .. abang ade belikan hadiah untuk lisa .. marilah duduk dekat abang.. " Ammar Farhan beralih ketopik lain
" ahh .. abang suka sangat lari topik.. malas la macam ni " kata lisa Alisa lalu keluar dari bilik
5 bulan kemudian,
Di sambutan Hari jadi Aisya Ameena, Nabila Sofea berpakaian jubah biru muda dan tudung biru muda . Nampak seperti seorang puteri yang mengandungkan anak seorang putera, kini usia kandungannya telah mencecah 7 bulan lebih.Ketika Lisa sampai ke rumah Nabila, dia terkejut dengan keadaan Nabila.
' hah ! mengandung ? eh macam mana aku tak tahu nii , patutlahh laki aku kerap ke rumah dia ' getus hati kecil Lisa
" Happy birthday Aisya cantik .. nak ibu belikan hadiah untuk aisya " kata Lisa
" Terima kasih ibu lisa " kata Aisya sambil mengambil hadiah dari lisa
" terima kasih lisa sebab datang " kata Nabila sambil tersenyum
" eh berapa bulan dah kenapa lisa tak tahu? " kata Lisa
" alhamdulillah dah 5 bulan dah ..." kata Nabila
" oh ..haha semoga selamat bersalin ya.. "kata Lisa
' tak boleh jadi aku kena jugak mengandung tahun ni biar sama umur' getus hati kecil lisaDua minggu kemudian,
" Alhamdulillah lisa, betul ke ni ? " soal Ammar FarhanLisa tersenyum puas.
' Kau ingat ,kau je ke yang boleh bagi anak ramai dekat Ammar, aku pun boleh lah nabila ..' getus hati kecil Lisa" alhamdulillah .. mudah mudahan baby boy .. boleh lah ikut jejak.langkah papa dia nanti" kata lida sambil mengusap perutnya.
" abang , lisa ade satu permintaan boleh?" kata lisa
" Lisa nak duduk rumah Nabila sepanjang mengandung ni ialah kesian kat abang kena gi sana sini baik duduk satu tempat sekali senang abang nak jaga" kata lisa
" hem nanti abang fikirkan"
Ammar Farhan membawa Lisa kerumah Nabila untuk makan bersama.
" Abang ade nak bagi tahu ni " kata Ammar Farhan
" apedia abang ? " kata Nabila ingin tahu
" Lisa mengandung anak kedua " kata Ammar Farhan dengan gembira
' hah mengandung ? time aku mengandung ? kenapa tiba tiba .. eh astaghfirullah tukan rezeqi dia' gumam hati Nabila
"disebakan itu , lisa kata nak duduk kat sini senang abang nak pantau dua dua" kata Ammar Farhan
" boleh marilah " kata Nabila meraikan tetamu tanpa merasa sangsi
Sudah 5 bulan lebih lisa dirumah Nabila, sekali pun Ammar Farhan tidak ke bilik Nabila.
Kerana setiap kali Ammar mahu ke bilik Nabila, dihalang oleh Lisa dengan alasan kandunganya.
Rupanya ini rancangan Lisa mahu memisahkan Nabila dan Ammar.
' jahat sungguh lisa'
Nabila berpantang tanpa suaminya kali ini dirumah ibunya disebabkan lisa masih sarat mengandung.
YOU ARE READING
Bahagiakah Berdua
RomansaAmmarFarhan dan Nabila Sofea pasangan bahagia yang saling mencintai, namun setelah kehadiran Lisa pelbagai takdir menguji Nabila Sofea. Namun adakah pengakhirannya harmoni ? Bahagiakah mereka.