Aku keluar dari Dewan Abu Bakar dengan nafas yang lega. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku pergi ke arah kawan-kawan yang sedang berbual dengan sangat riuh di kantin.
"Finallyyy we did it! Spm habissssss!!" jeritku ke arah mereka. Mereka ketawa melihat kerenah aku.
"Syasyaa esok jom lepak ktcc" hasya menyapa aku. Aku terus mengangguk teruja.
"Jommm! anyone ada lagi tak nak pergi?" aku melihat ke arah mereka dengan teruja.
Alya, Wawa dan Sofea mengangkat tangan tanda mereka juga akan ikut aku dan hasya.
_______
"Macam mana paper harini? okay tak? boleh jawab?" mama melihatku dengan penuh tanda tanya.
"Alhamdulillah boleh jawab"
"Alhamdulillah"
"Mama papa, esok sya nak keluar tau dengan member pergi ktcc hehe" aku tersengih meminta izin. "hmm ye pergilahh papa izinkan"
"Yeayyy thankyouu paaa" Mama yang duduk di sebelah papa hanya menggelengkan kepala melihat gelagat aku.
_______
Aku memakai brown skirt dan dipadankan dengan blouse putih dan tudung shawl berwarna brown.
"Mama, sya pergi dulu yaa" Aku mengambil heels hitam di rak kasut dan memakainya.
"Hati-hati jalan tu, nanti apa-apa update dekat mama. Jangan balik lewat sangat"
"okay maaa!" Aku terus masuk ke dalam kereta abang grab yang telah ditempah 5 minit yang lepas.
"pergi ktcc ya?"
"yep" jawab aku sambil mengangguk.
Sampai sahaja di sana, aku menelefon hasya.
"kau kat ne? aku ada dekat depan starbucks ni"
"haa okay" Aku berjalan ke arah kedai Watson dan terus menyapa perempuan berpakaian serba hitam, siapa lagi kalau bukan hasya yang dikenali sebagai black lover.
"Yang lain mana?"
"Aku suruh diorang pergi beli tiket wayang dulu. Jom ah pergi sana" Aku hanya mengikut perintahnya.
"Yowww syaaaa lewat sampaii" Aku memberikan jelingan maut ke arah Alya.
"Biasalah tidur lambat tu yang terlajak sikit" Mereka hanya menggelengkan kepala.
"Jom makan dulu lapar matt" Wawa berbunyi. Yang lain hanya menurut.
"Eh movie start pukul berapa?" Tanya aku. "dua belas tengah hari ni. sempat la makan jap" aku hanya mengangguk.
Aku duduk di sebelah Alya di Mr.Dakgalbi. "Weh aku sedih sia takleh jumpa crush dah pasni" cebikku. Semua buat muka menyampah.
"Takpe sya nanti ada dinner batch boleh la kau usya mamat tu" Sofea menyampuk.
"Lamburt lagii" kata aku. Hasya dan Alya yang sudah terbiasa dengan karenah aku tentang crush aku yang tidak kesampaian hanya menggelengkan kepala.
_______
"Arghh penattt" Aku baring di atas katil.
"nasib dah solat asar dekat masjid tadi boleh la aku rehat kejap" bebel ku sendirian. Aku mengambil iphone 11 di dalam beg tangan.
Gambar-gambar yang disnap semasa keluar bersama kawan-kawan, aku upload di ig story.
Selang beberapa minit aku memeriksa viewers ig story aku. Biasalah nak tengok crush view ke tidak.
"omg he seen it" kata aku teruja. Hariz, si mamat poyo tapi hensem di mata aku, yes dialah orang pertama yang buat aku jatuh cinta selama 5 tahun.
"haih bila la mamat ni nak jadi jodoh aku, tak penat ke jadi hensem and selalu buat aku cair" kata aku sambil memandang username ig so dia di viewers story aku.
"Syasya.. dah mandi ke belum?" mama mengintai aku dari luar. "Belum maa, kenapa?" jawab aku confuse.
"dah pergi mandii nanti kita nak keluar pergi makan dengan family Rayyan" aku mengeluh kecil dan hanya menurut perintah mama.
bersambung
YOU ARE READING
Crush to Husband
Teen Fiction"Aku suka kau" Hati Syasya berdegup kencang apabila lelaki di hadapannya merangkap crush dia selama 5 tahun di sekolah tiba-tiba membalas cintanya. "Jangan main-main la Hariz" "Aku tak main-main la hmm" Hariz menjuihkan bibirnya. "ingat comel ke ha...