"Syasyaa tak payah cuci laa nanti Aunty buatt, pergi masuk sana" Aunty Syura memegang lenganku.
"eh takpelah Aunty sikit je ni, Aunty dah letih masak untuk kita tadi kan" Aku senyum sambil mencuci pinggan.
"haih yelah sya" Aunty menggeleng senyum dan berlalu masuk ke ruang tamu.
setelah selesai mencuci semua pinggan aku ke ruang tamu. Aku lihat parents aku dan rayyan sedang rancak berbual tapi kelibat si rayyan tiada.
"haa siap dah,, kamu pergi lah bual dengan rayyan tu dia ada dekat luar" Aku mengangguk dan berlalu pergi.
'haih bincang apa la diorang tu nampak penting sangat, please lah jangan yang bukan-bukan'
"jauh termenung" aku menyapa Rayyan. Rayyan menoleh ke arah ku dan tersengih kecil sambil menggosok belakang tengkuknya.
"hehe mana ada laa" aku duduk di sebelah Rayyan.
"btw lepas ni kau nak buat apa? kerja ke?" aku bertanya. "haah, mungkin part-time dengan daddy dekat office dia" Aku hanya mengangguk faham.
"kau?" dia melihatku tertanya-tanya.
"entahlah, buat masa ni tak lagi kut"
Kami berbual sehingga papa dan mama mengajak aku pulang ke rumah.
______
dua minggu kemudian,
"korang kat mana?" tanya aku kepada Alya melalui telefon.
"Dekat dalam cafee laa"
"okay"
Aku terus berjalan masuk ke Stars Cafe. Yeah harini diorang ajak jumpa untuk bincang pasal dinner batch nanti. Kalau ikutkan hati aku tak nak pergi sebab tak nak terlibat handle this dinner.
But, Hasya and Alya paksa jugak. At the end, here i am.. need to hadle this event.
"syaa sini" Sofea melambai ke arah aku. Aku berjalan ke arah mereka dan mengambil tempat di sebelah Alya.
Aku sedikit confuse kerana mereka pilih meja besar yang boleh muat 7 hingga 8 orang.
"Dah kenapa duduk meja besar sangat?" meja sebelah tu 4 orang cukup je kan" Aku berkerut dan melihat mereka bertiga.
"lupa nak bagitau, nanti ada yang lain join kita jugak to handle this event" terang Alya.
"siapa?" mereka melihat sesama sendiri dan ia membuatkan aku berasa sedikit suspicious.
"for sure, they're a guy" aku hanya mengangguk malas untuk bertanya lebih.
"so nak order dulu ke tunggu dorang?"
"tunggu la senang sikit" telefon Sofea berdering.
"haah ada kat dalam ni, masuk la" Sofea terus end call. Aku melihat ke arah pintu masuk dan susuk tubuh tiga orang lelaki menghampiri kami.
mataku membulat dan aku memandang mereka bertiga dengan pandangan maut terutama Alya.
"korang dah order ke?" tanya Faris seusai duduk di sebelah Sofea diikuti Adrian.
"Belum" jawab hasya.
Aku hanya diam membisu dan buat-buat busy bermain telefon pintarku. Hati aku berdegup kencang.
"Syasya nak order apa?" Aku memandang ke arah kanan apa si dia bersuara. Aku sedikit terkejut.
"ohh aaa chocolate frappe satu" kata ku kepadanya sambil memandang ke arah menu.
"itu je?" Aku mengangguk laju.
"kekekekeke" Aku terdengar gelak tawa kecil rakan-rakanku. Aku mula menjeling mereka dengan tajam.
Mana lah dorang tak tergelak, aku dengan menggigil bercakal dengan si Hariz di sebelah aku.
"ya tepi sikit" Aku cuba bangun dari duduk.
"pi mana?"
"tandaslah" kata aku sedikit marah. Alya terus memberi laluan dan aku bergegas ke tandas
Sesampainya di tandas aku terus membuka aplikasi Whatsapp dan memaki mereka bertiga di dalam group.
Setelah 5 minit di tandas, aku pergi ke tempat duduk kami. Aku sedikit tergamam apabila aku lihat hanya Hariz yang berada di situ.
Aku duduk di sebelah Hariz.
"Mana semua orang?" aku bertanya tanpa melihat mukanya.
"ohh dorang pergi dekat atas, katanya nak ber ood" Hariz tergelak kecil. Aku sedikit hairan akan perbuatannya.
Aku lihat ke arahnya.
'Click'
"Harizzzz! delete laaaaaa" Aku cuba mencapai iphone 11 miliknya.
"tak nakkk" dia menjelirkan lidah kepadaku.
"hodoh laaa mukaaa tuuuu" aku cuba lagi untuk mencapai telefonnya tetapi masih gagal.
"haa okay okayy ni kita amik betul-betul"
dia membetulkan camera telefon dan bersedia untuk snap selca kami. Aku terus tersenyum melihat camera.
'Click'
Setelah itu aku menjelingnya tidak puas hati.
"dating tak ajakkk wuuu" kata-kata tersebut bergema dari atas. Aku dan hariz terus melihat ke atas.
"diamlah Hasyaaa" Aku menjengil hasya yang mengejek dari atas. Hasya dan Alya gelakkan aku termasuk si Hariz.
ish dorang ni sama je 😤
Selang beberapa minit, mereka turun dan makanan yang kami order sampai.
"eh syasyaa kau tak nak amik gambar ke kat atas? lawa doo" tanya Hasya.
"hm dah korang tak ajak tadii" aku buat-buat merajuk.
"Alahhh merajuk pulak dia nii, ha hariz kau belum naik kan haa pi la teman syaa ni tolong amikkan gambar dia" sampuk Alya. Aku menjengil Alya.
'eee ada jee dorang ni kann'
"eh takpe la"
"dahh jomm ikut aku, Adrian naik sekali tolong amikkan gambarr hehe" kata Hariz sambil menarik lengan bajuku.
Aku menurut perintah dan naik ke atas dengan mereka. Semasa kami ambil gambar berdua, si Hariz membuat one side love pose dan aku sengaja buat 👍🏻 pose.
"EEEE apa buat camtuu buat la camni jugakk" dia tunjuk tangannya. Aku tergelak melihat kecomelan si Hariz.
Selepas sudah bergambar kami turun dan berbincang aktiviti untuk dinner batch nanti.
"Sya kau boleh tak cari any printing shop murah-murah dekat sini? Aku ingat nanti nak bagi totebag for goodies" tanya Sofea.
"Boleh je kut, but aku sorang ke nak handle yang tu?" aku mengangkat kening.
"Aku join sekali, nanti kita cari sama-sama" semua pandang gerangan yang bercakap which is Hariz.
"haa okay jugak tu hariz teman" Alya menyampuk. Aku mencubit Alya senyap-senyap.
"sakitlaaa" rungut Alya. Yang lain tergelak melihat gelagat aku.
"ha okay sya dengan hariz handle bag tu tau, nanti aku send berapa pcs perli tempah and for design korang dua boleh la fikir jugak" aku dan hariz hanya mengangguk.
Setelah membahagi tugas, kami ingin balik ke rumah masing-masing.
"eh syasya kejap" hariz menarik lengan baku aku.
"hm kenapa?"
"kalau hari rabu ni kita keluar boleh? design bag and pergi cari kedai printing sekali?"
"boleh jee nanti aku bagitau balik" Hariz mengangguk faham.
bersambung
p/s; maybe i'll update this story once a week <3 hope everyone like it !
YOU ARE READING
Crush to Husband
Teen Fiction"Aku suka kau" Hati Syasya berdegup kencang apabila lelaki di hadapannya merangkap crush dia selama 5 tahun di sekolah tiba-tiba membalas cintanya. "Jangan main-main la Hariz" "Aku tak main-main la hmm" Hariz menjuihkan bibirnya. "ingat comel ke ha...