Bab 29

164 7 0
                                    

“Kamu nak pergi mana?”

Serta-merta langkah Khai mati. Dia membuat muka. Kepala perlahan di toleh ke belakang.

Puan Rozana bercekak pinggang pandang Khai, ke mana Khai hendak pergi di waktu pagi begini? Dia mahu tahu itu.

“Ibu...”

“Ibu tanya kamu nak ke mana, jawablah.”

Khai mengetap bibir. Dia kena jawab secara jujur.

“Khai nak pergi rumah Arfan.”

Air muka Puan Rozana berubah, hal ini yang paling dia tidak sukai.

“Nak buat apa pergi sana? Kamu nak jumpa Arfan? Nak ucap tahniah dekat dia?”

Dia sama sekali tidak akan biar Khai pergi jumpa Arfan. Sekadar ucap tahniah atas perkahwinan lelaki itu pun dia tidak akan benarkan.

Khai pusing badan menghadap Puan Rozana.

“Sekejap je, ibu.”

“Tak payah.” Puan Rozana tidak akan bagi!

“Ibu! Tolonglah jangan halang Khai lagi. Khai dah besar. Khai tahulah apa Khai buat.”

Khai menentang. Dia tetap akan ke rumah Arfan juga. Langkah dipercepatkan keluar daripada rumah.

Puan Rozana mendengus kasar. Dia berdiri di mulut pintu, memerhati tajam Khai.

Enjin kereta di start. Khai tidak pedulikan renungan tajam dari Puan Rozana. Dia hanya mahu berjumpa sekejap sahaja dengan Arfan.

(flashback) Khai mengemas baju-bajunya di dalam bagasi. Dia mahu larikan diri malam ini juga.

“Akak nak ke mana? Kalau ibu dengan abah tahu habis akak kena marah nanti.” Khairul menegur Khai.

“Ish, kau janganlah bagitahu dia orang. Kau cakap je aku keluar. Kau faham?”

Khai keluar daripada bilik.

Khairul mengejar langkah kakaknya yang mahu larikan diri. Dia risau lihat keadaan kakak dia setelah pergaduhan antara kakaknya dengan ibu.

“Kak!” Khairul memanggil.

“Akak!”

“Ish, apa dia?!” Khai pusing.

Dia mahu cepat. Khairul asyik lambatkan dia.

“Akak cuba cakap dengan Rul ada apa sebenarnya yang jadi? Siang tadi kenapa ibu marah akak?”

Khai mengigit bibir bawahnya. Dia dan ibu bergaduh sebabkan Arfan.

Ibu mahu Khai putuskan pertunangan dengan Arfan sebab ibu tahu Arfan hanya berpangkat koperal. Gaji Arfan pun cukup makan saja.

“Akak, dua hari lagi perkahwinan akak. Akak nak larikan diri macamtu je?”

“Arh! Aku tak kisahlah perkahwinan ke apa. Sekarang ini aku tengah stres. Aku malas nak fikir apa-apa lagi. Aku tak tahan dengan ibu asyik suruh aku untuk putuskan hubungan. Aku tertekan tau tak.”

Khairul helakan nafas.

“Akak patutnya bincang baik-baik hal ini dengan ibu.”

Khai tidak peduli. Dia nekad mahu larikan diri. Pedulilah dengan apa yang jadi.

Khai mengatur semula langkahnya.

“Akak cakap akak cintakan Arfan.”

Khai terhenti, dia memang cintakan Arfan.

Khai menggeleng. Itu adalah suatu masalah. Dia tidak peduli. Dia tetap akan larikan diri.

Semenjak kehilangan Khai, Arfan cuba menghubungi Khai berkali-kali tetapi tidak dapat.

Khai hilang tanpa sebarang kata. Bahkan Khairul sendiri tidak tahu ke mana Khai pergi.

Khairul kasihankan Arfan yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang akan berlangsung dua hari lagi.

Setelah Arfan putuskan hubungan, Puan Rozana nampak gembira. Entah itu kerana benar dia tidak sukakan Arfan atau pun kerana dia tidak suka dengan keluarga Arfan.

Latar belakang Arfan daripada keluarga yang kurang mampu mungkin telah membuatkan Puan Rozana ragu untuk terima Arfan.

Akhirnya, Khai melarikan diri dan selamatkan diri dia sendiri.

Sementara Arfan terpaksa menahan saki sendiri. Dia ada cuba untuk hubungi Khai dari kawan-kawan Khai yang dia kenali tetapi semuanya tidak tahu.

KCDD

Amirah mengucapkan dia gembira atas perkahwinan Zaquan dan Qistina. Dia sengaja juga memalsukan air mata di hadapan Zarra demi mendapat simpati.

Zarra senang termakan lakonan Amirah. Dia malah kasihankan diri Amirah.

Syahida menggelengkan kepala, tidak percaya kalau dia lihat kelakuan bodoh Amirah di hadapan.

Syahida sudah agak ada sesuatu yang tidak kena dengan Amirah. Dia harus buat Amirah jauh daripada Zaquan.

Amirah ini akan menjadi satu alasan rosaknya hubungan adik dia dan Syahida tidak mahu jika hal itu terjadi.

“Kesian Amirah.... Akak minta maaf.”

Amirah mengangguk-angguk.

“Saya tak kisah pun, kak. Saya... saya rasa bahagia dengan hubungan dia orang.” plastik punya emotion.

***

“Dah lama mak cik tak nampak Khai. Khai ke mana selama ini?” banyak hal yang Puan Syarmella mahu tanya.

Khai hanya senyum segaris, ada sebab sendiri.

“Khai minta maaf sebab Khai hilangkan diri macamtu saja. Khai minta maaf ya, mak cik.”

Puan Syarmella mengesot mendekati Khai. Dia raih perlahan tangan Khai.

“Mak cik tak marahkan Khai. Mak cik cuma nak tahu apa sebab kamu hilangkan diri. Ada apa masalah Khai.”

Khai pegang lembut tangan Puan Syarmella.

“Khai.... Khai stres sangat waktu itu. Khai tak tau nak buat apa. Khai... rasa tersepit sangat masa itu.”

Air mata mengalir keluar, bagaimana dia mahu cakap dengan mak Arfan. Dia menyesal.

Puan Syarmella memeluk tubuh Khai, dia kasihankan Khai.

KISAH CINTA DALAM DIAM ✅️Where stories live. Discover now