Bab 31

187 9 1
                                    

Lantai di hiasi marmar yang berwarna putih itu disapu oleh Nur dengan penyapu. Awal pagi Nur membuat kerja rumah.

Lepas saja balik dari bulan madu, Arfan bawa Nur balik ke rumah maknya sebelum mereka berdua pindah ke rumah sendiri.

Dalam keasyikan Nur membuat kerja rumah, ucapan salam yang di laung daripada luar rumah buat Nur menoleh.

Dengan jelas Nur lihat wajah Khai berdiri di hadapan muka pintu sana.  Nur menegak badan memandangi Khai.

Nur kenal dengan Khai. Mereka ini kan satu sekolah menengah saja dulu. Tambahan lagi, Khai dikenali memegang status girlfriend kepada Arfan dahulu.

“Ya Allah, Khai...” Puan Syarmella mendekati Khai.

Senyuman lebar di bibir Puan Syarmella ditayang kepada Khai. Khai turut sama larik senyum.

“Khai menganggu ke awal pagi ni, mak cik?” tanya Khai.

“Eh, mana ada ganggu. Marilah masuk ke dalam.” Puan Syarmella menarik lengan Khai.

Khai dituntun menuju ke sofa. Puan Syarmella senang dapat melihat Khai awal pagi ini.

Nur hanya perhati sahaja layanan Puan Syarmella terhadap Khai. Seolah Khai itu pula menantu.

“Ha, Nur. Tolong buatkan air untuk Khai.”

Nur beri senyum tipis. Dia lirik pandangan ke arah Khai di sebelah mak mertuanya.

Khai hanya berlagak biasa. Dia bukan tidak tahu malu tetapi dia sudah terbiasa lagaknya begitu.

Nur segera melangkah menuju ke dapur. Penyapu yang dia pegang dia letak di tepi peti sejuk.

Nur terhenti ketika dia mahu ambil jag. Kenapa dia buatkan air untuk Khai? Wait. Khai tetamu.

Nur mahu sedapkan hati. Tidak baik dia sangka buruk dengan kedatangan Khai.

“Buatlah air yang sejuk. Khai ini tak minum kopi.”

“Baik, mak.”

Nur menelan liur. Tidak apa, dia kena layan baik-baik Khai. Perempuan itu pun nampak baik.

***

“Khai selalu-selalu lah datang sini. Boleh Khai temankan mak dekat sini.”

Nur sedikit terkejut dengar mak mertua dia menggelar diri 'mak' kepada Khai. Khai nampak senang.

“Iyalah, mak. Khai sajalah yang selalu faham mak kan?” Khai tertawa lembut.

Khai nampak suka bila mak mertua tidak jadi dia itu bagi hint mahu dipanggil mak. Nur sedikit terasa hati.

Nur pandang muka Puan Syarmella. Mak mertua dia pun nampak bahagia amat bila lihat Khai.

Nur terasa dia tidak dianggap pun di situ. Tempat duduk yang dia ambil di hadapan Puan Syarmella dan Khai.

“Assalamualaikum!” Arfan masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumsalam...” Puan Syarmella menoleh ke arah pintu.

Mendengarkan suara Arfan, Khai terus ukir satu senyum yang lebar. Nur perasan dengan hal itu.

Nur alihkan pandangan kepada Arfan. Suami dia baru balik daripada berjoging, tentu sempat menyinggah di rumah Sarah tadi.

Arfan larik senyum, mata dia tertumpu pada Nur. Dia tidak sedar akan kehadiran Khai.

“S-” terhenti. Arfan ternampak Khai di sebelah maknya.

“Haa, baguslah kamu dah pulang. Tengok siapa yang datang. Khai bawakan kuih sekali tau. Marilah duduk minum sini.” Puan Syarmella membawa.

Riak muka Arfan terlihat sedikit cemas. Dia kembali memandang Nur.

KISAH CINTA DALAM DIAM ✅️Where stories live. Discover now