BAB 1

40 4 4
                                    


Purnama yang kelam menemani suasana yang syahdu . Seorang gadis yang berumur dalam lingkungan 19 tahun termenung ke luar jendela mengenang nasibnya sambil menikmati udara segar pada malam itu.

PRANGGG!!!

Bunyi kaca pecah yang seperti dihempas mengejutkan gadis tersebut daripada terus mengelamun. Menahan rasa takut dan terpaksa mendengar segala kata-kata yang didengarinya. Hati terasa sesak namun digagahkan juga hati untuk mengintai apa yang telah terjadi.

"KAN AKU DAH CAKAP JANGAN KAU BERANI MASUK CAMPUR APA YANG AKU BUAT LAH POMPUAN...EHH KAU NI AKU DAH LAMA GERAM DENGAN KAU TAU TAK. IKUTKAN HATI AKU, DAH LAMA AKU BUNUH KAU TAU", tengkingan itu mampu membuat gadis itu semakin takut untuk melihatnya lagi-lagi wajah bengis lelaki tua itu.

"Tapi aku tak boleh lah bunuh kau sekarang ni jadi kau sepatutnya berterima kasih dengan aku, nak tau sebab apa? Hmm jap biar aku fikir jap eh. Ha aku dah ingat, sebabnya kau tu sumber kewangan aku HAHAHA kalau aku bunuh kau rugi lah aku nanti kan sayang?".
Ya psiko, memang dia psiko kaki judi, kaki botol, dan kaki pukul itulah dia Encik Mahfuz ayah kepada gadis tersebut, Mayra Adelia. Dayus gelaran itu seperti tiada baginya apa yang penting hanyalah sentiasa hidup berfoya-foya. Sakit yang ditanggung oleh keluarganya diendahkan apatah lagi derita. Ia menganggap semua itu adalah masalah kecil.

"Abang tolong abang jangan buat saya macam ni. Saya merayu kat abang kasihanilah saya abang hiks hiks sakit abang". Puan Aminah menangis teresak-esak merayu kat suaminya Encik Mahfuz untuk mengasihaninya.

"Lepaskan macam mana erk" kata Encik Mahfuz sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk di dagunya seperti orang yang sedang berfikir, "ohh aku tau, sini biarkan aku tunjukkan dekat kau macam mana cara yang baik untuk aku lepaskan kau hehe. Mungkin dengan cara ini akan buat kau rasa tenang sikit" kata Encik Mahfuz lagi dengan tersengih seperti kerang busuk.

Encik Mahfuz menarik rambut Puan Aminah dengan kuat sehingga membuatkan Puan Aminah terdorong ke hadapan apabila Encik Mahfuz menarik isterinya tanpa rasa kasihan. Encik Mahfuz seperti ada yang merasukinya untuk mendera isterinya.

"ARGHHH SAKIT ABANG. JANGAN BUAT SAYA MACAM NI TOLONG ABANG LEPASKAN SAYA HIKSS". Puan Aminah berteriak sambil menangis teresak-esak, dia memohon kepada suaminya agar dilepaskan cengkaman di rambutnya. Dia merasakan sakit di kepala yang sangat kuat sehingga membuatkan pandangannya menjadi kabur.

"Ayah lepaskan ibu ayah, jangan buat ibu tersiksa macam ni ayah hiks hiks hiks... ayah Adel merayu tolong a..yah" Mayra Adelia mengalirkan air matanya, tidak sanggup melihat ayahnya menyiksa ibunya seperti orang yang tidak siuman.

Encik Mahfuz mengendahkan mereka berdua lalu menarik isterinya ke dalam bilik mereka dan mendera isterinya seperti harimau kelaparan yang ingin memakan mangsanya. Dia seperti orang kurang siuman memukul dan terus memukul isterinya dan tanpa sedar membuatkan Puan Aminah dalam keadaan yang tidak mampu lagi untuk mengatur nafasnya. Teriakan Puan Aminah diendahkan oleh suaminya sendiri sehingga membuatkan Puan Aminah pengsan tidak sedarkan diri.

Encik Mahfuz tersedar akan perbuatan kejinya itu terus keluar daripada bilik tidur mereka lalu keluar begitu sahaja membiarkan isterinya terbengkalai di atas lantai tanpa ada niat untuk membantu isterinya bangun.

"Ayah?! I..ibuu? Apa yang jadi dekat ibu ayah?" aku bertanya kepada ayahku, namun diendahkan olehnya . Dia keluar daripada rumah tersebut membiarkan anak dan isterinya di dalam rumah usang tersebut.

Encik Mahfuz keluar daripada rumah tersebut membiarkan anak dan isterinya di dalam rumah usang tersebut. Encik Mahfuz masuk ke dalam rumah semula dan menghalang perbuatan anaknya itu untuk membangunkan isterinya. Mayra Adelia berasa sangat kecewa, sedih dan perasaan sekarang itu bercampur baur.

Derita Itu Bukan Yang Ku DambakanWhere stories live. Discover now