BAB 4

22 4 0
                                    

“Masuklah yang korang tercegat kat situ dah kenapa”, keras sahaja nada suaranya.

Manusia di depan pintu itu hanya memandang sesama sendiri sebelum salah seorang daripada mereka masuk terlebih dahulu. Dia memberikan jelingan tajam sambil berkata

“Lembap,” singkat tapi pedih. Namun rakannya itu tidak makan saman sama sekali. Dia mengikuti langkah rakan di hadapannya itu dan berhenti di sebelahnya dengan memegang sebuah fail bewarna hitam.

“Ada benda aku nak cakap ni”, kata salah seorang anak buahnya itu, merangkap sahabat dan bodyguardnya atau lebih mesra dipanggil Ashraf.

Danish hanya memandang sekilas manusia yang ada di hadapannya itu. Dia tajamkan lagi pandangannya apabila anak buahnya itu hanya mendiamkan diri selepas menghabiskan sekerat ayat yang tergantung itu.

“Dah bisu?”, sindirnya sarkastik sambil memberikan jelingan maut kepada figura di hadapannya itu.

“he he he,belum lagi bos. Nah ini fail yang kau minta tu. Segala maklumat yang kau minta dah ada kat dalam so tinggal kau decide je lah kalau segala maklumat tu betul.”, kata Ashraf sambil tersengih seperti kerang busuk. Dia tahu majikannya itu marah akan dirinya namun dia tidak peduli sama sekali.

“Iman?”, Danish mengangkat sebelah keningnya memandang manusia yang daripada tadi hanya mendiamkan diri.

“Aku dah detect dah. Ada orang dalam yang bagi maklumat kat orang lain. Semuanya dah ada kat dalam fail tu”, Iman berkata dengan dingin.

Iman merupakan orang kepercayaan Danish, dia sudah lama berkhidmat dengan Danish selama lebih enam tahun, di mana ketika itu dia baru sahaja menyambung legasi empayar milik ayahnya itu. Manakala Ashraf telah berkhidmat selama empat tahun.

Mereka berdua berhutang budi dengan Danish kerana tanpa Danish mungkin mereka bukan siapa-siapa. Danish telah memberikan mereka sebuah kemewahan sehingga membuatkan mereka terhutang budi terhadap Danish. Dengan balasan mereka sanggup bekerja di bawah Danish.

Danish memberikan sebuah taska kanak-kanak kepada Iman kerana itu adalah impian Iman untuk membuka sebuah taska menempatkan anak-anak kecil menuntu ilmu. Ashraf pula diberikan sebuah kafe kerana bagi Ashraf dengan adanya kafe ia dapat membantu orang lain duduk santai sambil menikmati kopi dan kek.

“hmm”, Danish hanya mengangguk. Dia bangun dari duduknya dan ingin berlalu keluar daripada pejabatnya.

Belum sempat dia keluar muncul seorang lagi manusia yang selalu mengganggu hidupnya.

“Assalamualaikum wahai anak-anak papa sekalian. Hari ini, detik ini, dan saat ini adalah pukul 14.15 tengah hari. Jadi dengan itu saya ingin merasmikan bahwasannya marilah kita berempat turun untuk makan bersama-sama. Sebagai penutup Danish, iaitu big boss kita yang akan belanja. Sekian daripada saya.”, Syafiq dengan wajah yang gembira berkata begitu.

Danish memandangnya dengan tajam dan berlalu begitu sahaja.

“Solat dulu sebelum aku solatkan kau,”, kata Iman tanpa memandang wajah Syafiq, makin dilayan makin menjadi-jadi.

Syafiq tergamam dengan ujaran tersebut, dia menggosok tengkuknya dek kerana malu. Dia masih statik di tempatnya, manakala tiga jejaka tadi telah berjalan meninggalkannya. Belum sempat dia berpusing untuk mengejar langkah mereka, tangannya ditarik dan membuatkan dia hampir terjatuh. Ashraf menayangkan sengihannya.

“Come baby I sentiasa ada selalu berada di sisi you, don’t worry hehehe.”, tanpa berlengah mereka pun berjalan lagaknya seperti pasangan suami isteri. Di mana Ashraf memeluk lengan Syafiq manakala Syafiq pula menggosok-gosok tangan Ashraf. Gaya mereka seperti orang ‘gay’.

Derita Itu Bukan Yang Ku DambakanWhere stories live. Discover now