Seorang lelaki dewasa dalam lingkungan 20-an naik ke atas rumah kayu itu yang dipenuhi oleh penduduk kampung yang datang bertandang ke rumah Mak Ngah Adelia untuk menyempurnakan majlis doa selamat tersebut.Dengan perasaan yang takut-takut Adelia memandang ke arah figura yang datang dekat ke arah. Semakin menghampirinya, semakin payah Adelia menelan air liurnya yang terasa kelat itu. Dunianya bagai terasa gelap dek pandangan tajam yang dilemparkan oleh jejaka muda itu.
"Aa..bang. Abang bila sampai?" tanya ku dengan nada yang tidak teratur. Ya ketika itu aku merasakan begitu menggeletarnya tubuh ku sehingga membuatkan aku hampir tidak dapat bergerak dari kedudukanku.
"Apa kau dah buat ni Adel, aku suruh kau buat kau jaga ibu tapi tengok apa yang jadi. Kenapa susah sangat ke apa yang aku suruh ni?" suara jejaka itu kedengaran semakin lama semakin mengendur intonasinya.
Jejaka tersebut ialah Maliqh Arshad merupakan abang Adelia. Mereka hanya mempunyai dua orang adik-beradik. Lelaki itu pulang ke kampung semata-mata untuk melihat keadaan ibu mereka. Dia berharap ibunya itu akan menyambut kepulangan dengan senyuman. Namun semua hampa berita mengenai kematian ibunya itu bagai belati menusuk ke hatinya. Hatinya bagai diremuk-remuk dengan kuat. Dia kuatkan semangatnya untuk kekal nampak kuat.
"Aa .. abang de..ngar duluu hiks hiks Lia nak..ca..kap ni", aku menangis tersendu-sendan kerana sedih dan takut dengan abang sulungnya itu. Tangan ku usah dikata, aku menggigil ketakutan.
"Aku taknak dengar sepatah perkataan pun daripada mulut kau ni" suara Maliqh antara dengar atau tidak sahaja. Hatinya masih sakit. Dia berasa sedih dengan pemergian ibunya itu. Dia tahu bahawa semua ini disebabkan oleh ayahnya tetapi dia tidak dapat mengawal emosinya sehingga terpaksa menuduh dan membabitkan adiknya dalam kematian ibunya.
Dia sangat menyayangi keluarganya, namun dia semakin tertekan disebabkan ayahnya yang tidak pernah bertaubat atas perbuatannya itu. Dia terkilan.
Ikutkan hati nak sahaja dia lunyai-lunyaikan ayah mereka namun dia takut orang disekelilingnya yang akan terkena tempiasnya itu. Banyak perkara yang harus dia selesaikan di mana dia mempunyai masalah di tempat kerjanya lagi.
"teman abang ziarah kubur boleh?", katanya dengan lembut. Adelia hanya mengangguk
Ya dia tahu dia salah dia tidak sepatutnya menyalahkan adiknya itu seratus peratus. Dia terlalu ikutkan perasaan sehingga tidak dapat mengawal amarahnya.
Sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan menempatkan arwah ibu mereka, Adelia dan Maliqh hanya mampu berdiam diri. Mereka menahan air mata mereka daripada gugur kerana dua-dua tidak mahu menunjukkan diri mereka lemah.
Sesampai sahaja mereka di tanah perkuburan Adelia membantu abangnya menghamparkan tikar, dan masing-masing memberi ruang sesama mereka untuk melayan perasaan. Setelah beberapa minit berlalu Maliqh membuka bicaranya.
"Assalamualaikum ibu, Aliqh datang ni, Aliqh datang nak jenguk ibu, Aliqh rindu sangat dekat ibu. Dah tiga bulan Aliqh tak jenguk ibu kan. Aliqh minta maaf tau bu Aliqh banyak sangat kerja kat bandar." begitu sayu sekali suara abangku ketika berkata, aku merasakan yang dirinya ketika itu benar-benar rasa bersalah. Aku hanya mampu menenangkannya dengan menggosok belakang tubuhnya.
"terima kasih adik,", aku terkejut, ya memang betul abangku mengucapkan terima kasih kepadaku, mungkin dia berasa sedikit lega sekarang ini.
YOU ARE READING
Derita Itu Bukan Yang Ku Dambakan
ActionMayra Adelia nama yang indah, tapi tidak seindah kehidupan yang dilaluinya. Setiap liku-liku terpaksa dihadapinya untuk meneruskan kehidupan. Dia percaya bahawa caturan Allah itu hebat, sentiasa berdoa agar kebahagiaan itu akan dapat dikecapinya. D...