Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Selepas sahaja kelas kami berjumpa di taman dihadapan kampus kami dan mahu gossip pasal apa yang terjadi.
"Heyy gurls sorry lambat, prof aku terlebih rajin harini". Kata haerin lalu dia duduk di sebelah eunbi.
"Gwaechana, kitaorang pun baru sampai jugak". Balas aku.
"Btw kelas korang okay ke harini?". Soal hayoun kepada aku dan haerin.
"Okay je cuma yelah aku nampak one of my classmates kena buli". Jawab haerin. Damn aku harini baru kena halau tempat duduk hiks.
"Sama lah aku pun nampak budak kena buli". Balas hayoun juga.
"Actually aku kan tadi kena halau dari tempat duduk aku, padahal dah nice do duduk situ, pastu cakap aku pakai baju hundle, padahal pempuan tu pakai baju kain tak siap". Kata aku dengan panjang lebar yang masih tidak puas hati pasal tadi.
"Eh eh suka hati mak bapak dia je nak halau kau, kampus ni bukan parents dia betul pun". Balas haerin.
"Yee do aku tak suka betul budak gedik macam tu". Sokong hayoun.
"Tapi kan aku tiba-tiba flashback masa aku kena buli dulu, tacodd". Kata aku. Nasib aku ada haerin dan hayoun untuk jaga aku, kalau tak ada diaorang mesti aku dah depression teruk.
"Eunbi jangan ingat balik masa tu, aku risau tau kau trauma balik". Balas haerin.
Flashback semasa eunbi sekolah menengah
Inilah nasib aku sebagai budak nerd di sekolah, hari-hari kena buli dan sering diejek oleh rakan sekelas aku.
"Woii budak nerd buat kerja sekolah aku sekarang". Kata salah seorang dari pembuli itu.
"B-buat lah sendiri, kan tak lama lagi exam nanti kalau awak gagal awak yang kena tanggung". Balas aku sambil menundukkan pandangan aku. Tangan aku menggigil akibat ketakutan.
"Kau melawan eh cakap aku urusan aku tak payah nak sibuk lah sialan". Katanya lalu menarik rambutku. Aku merintih kesakitan.
"Better kau buat apa yang kami suruh kalau tak.." Katanya sambil menolak badanku sehingga terjatuh dan barang-barang aku bersepah.
"Baiklah saya akan ikut cakap kamu semua". Balas aku yang menangis teresak-esak. Mereka mencampakkan kerja sekolah kepada aku untuk disiapkan.
Selepas itu, aku ternampak susuk tubuh heesung masuk ke dalam kelas aku.
"Oh my god eunbi kau okay ke?!!". Katanya sambil menolong aku bangun. Aku hanya mengangguk lemah.
"Tipu awak kena buli kan, ishh biar saya kerjakan diaorang". Balas heesung yang ingin keluar dari kelas tetapi aku menghalangnya.
"Tak apa lah heesung, saya dah biasa kena macam ni". Kata aku sambil mengemas barang aku.
"Eunbi saya tak suka tau awak kena buli selalu, kan saya dah cakap kalau ada apa-apa bagitahu saya, hae atau youn". Balasnya lagi. Mereka sahaja lah yang membantu aku. Malangnya kami semua kelas lain-lain.
"Hmm baiklah lepasni kalau aku kena buli aku bagitau korang". Kata aku.
Setiap hari aku kena buli sehinggakan aku di diagnos oleh doktor menghidap penyakit mental Major Depression Disorder (MDD) serta trauma yang teruk.
Disebabkan itu aku hanya berkawan dengan kawan rapat sahaja dan tidak mempunyai kawan yang lain lagi.
End flashback
"Alaa tak apa lah eun, kitaorang kan selalu ada dengan kau". Kata mereka berdua lalu memelukku. Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai kawan sebegini.
"Btw kan cakap pasal pembuli ni kan aku ada dengar yang budak famous gedik tu nama group diaorang cherry bullet". Kata hayoun. Kami memandang sesama sendiri.
"Cherry bullet ke cirit birit? HAHAHAHAHAHAHHAHA". Gelak haerin terbahak-bahak. Ada je idea dalam kepala otak dia.
"Hadoi kau ni peluru ceri lah AHAHHAHAHA". tambah aku pula lalu tergelak-gelak. So far kami je lah yang gelak tengok orang lain macam serious je.
"Siapa do cherry bullet ni, dah lah tak ada student lain nak gossip sama-sama, kita kan still baru kat sini mana tau apa-apa". Kata aku lagi.
"Apa susah kita tengok lah website uni dekat laptop, manatau ada info pasal diaorang". Kata hayoun lalu membuka laptopnya.
Dia pun mula mencari website uni. Tiba-tiba
"Hi korangg". Tegur the boyz sunbae kepada kami. Hayoun segera menutup laptopnya, kantoi lah wallpaper gambar graduate diploma.
"Ehh sunbae buat apa kat sini?". Soal aku lalu memandang mereka semua. Handsome matt. Bak kata author handsome with sexy brain gitu.
"Saje jalan-jalan, macam mana kelas korang okay?". Soal sangyeon sunbae.
"Okay je kat sini bestt". Balas haerin yang tersenyum kekok.
"Btw kalau korang nak luah apa-apa ke kot2 kena buli ke apa ke bagitahu je kitaorang biar abang tumbuk2 dorang". Kata eric sunbae. Uishh gelarkan diri abang eh.
"Haa sunbae nak tanya boleh?". Kata hayoun secara tiba-tiba.
"Tanya lah, abang jae sanggup menadahkan telinga untuk mendengar soalan kamu". Kata hyunjae sunbae. Yang lain memandangnya pelik, mana taknya member tak pernah perangai gitu.
"Kenal tak cherry bullet?". Soal hayoun. Mereka terdiam sebentar.
"Sebenarnya diaorang tu.."
+++
To be continue... Rindu tak ending tergantung saya 👀?