2

1 0 0
                                    

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆  。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

*knock²*

"Ris oooo Ris, bangunlah anak dara oii. Kau ni lepas subuh ja tidor balik. Ni datang turun tolong umi kat bawah ni kan elok. Risssssssss.... Oiii budakkkk." dan ketukan abang keduanya makin kuat.

Ehem, perkenalkan abang kedua Harisa Qara iaitu Hud Qafeel. Okay jom sambung balik.. Hehe..

'Haaa ni lagi sorang, kacau betul aku tengah dreaming ngan hero Korea aku.. Ishhhhh'.

"Ya ya.. abang Hud. Ris bangun dah ni. Sabar la kejap. Nak tidor kejap pun tak boleh." dengan malas dia bangun dari katil dan membuka pintu. Sakit hati kemain asyik² kena kacau.

"Ya Allah, budak ni bertuah betul dengan rambut serabainya siap berbaju tidor lagi ni. Ishhh kau pi mandi sebelum aku ngadu kat umi" sambil dia tunjal kepala si Harisa ni. Geram ngan perangai satu-satunya adik perempuan dia ni.

"Abangggg, sakit laaa tunjal kepala orang" menjeling ke arah abangnya.

"Dah kau pi mandi sekarang. Kejap lagi teman aku pi pasaraya. Kan dah janji ngan umi semalam nak beli barang² dapur yang tak cukup lagi untuk majlis hari jadi Hana. Lupa ke?" balas Hud.

"Ehhh haah la abang, hehe okok tunggu kejap ye.. Ris siap² mandi semua. Hehe" dengan tanpa rasa bersalah dia sengih kat abangnya.. Sungguh dia terlupa janjinya dengan umi semalam.

*flashback*

"Ris, esok free tak?" uminya bertanya. "Free je umi, kenapa tu?" sambil menikmati keropok yang ada di atas meja.
"Esok, temankan abang Hud pergi beli barang² dapur untuk majlis nanti boleh? Umi check tadi ada lagi beberapa yang tak beli. Umi tak sempat nak beli sendiri sebab dah berjanji nak temankan ayah ke majlisnya. Boleh eh, anak mama sayang Ris ni?".

Tanpa berfikir panjang, "Baik umi." Harisa membalas. 'Alah setakat beli barang dapur je, ada apa hal..'.

*end flashback*

Di dapur;
"Haa Hud, mana Ris. Tak siap² lagi ke?" tanya uminya.

"Nasib la Hud kejutkan tadi kalau tak jangan kata siap, katil pun belum kemas umi. Haihh~" menggeleng Hud dengan sikap Harisa.

Uminya tersenyum kerana dapat agak apa yang berlaku tadi manakala ayahnya angguk memahami sahaja memandangkan dia tengah membaca berita dunia.

"Hud sabar jelah, bukan tak kenal ngan Harisa camna." uminya membalas lagi.

Ketika Harisa sedang turun tangga, dia terdengar orang panggil namanya dan berkata "Ooo mengumpat Ris ehhhh abang Hud ngan umi? Btw, good morning umi and ayah. Mmwuahh sikit hehe" lalu mencium pipi kedua ibu bapanya.

"Ni Ris makan la dulu dengan abang Hud, umi nak bersiap kejap" kata ibunya dengan menunjukkan sarapan pagi mereka iaitu bihun goreng, kuih-muih dan air teh.

"Haa Ris makan cepat. Aku dah hampir siap makan ni. Jangan nak lama² eh. Petang satgi aku kena masuk office balik ni."

Harisa hanya mengangguk dan menikmati sarapannya.

꘎♡━━━━━━━━━━━━━━━♡꘎

Di pasaraya ;
"Abang Hud, Ris cari beberapa bahan kek ni kat sana tau" sambil tunjuk bahagian bahan kek lalu dengan langkah lajunya dia pergi.

'Ishh.... apa yang tinggi sangat letak toppings kek ni?' gumam hati dia. Dah habis jinjat kaki. 'Takpa, sikit je lagi... Sikit lagi....' dan kedebushhhh tanpa sedar Harisa tersiku orang di belakangnya.

"Aduhhh, sakitlah. Ehh tak nampak ke orang kat belakang ni?" soal lelaki tersebut.

"Ya Allah encik, sorry². Saya memang tak perasan dan tak sengaja. Sorry encik." serba salah jawabnya yang menyebabkan seseorang terkena siku dia.

Lelaki tu memandang Harisa dengan padangan yang tidak puas hati dan berkata "Dasar menyusahkan orang ja."

Panas hati Harisa mendengar jawapan lelaki itu "Ehhh encik, amboi mulut eh.... Saya dah ucap maaf ye tadi, encik takda telinga ke apa? Ke dah pekak ni? Kalau saya ada mata kat belakang ni takdanya nak tersiku encik. Amboi laaa mulut hamba Allah sorang ni!" balasnya.

Lelaki itu merengus dan sempat menjeling ke arah Harisa sebelum dia blah camtu ja.

"Dasar sombong, bukan aku tak minta maaf tadi. Kurang ajar betul. Huh?!!".

"Ris, dah jumpa belum semua bahan tu? Kalau dah jom bayar, abang Hud nak gerak ke tempat lain lak".

Harisa yang malas nak cakap disebabkan tiada mood pasal tadi terus meletakkan bahan² tadi ke dalam troli dan gerak terus ke kaunter.

'Eh dh kenapa lak budak ni? Masam betul muka, siap bisu je ni' hairan si Hud.

꘎♡━━━━━━━━━━━━━━━♡꘎

POV lelaki misteri ;
Dengan rasa malasnya, dia pergi juga ke pasaraya atas desakan ibunya untuk membeli bahan² membuat kek marble. Katanya nak bagi buah tangan dekat kawannya yang adakan majlis hari jadi.

'Yang si Mueez ni pun awal² pagi dah keluar. Entah ke mana pun tak tahu tapi yang pasti sah² la jumpa pula awek yang entah keberapa. Haihh bila nak ubah perangai tu tak tahu la~' ngeluhnya sorang².

Ketika dia tiba di bahagian rak bahan kek, dia nampak seorang gadis sedang terkial-kial nak ambil toppings tapi sengaja dia malas nak tolong sebab itu memang diri dia. Dia taknak rasa susahkan diri untuk orang yang tak dikenali. Lalu dia tunduk dan mengambil tepung yg terletak di bahagian bawah sekali. Sebaik sahaja dia ambik dan bangun tiba²...

"Aduhhh, sakitlah. Ehh tak nampak ke orang kat belakang ni?" mengerang kesakitan akibat terkena siku gadis tersebut.

Tanpa dia sedar, dia telah terlepas kata kepada gadis tersebut "Dasar menyusahkan orang ja" walaupun gadis itu telah mengucapkan maaf.

Atas keterlanjuran kata 'Ish kau ni pun, budak tu dah minta maaf yang lepas cakap camtu pahal lak ni. Dah tiba² kena bebel marah lak ni.. Ishhh la diri ni' katanya dalam hati.

Tapi apa yang dia peduli tanpa berkata apa², dia berlalu begitu sahaja malah sempat dia menjeling ke arah gadis itu. Dia tahu salah diri dia tapi disebabkan rasa malu dan ego membuatkan dia pergi begitu sahaja dan meneruskan perjalanan mencari bahan² lain.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.

Jadi, rasanya semua dah boleh teka siapa lelaki misteri ni kan? Hehe, saje laa buat saspens je.. Btw ni cerita pertama yang saya saja² reka. Klau ada apa2 kekurangan, jgn segan silu komen.. peace no war gituuu 😬✌.

Pertemuan Tak Dijangka [HOLD]Where stories live. Discover now