。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆ 。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Wah, almost done!" kata Harisa sambil menyusun semua juadah untuk majlis malam ini.
Persiapan majlis hari jadi ke-6 Hana Ayra hampir siap sebelum malam tiba. Hana Ayra merupakan anak pertama abang sulungnya, Hayqal Qadir dan Afrah Zahra, kak iparnya. Mereka dikurniakan 2 anak iaitu Hana Ayra dan Haris Aryan.
Memandangkan kedua-duanya sibuk dengan kerja jadi umi volunteer untuk membuat persiapan majlis cucu sulungnya. Kalau tak buat mahu si comel tu merajuk, hahaha terhibur mengingatkan kerenah anak buah dia sorang ni. Yang lagi sorang tu pun apa kurangnya, makin membesar banyak betul soalan dia tanya itu ini. Comel dan geram dengan pipi yang bulat tu. Auchh...
'Ni mahu seminggu budak tu happy dan bercerita majlisnya sebab nenek dia buat kemain cantik dan meriah. Takpalah, asalkan semua bahagia. Heheh gituuu.'
"Ris oooo Ris..." uminya memanggil.
"Ya umi, ada apa?" berpaling menghadap uminya.
"Tolong umi kejap. Tadi kawan umi ada call kata anaknya datang singgah bagi kek. Boleh tak Ris tolong ambilkan? Tak silap katanya kereta warna putih. Tolong ya Ris, ni umi nak ke belakang. Tq Ris." dengan tergesa-gesa uminya ke belakang.
"Ehh umi ni, laju betul sekali cakap. Umi umi..." katanya sambil geleng melihat umi.
Dia pun berlalu ke arah pagar rumah untuk mengambil pesanan uminya.
꘎♡━━━━━━━━━━━━━━━♡꘎
"Weih bang, kau reti tengok map ke tak ni? Dah berapa kali kita pusing tempat yang sama. Naik pening kepala aku laa." rengus Mueez sambil merenung tajam abangnya.
"Alahai kau ni, sabar la kejap. Aku bukan tak reti cuma tak pasti. Dah duduk diam² kat sebelah, pegang kek ibu tu." balas Mateen.
'Kalau tak sebab ibu ugut aku tadi, takdanya aku nak teman si bebal ni. Ishhh, dah lambat aku nak jumpa Zira ni. Adoiii...' gumam Mueez.
'Betul ke location yang ibu bagi ni? Kenapa tak nampak satu rumah pun yang ada khemah. Cakap buat majlis, takkan tak meriah dah sekali jemput ibu ni.' ngomel Mateen.
*notification*
Ibu : Mueez, dah sampai belum tu? Nanti bagitahu kat abang yang anak kawan ibu yang tolong ambilkan. Maybe now ada orang dah tunggu depan pagar rumah.
Mueez : typing.......
Ibu : Ada tak?
Mueez : Kejap ya ibu nanti Mueez update lain.
Ibu : K.
Sambil menutup telefon bimbitnya, "Bang, ibu cakap anak kawan dia ada tunggu kat depan pagar dah. Kalau dari yang ibu cakap tu, aq rasa rumah putih depan tu. Kau nampak tak? Yang ada budak perempuan tengah kipas² tu" tunjuknya selepas mendapat hint daripada ibu. Nasiblah ibu mesej dia kalau tak berulang-ulang lagi mencari rumah.
"Haa okay" balas Mateen.
Manakala Harisa 'Ya Allah, mana orang yang hantar kek ni? Tak sampai² lagi. Takkan tak jumpa rumah kot. Bukannya susah pun cari rumah ni' sambil mengipas mukanya yang kian berpeluh akibat tunggu di bawah matahari yang panas.
Dan ketika itu ada sebuah kereta putih berhenti di hadapannya. Dengan penuh kesabaran dia menunggu si penghantar kek untuk turun tapi...
'Eh pahal muka mamat ni macam aku pernah tengok tapi kat mana haaa? Hmmmm... Menghairankan.' kata hati Harisa.
"Assalamualaikum cik, saya anak Datin Umairah nak hantar kek marble. Katanya untuk majlis malamni." kata Mueez dengan ramah. Bukan orang tak tahu yang dia jenis pantang tengok perempuan cantik.
'Ya Allah, cantiknya perempuan ni. Pandai betul mak dia suruh anak ambil kek, berpeluang aku cuci mata' katanya lagi.
"Oh okay, terima kasih encik...." kata Harisa terhenti untuk panggil orang di depannya.
"Panggil saja saya Mueez."
"Oh okay Mueez, saya masuk dulu. Thank you for the cake!" kata Harisa dengan kekok dan perlahan-lahan mengundur diri.
"Eh kejap, cik tak bagitahu pun nama cik apa."
Harisa terhenti dan berpusing "Errr nama saya Harisa. Thank you." sambil senyum kekok dan menunjukkan kek tadi.
'Ya Allah Harisa, sejak bila kau peramah bagitahu nama kat orang tak kenal ni.. Mentang² laki tu handsome. Dah² cepat lari masuk rumah'.
Tersenyum si Mueez setelah dapat nama gadis tersebut. 'Yes, got your name sweety. Malamni akan ku datang' katanya dengan hati riang.
*ping²*
Hon kereta bunyi menghentikan senyuman Mueez."Eh kau ni, pantang nampak awek cun semua nak sapu. Dah masuk cepat dalam kereta. Aku nak balik ni ka kau nak stay ja sini nak try budak tadi tu?" perli Mateen kepada adik kembarnya.
"Yela², jom balik. Kau ni pun, takleh tengok orang bahagia kejap. Mesti nak potong je, huh!" rengus Mueez tanda tak puas hati.
"Banyaklah kau" balas Mateen lagi dan terus beredar dari rumah Harisa.
꘎♡━━━━━━━━━━━━━━━♡꘎
POV Mateen ;
'Ya Allah, dalam banyak² manusia kenapa mesti rumah budak ni juga yang aku kena datang bagi kek ibu ni? Gila, memang aku tak datang la malamni. Kena bagi alasan ni. Aduh kacau betul' gumam hati Mateen.Bukan dia tak kenal gadis tadi tu siapa. Tak lain tak bukan budak yang bagi siku kat dia di pasaraya semalam. Huh, dah la masih malu kes semalam bertambah pula rasa menyampah tengok muka budak tu.

YOU ARE READING
Pertemuan Tak Dijangka [HOLD]
Jugendliteratur"Kenapa asyik jumpa dia ni je? Naik menyampah aku..." - Harisa Qara Siapa sangka pertemuannya dengan dua beradik kembar dapat memeningkan kepala dia. Bukan pening dengan rupa paras yang 100% mirip malah perangai juga. Apakah akan terjadi apabila mas...