HAQ menerobos masuk ke dalam rumah studio milik Iskan tanpa berbasa-basi lagi. Sudah empat puluh minit dia tercongok di hadapan pintu utama bagai patung cendana. Iskan tak suka kalau ada yang memasuki rumahnya tanpa kebenaran tapi ini dah melampau!
Ingat Haq ini pak guard ke?
"Tuan!"
"Dah masuk office hours ni. Tuan ada meeting pukul sembilan..." tutur Haq terus mati. Seraya dengan itu matanya membulat sempurna. Tangan pula mengurut dada sendiri. Sabar Haq sabar. Kau kuat!
MashaAllah.
Iskan di depan Haq pula langsung tidak menyedari kehadiran pembantu peribadinya itu. Menari kecil dia dengan headphone Sony di telinga. Pipi sedikit comot dengan frosting cream. Badan pula sudah lengkap dengan sut formal. Cuma... berapron Hello Kitty!
"Tuan..." Haq nak menangis. Ini bukan Tuan Putera Iskandarnya. Jari menyentuh belakang bahu Iskan sedikit. Bawa sedar lah tuan!
"Siapa... argh!" Iskan yang tersentak itu terus menarik apron dari tubuhnya. Merah padam mukanya akibat malu yang teramat. Rambut yang terjuntai di dahi sempat ditolak ke belakang.
Ini Tuan Iskan. Macho kena jaga!
"Dah kantoi busuk pun. Tuan nak malu apa lagi?"
"Kantoi busuk apa? Kau tak nampak apa-apa pun."
"Eleleleh! Muka merah-merah ni nak cendol ke?" sakat Haq sambil mencucuk bahu Iskan dengan batang pen kesayangannya.
"Kau ni... ada juga yang kerja overtime kejap lagi."
Haq terus diam. Tak boleh lama-lama. Nanti rindu isteri di rumah. Segaris senyuman naik di bibir sendiri tanpa sedar. Kakinya pula menguis lantai marble dengan rasa tersipu-sipu malu. Ingat isteri pun dah berbunga-bunga hatinya ini.
"Kau ni dah kenapa pulak? Cuba bawak berubat penyakit kau ni..." bidas Iskan. Bukan sekali dua Haq berkelakuan seperti ini.
"Tuan buat apa ni?" soal Haq ceria. Terus hilang rasa marahnya sebentar tadi. Penangan cinta gais!
"Baking. Cantik tak kek aku?" Iskan angkat dulang kek yang sudah dihiasinya. Senyuman bangga tersumbing di bibir. Mesti Adel suka nanti!
"Untuk siapa ni?"
"Yang pasti bukan untuk kau."
Haq terasa hati. Kek dan kuih-muih ini semua kegemarannya tahu!
"Bukan untuk saya tu... untuk siapa?"
"Untuk buah hati. Comel kan?" lambat-lambat Iskan membalas.
Jeda sebentar.
"Review?" kening Iskan terangkat.
"Kek apa ni?"
"Vanilla strawberry."
"Vanilla strawberry perlu warna merah atau pink kan? kenapa..." Haq merenung kek di hadapannya silih berganti dengan muka kacak Iskan.
"...warna hitam?"
"Kau buta warna ke? Ini ungu."
"Mana ada strawberry warna ungu!"
"Ada!" tempik Iskan apabila suara Haq meninggi. Siapa bos sekarang?
"Tak ada."
"Ada. Ini aku buat apa? Bukan warna ungu ke?"
Iskan dah Haq. Dua-dua keras kepala. Bergaduh tak kira masa tapi masing-masing tak ambil hati. Iskan sudah bersama dengan Haq dari awal dia mula mengambil tugas bapanya di syarikat.

YOU ARE READING
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍 (𝐕𝟏) ✓
Romance(Sudah Terbit) The Fallen Prince : What If It Was True Love? Green version of TUAN ISKAN FIKSI SEMATA-MATA!