HERO

657 68 1
                                    

"Your coffee, Sir Giga."

Seorang pelayan lelaki menegur ramah seraya meletakkan secawan kopi pekat ke atas mejaku. Senyuman aku ukirkan kepadanya. Sebaik sahaja si pelayan tersebut beredar, aku menyandar pada kerusi kayu sambil menikmati kopi pekat tadi. Aroma kopi pekat yang manis disertai pula dengan donut strawberry, ianya sememangnya menenangkan hati.

Hari ini Bandar A terasa mendamaikan dan harmoni. Langsung tiada jenayah mahupun si penjahat yang mahu menakluki dunia cuba mengacau ketenangan dunia.

Ha, this is nice. Mungkin aku patut bercuti buat masa sekarang? I need to relax a bit, don't you think?

Oh yeah, aku terlupa perkenalkan diri kepada kalian. Nama aku Maxim Giga, and I am a damn superhero. Semenjak kecil, aku sememangnya gagah dan perkasa. Sudah menjadi tugas aku untuk menjaga keamanan dunia.

This hero works is not easy, you know? Its doesn't generate money. So, I have to work in two separate jobs. Being a hero, and a damn office worker in one lousy company in this city.

Tetapi apa yang aku boleh buat? This hero thingy is my clique. Aku tak boleh elak. I am a superhero. Sudah menjadi tugas aku untuk menjaga keamanan dunia. My strength and power is a gift from a world to protect humanity.

Kopi pekat, aku hirup buat kali kedua. Ah, man...

I love coffee in the peaceful morning like this. Its just so calming and -

BOOOOOOMMMMMMM!!

Belum sempat aku menghabiskan monolog hati, sebuah letupan meletus menggegarkan bumi! Aku berpaling ke sisi. Asap hitam tampak berkepul hebat berserta api yang cukup marak membakar sebuah bangunan. Helaan nafas, aku lepaskan pendek.

Here its come. My peaceful morning is ruined. Alright, lets see who the hell disturbing my city. Gonna give him a real smack in the ass for ruining my breakfast.

"Yo, Giga! Kau juga ada di sini?"

Namaku kedengaran disapa dikala aku terbang melintasi sebuah bangunan untuk menuju ke bangunan yang terbakar tadi. Kelihatan seorang lelaki terbang di sisiku sambil berpeluk tubuh. Tubuhnya menyala marak dengan sambaran api.

Oh, Hyper Flame. Dia juga superhero seperti aku. Kuasanya tidaklah sehebat aku, tetapi dia tetap boleh diharap. He can generate fire from his body. Its cool tho. Dia juga kawan lama aku di sini. Bahu diangkat mendengar pertanyaannya tadi.

"Aku sedang bersarapan tadi, Hyper Flame. Kau tahu apa yang terjadi?"

"Urh, no. Aku juga terkejut. Maybe we should check it together?"

"Good idea."

Aku memberi persetujuan. Hyper Flame mengangguk. Kami berdua terbang bagaikan angin untuk ke tempat yang meletup tersebut. Orang ramai berselerakan melarikan diri bersama jeritan yang membingitkan telinga. Keadaan di bawah terasa begitu huru-hara. Sebaik sahaja kami berdua tiba di tempat kejadian, aku dan Hyper Flame mendarat ke tanah.

Keadaan sekeliling, aku perhatikan dengan pandangan x-ray. Good enough, no victims or casualty here. Hyper Flame turut meninjau keadaan sekitar. Aku menarik nafas dalam-dalam.

FWOOSSSHHH!!

Hyper Flame tersentak kecil apabila hembusan nafas dariku memadamkan api yang membakar marak tadi! Keadaan bertukar tenang. Hanya asap nipis yang masih berkepul memenuhi ruang udara. Hyper Flame tertawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Kau padamkan api yang marak tadi dengan hanya hembusan nafas, huh? Damn, man... You're really are strong."

"Duh..."

HEROWhere stories live. Discover now