Bab 1

29 2 0
                                    

"Haish. Penatnya angkat barang" Riana mengeluh. Tangannya mula berasa kebas.

"Argh sakitnya" Riana memegang tangannya yang kebas.

"Riana, buat apa lagi tu. Mari sini tolong ibu lap meja lepastu letakkan pinggan" arah Puan Siti.

"Alah ibu, kenapa tak suruh adik jer buat?" soal Riana inginkan kepastian.

"Riana Adriana Binti Ahmad Dani, pergi buat sekarang!" tengking Puan Siti.

Dengan lantas, Riana terus berlari ke ruang bawah dan mengelap meja lalu meletakkan pinggan ke atasnya.

"Dah siap" Riana mengelap peluh yang mengalir di pipinya.

"Kalau buat tanpa disuruh kan senang. Tak perlu aku tengking dulu baru buat. Aku ni penat tau angkat barang lepastu nak kena masak lagi" bebel Puan Siti.

Riana membuat Rolling Eyes. Dia masuk ke biliknya semula dan ingin mengemas biliknya yang berselerak.

Waktu menunjukkan pukul 9:30 malam. Riana menguap kerana dia berasa ngantuk. Dia mahu tidur awal kerana esok dia akan bersekolah. Kalau nak diikutkan hati, dia mahu sahaja sekolah pada hari lusa tetapi ibunya tidak membenarkannya berbuat begitu.

Riana baring di atas katilnya dan memejamkan mata. Dia berasa tenang. Tidak lama kemudian, dia tertidur.







Waktu memunjukkan pukul 5:50 pagi. Megat mematikan alarmnya yang telahpun berbunyi sejak dari tadi.

Megat meregangkan badannya. Bahunya terasa sakit, mungkin disebabkan dia sudah lama tidak bersenam. Maklumlah dia kan budak terpandai di Sekolah Menengah Kebangsaan Permata. Mestilah dia menghabiskan masanya untuk belajar sahaja.

Dia mengambil tuala dan masuk ke bilik airnya. Walaupun masih ngantuk, dia tetap bersemangat untuk ke sekolah.

Selesai mandi, dia menunaikan solat subuh. Kemudian, dia memakai baju seragam sekolahnya yang telah digosok oleh ibunya. Rambutnya disikat rapi bagi menambah kekemasan diri. Dia memakai name tag yang tertulis nama dan jawatannya sebagai ketua pengawas.

"Siapalah datang lambat hari ini" Megat tersenyum kecil. Dia berasa teruja untuk menulis nama pelajar yang hadir lewat ke sekolah.

Megat lahir dari keluarga yang kaya. Rumah dia tidak jauh beza dengan istana raja. Dia bahagia dengan kemewahan yang dia ada.

Megat menaiki lif yang berada di rumahnya. Lif itu dibuat kerana rumah Megat mempunyai lima tingkat jadi wajarlah jika rumahnya mempunyai lif supaya memudahkan urusan dia untuk pergi kemana - mana.

Megat keluar daripada lif dan melihat ke arah meja makan. Di atas meja, tersedia roti bakar yang diselaputi dengan coklat.

Dia mengambil sekeping roti itu dan memakannya. Dia memakai kasut sekolah lalu pergi ke sekolah sambil menaiki basikal.

Tepat pukul 6:30 pagi, Megat tiba dia sekolah. Dia terus pergi ke kelasnya dan memulakan tugasnya.





"Ibu, Riana pergi dulu iya?" laung Riana.

"Nak aku hantarkan ke? Dah lambat kan?" tanya Siti mahukan kepastian.

"Tak perlulah. Assalamualaikum" jelas Riana sambil memakai kasutnya lalu berlari dengan pantas menuju ke sekolah.

Riana akhirnya tiba di hadapan pagar sekolah. Dia berlari dengan lebih pantas apabila dia melihat pagar sekolah akan ditutup sebentar lagi.

Malang tidak berbau, pagar telah pun ditutup sebaik sahaja Riana mahu memasuki kawasan sekolah.

"Siapa nama?" tegur seseorang dari belakangnya.

Akibat terkejut, Riana menampar orang yang menegurnya tadi. Dia melihat nama yang tertulis di nametag orang itu. Dibawahnya tertulis ketua pengawas sekolah.

"Matilah aku" Riana menelan air liurnya.

♥Bersambung♥

OH My! Jatuh Cinta Lagi (short story)Where stories live. Discover now