Bab 8

8 1 0
                                    

"Assalamualaikum, Riana."

Riana memandang dua orang yang berada di hadapannya dengan renungan yang tajam. Dia berkali - kali cuba untuk mengupas kulit di jarinya. Perasaan marah dan takut seakan bercampur.

"Riana kita orang nak minta maaf sebab kita orang dah buat gangguan seksual dan pukul kau haritu. Kita orang janji tak akan buat lagi." janji Khairul bersungguh.

Tiada balasan. Riana kekal berdiam diri dan memandang mereka dengan perasan yang bercampur.

"Tolonglah maafkan kita orang." rayu Muhkriz

"Maaf? Janji?. Wah!!. Senangnya jadi lelaki. Lepas dah buat salah, terus lepas gitu je kan?. Kau fikir perempuan ni barang mainan kau ke hah!" Riana meninggikan nadanya. Dia sudah hilang sabar.

"Perangai lelaki macam kau orang ni lebih baik mati jer." sampuk Megat yang baru sahaja tiba di bilik guru disiplin.

Cikgu Aminah hanya duduk di mejanya sambil mendengar perbualan Riana, Megat , Khairul dan Muhkriz.

Riana memandang wajah Megat yang berkerut. Dapat dia rasakan yang Megat benar - benar marah terhadap Muhkriz dan Khairul.

"Perangai sampah. Memalukan sekolah dan agama. Lebih baik tak payah hidup. Hidup hanya berlandaskan nafsu semata - mata sehingga sanggup membuat perkara yang terkutuk. Kau fikir aku tak tahu kau pernah raba pelajar tingkatan satu tahun lepas? Aku cuma perlu bukti yang kukuh sahaja untuk tangkap kau orang." jelas Megat panjang lebar.

"Janji yang kau cakapkan tu rasanya dah basi. Lelaki yang hidupnya berlandaskan nafsu tidak akan menyesali perbuatan mereka melainkan gembira apabila dapat memuaskan nafsu syaitan kau orang tu sedangkan orang lain terseksa disebabkan perbuatan kau." Riana sudah hilang sabar. Dia menampar kedua - kedua pelajar lelaki dihadapannya itu. Tangannya terasa kebas tapi langsung tidak dihiraukannnya.

"Sudah. Cukup. Saya tak mahu perkara ini berterusan sebab itu saya panggil kamu ke sini." Cikgu Aminah cuba meleraikan persengketaan yang berlaku di antara keempat - empat murid tersebut.

Khairuk dan Muhkriz cuba sedaya upaya mereka untuk tidak mengeluarkan air mata. Tamparan yang diberikan oleh Riana cukup untuk membuatkan pipi mereka berasa pedih.

"Saya tak boleh terima permohonan maaf mereka. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." ucap Riana lalu pergi keluar dari bilik guru disiplin.

Megat membuntuti langkah Riana dari belakang. Dia juga berpendapat bahawa apa yang Riana lakukan tadi ada betulnya juga.

"Riana tunggu." Megat memegang lengan Riana. Dia melepaskannya sebaik sahaja Riana memandang dirinya.

"Balik sekolah nanti. Jom ikut aku"

Dahi Riana berkerut.

"Huh? Kenapa? Aku ada buat salah apa?" soal Riana bertubi - tubi.

"Kau tak payahlah banyak tanya. Ikut jer aku"

Riana hanya mengangguk.


Megat mencari kelibat Riana di sekeliling. Tiada. Dia mengeluh.

Adakah Riana sudah lupa tentang janji mereka untuk bertemu di sini?. Ataupun Riana sengaja mahu membuatkan dirinya tertunggu - tunggu. Dia mengeluh sekali lagi.

"Megat."

Seseorang menepuk perlahan bahu Megat dari arah belakang. Megat menoleh ke belakang dan senyuman terbit di mulutnya.

"Maaf lambat. Aku tak sengaja. Tadi ada banyak nota nak kena salin." Riana cuba untuk memberi alasan supaya Megat tidak memarahinya.

Sebenarnya dia tertidur didalam kelas tadi dan tiada sesiapa yang mengejutkan dirinya. Jadi sebab itulah dia lambat datang kepada Megat.

"Wahh. Bagi alasan nampak"

"Alasan? Mana ada"

"Disebabkan kau dah sidai aku dekat sini sampai berjam. Kau akan kena denda"

"Denda? Lah maaflah. Aku kan tak sengaja. Jadi, denda apa yang kau akan kenakan?" soal Riana sambil mengangkat keningnya.

"Pergi dating dengan aku."

♥Bersambung♥

OH My! Jatuh Cinta Lagi (short story)Where stories live. Discover now