Bab 11

6 1 0
                                    

"Mama, Papa. Jadi tak kita nak pergi jumpa girlfriend Megat?" soal Megat inginkan kepastian.

"Iya mestilah jadi. Tapi tunggu mama pakaikan make up dulu ok?" kata Datin Katrina iaitu ibu kepada Megat.

"Sayang jangan lama - lama sangat make up tu, nanti marah pulak anak kita tu." pesan Datuk Rizwan.

"Iyalah. Tunggu kejap ya sayang."

Selesai bersolek, Datin Katrina mengambil tas tangan miliknya lalu menggunakan lif untuk ke tingkat bawah.

"Dah jom pergi!" laung Megat gembira.

Mereka sekeluarga menaiki kereta dan menuju ke sebuah kawasan perkuburan.

Mereka turun dari kereta dan mencari kubur yang terukir nama seseorang yang mereka cari. Setelah menjumpainya, Puan Katrina membentangkan tikar ke atas tanah di sebelah kubur itu lalu mereka semua duduk di situ.

"Assalamualaikum nenek, nenek apa khabar? Maaf sebab Megat dah lama tak ziarah kubur nenek. Mama dengan papa sibuk dengan kerja, Megat pulak sibuk dengan sekolah. Harap nenek tak marah." Megat mengusap batu nisan yang disitu terukir nama Aliyah Maisarah binti Mohd Imran.

"Ibu, maafkan kita orang tau. Semenjak kebelakangan ni, Rina dan Riz sibuk dengan kerja. Tak sempat nak lawat ibu." Datin Katrina memohon maaf kepada ibunya.

Datuk Rizwan juga berasa serba salah kerana sudah lama dia tidak melawat ibu mertuanya itu.

"Nenek tahu tak Megat dah jadi ketua pengawas tau. Impian Megat akhirnya tercapai jugak" kata Megat untuk mengubah suasana yang sedih itu.

Mereka bertiga meluahkan segala isi hati kepada Aliyah iaitu nenek ataupun kekasih Megat.




Di rumah Faizah....

"Riana kau tolong bagi pen tu dekat aku." arah Amirah sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah pen yang dimaksudkannya.

Riana mengambil pen yang diminta oleh Amirah dan memberikannya kepada dia.

"Kau dan confess kat dia ke?" tanya Faizah.

"Confess? Dekat siapa?" Riana binggung dengan pertanyaan Faizah.

"ALLAHU AKBAR, siapa lagi kalau bukan Megat. Kau punya level lembab tu, kalkun pun kalah." perli Faizah.

Riana mengeleng.

"Bila kau nak confess? Sampai dia dah ada girlfriend. Baru kau confess?" soal Amirah inginkan kepastian.

Riana hanya membisu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Jika dia meluahkan perasaanya, adakah akan menerima dirinya?. Tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu lagi menyembunyikan perasaannya. Dia benar - benar buntu.

"Tak apalah kalau kau tak yakin nak luahkan perasaan kau. Tapi jangan biar lama - lama sebab kita tak tahu kalau hati dia dah berpunya. Lebih baik tahu sekarang dari tahu di kemudian hari sebab ia cuma akan sakitkan hati kau lagi. Faham?" kata Amirah panjang - lebar.

Riana mengangguk tanda dia faham.

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia meluahkan perasaanya kepada Megat. Dia perlu betul - betul bersedia dari segela aspek supaya dia dapat menerima takdir yang sakit dengan hati yang terbuka.

"Megat tolong tunggu saya."

♥Bersambung♥

OH My! Jatuh Cinta Lagi (short story)Where stories live. Discover now