One

16 2 0
                                    

"HAI Arianaku!"

Sepenggal senyuman terukir di bibir ketika melihat Hana menghampiriku dengan wajah yang bersemangat. Adara Hanania, sahabatku dari kecil yang menjadi salah satu kekuatan untuk diriku. Dirinya yang terlalu 'hyper active' menjadikan orang sekelilingnya selesa dengannya walaupun pertama kali bertemu. Berbeza dengan diriku, seorang yang pendiam apabila bersama pelajar lain.

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Kafeteria dipenuhi dengan suara dan telatah pelajar-pelajar di Universiti Malaya, tempat kami menuntut ilmu. Perjalanan hidup baru dimulai apabila aku dan Hana berjanji melanjutkan pelajaran di kolej yang sama. Suasana serta-merta menjadi sunyi dan hanya terdengar suara bisikan siswa siswi apabila dua orang pelajar lelaki melangkah ke kafe tersebut.

'Siapa mereka? One of them looks familiar,' detik hatiku dengan wajah yang cuba mengamati kehadiran kedua-dua lelaki tersebut. Salah seorang daripada mereka memandangku lalu tersenyum sinis. Aku mengalihkan mata ke arah lain. Siapa dia? Kenapa senyum sinis? Dia kenal aku ke?

Lamunanku terhenti apabila Hana memanggil namaku.

"Tahu tak mereka ni siapa?" tanya Hana. Aku hanya menjongket bahu. Tak pernah pun lihat mereka sebelum ini. Atau aku yang tak pernah kisah tentang pelajar di universiti ini?

Hana memberitahuku bahawa mereka berdua merupakan pelajar lelaki yang digilai ramai perempuan di universiti ini kerana mempunyai rupa yang menawan! Aku juga mengakui fakta tersebut. Badan mereka yang tinggi lampai dan muka mereka yang mengalahkan pelakon boleh buat semua orang pengsan! Hana tersenyum senget melihat kedua lelaki tersebut seperti ada sesuatu yang dirancang olehnya.

"Aku fikir aku nak cuba dekat dengan Asyraf tu. Yang mata warna hazel tu! Handsomekan? Kalau kau nak jugak boleh ambil kawan dia tu, vibes dia pun macam kau dah. Wah bayangkan kita double date, seronoknya! " Hana berteriak apabila double date menjadi idea yang menurutnya bernas. Mata-mata tertumpu pada aku apabila melihat karenah Hana tadi termasuk dua lelaki tersebut.

"Ish kau ni, Hana! Janganlah menjerit! Nampak tak semua tengok kita sekarang ni? Malulah aku!" marahku. Hana hanya mengabaikan kata-kataku.

"Kalau double date mesti best! Alah macam drama melayu tu. Aku dengan Asyraf, kau dengan Aathif! Omg!"

"Aathif?"soalku. Oh jadi lelaki yang senyum ke arah aku tadi Aathif? Kepalaku tiba tiba berasa sakit. Ada sesuatu yang aku tahu ke?

Hana menarik lenganku dan bergerak ke arah Aathif dan Asyraf. Aku cuba menghalangnya tetapi apakan daya, kalau dia ni dah excited memang tak boleh buat apa dah.

"Hai jodoh! You free tak petang ni, Asyraf? I nak minta tolong ajar something about the topic we learnt just now." Hana tersenyum senget. Ha sudah mula dah perangai dia ni. Aku cuba menarik Hana sekali lagi tetapi ditepis. Ee buat malu je dia ni.

Asyraf mengangkat keningnya kerana terkejut melihat kelibat gadis yang berada disampingnya itu. Dia menghiraukan Hana. Perempuan ni tak takut ke dengannya? Setahu dia, semua gadis yang menyukainya tidak berani untuk dekat dengannya kerana khabar angin dia dan Aathif yang panas baran itu.

Hana sekali lagi tersenyum. Memang benar khabar angin yang didengarinya bahawa Asyraf seorang yang tidak bercakap dengan mana-mana perempuan jika tidak penting. Hana menafikan khabar angin tersebut dan mencuba nasibnya memikat Asyraf.

"U can ask someone else, I'm busy." Senyuman Hana memudar apabila ditolak hidup-hidup oleh Asyraf. Tetapi dirinya masih belum berputus asa untuk menjadikan Asyraf Haidar sebagai kekasihnya.

Aku memberitahu Hana yang aku ingin pulang dahulu kerana tidak selesa ditatap oleh Aathif. Tatapannya sulit dikatakan seperti mengenaliku pada masa lalu. Selepas aku meninggalkannya, Hana memandang Aathif lalu tersenyum.

"You ni Aathif kan? Bestfriend Asyraf?" tanya Hana singkat.

" Ya, nama I Aathif Riyaz and yes I'm his best friend. Kenapa tanya?" Berbeza dengan personality Asyraf, Aathif nampaknya seorang yang mudah diajak berbual, berbeza dengan khabar angin yang dikatakan. Pelik!

"Oh nothing. Ariana, kawan I tadi yang tanya siapa you. By the way, boleh tak you bagitau kawan you yang sombong tu, jangan sombong sangat dengan I. Nanti lama lama tersuka baru tahu! Emph" Hana mencebik bibir. Aathif ketawa melihat telatah perempuan di hadapannya ini. Belakang Asyraf ditepuk perlahan.

"Kau dengar kan bro?" Asyraf hanya menjulingkan matanya. Menyampah! Dia berlalu pergi dari tempat itu.

"Nanti you tolong la pujuk kawan you tu, cakap kat dia yang I takkan putus asa sebab I suka dia," pinta Hana. Masih tak give up!

"Then, do me a favour by telling your friend Ariana, the same things too." Asyraf mengukir senyuman sinis, sekali lagi.

⋆。゚☁︎。⋆。 ゚☁︎ 。⋆⋆。゚☁︎。⋆。 ゚☁︎ 。⋆⋆。゚☁︎。⋆。 ゚☁︎ 。⋆

"SINI kau! Nak lari mana?" jerit lelaki di belakangku. Bayangannya hanya samar samar dimataku.

Aku terus berlari menyelamatkan diri. Lelaki tersebut memegang pisau dan cuba menikamku! Aku takut. Selamatkanku ya Allah!

"Kau lari pun tak kemana la Ariana! Bila-bila masa je kau mati kat tangan aku ni!" jeritnya lagi. Aku mengendahkannya dan terus melarikan diri.

Srttttttt!

"Ariana!" jeritnya apabila badanku dirempuh sebuah kereta. Pandanganku gelap.

"Ariana!!"

Aku terbangun dari mimpi ngeriku apabila Hana memanggilku. Hana terus mendekatiku dan menggosok perlahan belakang badanku. Dia cuba menenangkanku.

"Kau mimpi lagi ke bendatu?" tanyanya perlahan. Aku hanya mengangguk lemah. Entah sampai bila mimpi ini mahu menghantuiku. Siapa lelaki tu? Kenapa dia nak bunuh aku?

Memory of DreamWhere stories live. Discover now