5

7 2 9
                                    

"Akhirnya! Habis juga paper kita! Alhamdulillah" aku tersenyum melihat rakanku. Beg dikemas. Bahuku dirangkul oleh rakanku.

"Apa plan kau sementara tunggu result ni?" Mukanya aku pandang.

"Tak pasti. Tanam anggur kot" aku dan rakanku tertawa kecil. Kami mula berbual sambil menunggu ibu bapa datang menjemput.

"Wei!" Jeritan itu menangkap perhatianku dan rakanku. Kami berpaling ke belakang.

"Alamak, crush kau datang. " Aku menyikunya. Lelaki yang berlari anak ke arah kami aku pandang.

"Kejap, huh..." Dia berhenti seketika untuk mengambil nafas. Mungkin penat berlari. Siapa suruh kejar?

"Aku nak pergi tandas kejap. " Laju sahaja rakanku berlalu pergi. Kini tinggal aku dan dia sahaja.

"Nah, ambil ni. " Air kotak di tangannya pandang lalu diambil. "Untuk apa ni?" Tanyaku. Dia tersenyum lebar.

"2 tahun" keningku terangkat. Apa yang 2 tahun?

"2 tahun kau kosongkan jari kau. Pastikan tak ada yang pinang kau. " Aku terkejut. Mukanya aku tatap lama.

"Apa yang kau cakap ni? " Tanyaku. Senyuman lebarnya masih tidak lekang dari bibirnya.

"Kau tunggu aku tau. " Seusai sahaja dia ucapkannya, dia mula berlari pergi. Aku hanya melihat figuranya dari jauh. Air kotak tadi aku teliti sebelum jatuh satu memo kecil yang terlekat pada air kotak itu. Memo itu aku baca sebelum senyuman mula terlukis di bibir.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

asmaralokaWhere stories live. Discover now